Satu bulan kemudian...
Riak wajah dingin menghiasi muka apabila dia membaca artikel artikel yang berada di iPad berwarna hitam tersebut. Semua berkait rapat tentang berita yang sangat sangat popular satu bulan lepas.
Kematian beberapa orang yang berkait rapat dengan Mafia Jeon.
"Jadi, Yumi macam mana?"
Mata masih lagi memandang objek nipis di tangan.
"Dia masih lagi ditempatkan dekat hospital, bos. Apa yang saya tahu, doktor maklumkan dekat saya yang kesihatan dia semakin lama semakin teruk. Peristiwa rogol tu dah jadikan dia makin trauma. Mental dia tak berapa nak elok," balas salah seorang anak buahnya.
iPad dilemparkan dengan kasar di atas meja.
"Mana perempuan Jungkook?"
----------
Sebaik sahaja dia mendengar arahan, tombol pintu dipulas sebelum melangkah masuk. Walaupun kerusi pejabat dihadapkan membelakanginya, dia tetap menundukkan kepala sebagai tanda hormat.
"Update."
Kim yang merupakan pembantu peribadi itu hanya mengangguk. iPad dikeluarkan lalu dipegang sebelum dibelek, mencari semula nota yang sudah ditulis sebentar tadi.
"Tuan Hong dan juga Puan Jeon dah disahkan meninggal dunia. Begitu juga dengan Yeonjun dan juga Soobin. Cuma Hong Yumi seorang je yang masih lagi hidup. Tapi, dia ditempatkan di hospital sakit jiwa."
"Peratusan untuk betina tu sembuh?" soalnya.
Bibir bawah digigit sebelum dia mendongak.
"40%"
Terbit ketawa sinis di bibir lelaki yang membelakanginya. Pandangan yang tadinya dihala pada tingkap pejabat yang memaparkan bangunan bangunan tinggi Brazil kini dialihkan kepada Kim. Jari jemari disematkan antara satu sama lain sebelum dia duduk tegak.
"Betina tu kena mati. Aku tak nak ada mana mana manusia yang kacau hidup Jungkook lagi. Kau pun tahu kan apa yang aku boleh buat?"
Bicara dingin daripada bosnya membuatkan dia mengangguk tanda faham.
"Bawa dia ke sini. As soon as possible," arahan diberi.
Sekali lagi Kim mengiyakan lalu melangkah keluar sebaik sahaja izin diberi.
Dia masih lagi dengan riak dingin. Kerusi kembali diputarkan menghadap tingkap. Kepala disandarkan dengan malas di kerusi.
Di bumi Itali, Jeon Jungkook terkenal sebagai seorang Mafia Jeon. Mula popular sejak beberapa tahun lepas apabila dia merangkul gelaran Raja Mafia yang sering menjadi rebutan kumpulan kongsi gelap di Itali. Siapa je tak nak gelaran tu?
You will get massion, night club, weapon, house and the most important things is...
girl.
Di bumi Brazil pula, dia yang terkenal. Bukan sebagai seorang mafia. Tetapi, sebagai seorang gigolo. Dia adalab pemilik kelab malam yang paling berpengaruh. Nama dia sudah tentu ada di mana mana pemegang saham kelab malam sesiapa sahaja.
Perilaku Jungkook dah diangkap sebagai seorang yang kejam? Wait a minute. You should try to get to know him. Apa yang orang cakapkan, lelaki ini merupakan Jungkook 2.0. Dia dua kali ganda Jungkook. Oh, paling penting.
Dia adalah abang kembar kepada Jeon Jungkook.
Jared Jeon.
----------
Taehyung melabuhkan duduknya di sofa ruang tamu Tuan Park, bapa kepada rakannya, Park Jimin.
"Ahjusshi sihat?" soal Taehyung ramah.
Lelaki tua itu hanya mengangguk bersama senyuman. Namun tidak lama, senyumannya pudar.
"Boleh kamu tengok tengok kan Jimin lagi hari ni?" pinta Tuan Park lemah.
Taehyung tayang senyuman kekok. Seakan sudah mengagak permintaan daripada lelaki tersebut.
"Boleh, ahjusshi. Saya naik dulu lah kalau macam tu," pamit Taehyung.
Langkah kaki dibuka untuk menuju ke bilik Jimin yang berada di tingkat dua. Dia mengetuk perlahan pintu tersebut sebelum memulas tombol pintu. Apa yang dia lihat ketika itu, keadaan bilik Jimin tidak lah bersepah. Tetapi, kemas. Sangat sangat kemas.
Tak sesuai dengan keadaannya sekarang.
"Jimin."
Tubuh seseorang yang sedang terbaring di atas katil segera didekati.
Jimin yang mendengar seseorang memanggil namanya, berpaling. Dia ukir senyuman lalu duduk dari perbaringan.
"Tak bagitahu pun yang kau datang? Dah makan belum?" soal Jimin mesra.
Senyuman biasa diukir. Punggung dilabuhkan di sisi katil milik Jimin. Mata sembam itu ditatap sekejap sebelum turun di wajah Jimin. Rambut yang serabai disebabkan baru bangun daripada tidur. Hingus yang tidak habis habis meleleh. Keadaannya ketika itu tidak berapa elok.
Semua disebabkan kejadian yang berlaku satu bulan yang lepas. Beberapa hari selepas Hyejin pergi ke Australia.
"Aku nak buat surprise dekat kau ni. Aku dah breakfast. Kau dah breakfast belum?" soal Taehyung pula.
Kelala digeleng tanda belum. Tangannya mencapai satu paket serbuk yang berada di meja sebelah katil. Baru sahaja dia mahu membuka plastik tersebut, Taehyung lebih pantas menahan.
"Kau ambil benda ni lagi, Jimin?"
Jimin mendongak bersama senyuman manis. Mengecil matanya apabila melihat riak muka Jimin.
Sedih ada. Kesian pun ada.
"Aku kena ambil. Kalau tak, aku tak boleh control diri aku," jawab Jimin.
Taehyung menggeleng. Dia mengambil paket tadi dan diletakkan semula di atas meja kopi. Kedua dua belah bahu Jimin dipegang sebelum dia sumbangkan senyuman.
"Jangan macam ni, Jimin. Kalau Hyejin tengok keadaan kau sekarang, mesti dia sedih. Kawan baik dia, tak sihat."
Ketawa kecil terlepas di bibir Jimin.
"Kawan baik je dia anggap aku?"
----------
Langit gelap ditenung lama. Bumi Australia dan juga bumi Itali sememangnya berbeza.
Perutnya yang masih lagi bersaiz biasa, diusap perlahan.
"Hey."
Dia menoleh ke arah Hyunjin. Senyuman dibentuk lalu segera ditepuk tempat kosong di sebelahnya untuk lelaki itu melabuhkan duduk.
"Buat apa malam malam macam ni? Boleh demam, tahu tak? Tak elok untuk ibu mengandung. Lupa ke apa yang Doktor Kim cakap hari tu?" bebel Hyunjin.
Bibir dicebik. Suka sangat membebel.
"Tahu lah. Saja nak ambil angin," balas Hyejin.
Jaket yang dibawa bersama disarungkan di bahu kakaknya. Selimut pula diletakkan di kawasan peha dan kaki. Angin malam agak sejuk pula hari ni.
"Minum."
Susu yang dihulur oleh Hyunjin dipandang sekilas sebelum disambut. Sebelum dia mengandung dulu, bukan main liat nak minum susu. Sekarang, rasa ketagih nak minum. Pernah sekali tu, lima cawan disapu habis.
Mesti gebu gebu anaknya nanti.
"Anak buah aku sihat?" soal Hyunjin sambil mengusap perut gadis itu.
Cawan diletakkan di sisi. Dia tersenyum lalu mengangguk.
"Correction. Anak anak buah."
----------
Ehek!
Tarik nafas. Jangan baling fon dulu.
Itu je scene Season 2 yang boleh spoil. Anything, kita roger roger dekat Mafia Jeon II.
Thank you! 💜
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +