[ MAFIA JEON ]
- 017 -
Puan Jeon menjeling ke arah Jimin dan Hoseok yang menundukkan tubuh kepadanya. Yoongi hanya menaikkan sebelah kening apabila melihat reaksi daripada Puan Jeon.
"Kamu masih lagi berkawan dengan mereka?" tanya Puan Jeon hairan.
Jimin meletakkan kek berperisa oreo yang baru dibeli di bakery milik Namjoon ke atas meja kopi. Pelik apabila melihat pandangan benci Puan Jeon kepada dirinya.
Jungkook melepaskan keluhan.
"Kenapa kalau saya berkawan dengan mereka pun? Ada apa-apa masalah dengan Puan Jeon ke?" soal Jungkook pelik.
Puan Jeon memberi anggukan kepala laju.
"Mama dah suruh kamu berhenti berkawan dengan dia, kan? Kenapa degil sangat tak nak dengar cakap mama?" tegas Puan Jeon membalas.
Jungkook menepuk meja kuat lalu berdiri. Terhinjut bahu mereka yang mendengar bunyi hasil daripada tepukan tangan Jungkook. Lelaki itu memandang wajah Puan Jeon dengan pandangan tajam.
"Dengar sini, orang tua. Dulu, kau buang aku. Kau bagi aku dekat kakak kau. Kau cakap yang aku ni tak akan membesar menjadi orang baik. Tetapi, bila sekarang aku dah besar menjadi seorang manusia yang berguna, baru kau nak ambil kesah tentang aku?
Untuk pengetahuan kau, kawan-kawan aku yang tolong aku sewaktu aku tagih simpati daripada kau. Waktu aku minta pertolongan kau untuk membayar semua hutang hotel aku, apa kau buat? Kau hina aku! Kau kata aku anak tak tahu malu!
Sekarang, selepas hotel aku berjaya, baru kau sedar yang kau ada anak? Kenapa? Terkejut sebab anak haram ni boleh menjayakan hotel dengan usaha sendiri?" sembur Jungkook.
Mata helang lelaki itu menikam wajah Puan Jeon yang jelas nampak terkejut dengan apa yang baru diutarakan oleh Jungkook. Kawan-kawan lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tidak berani untuk masuk campur.
"Jadi, mereka pun ajar kamu untuk kurang ajar dengan mama?" soal Puan Jeon selamba.
Yoongi mengetap bibir. Eh, orang tua ni. Sesuka hati aje nak fitnah orang tak tentu pasal. Terus Yoongi menarik tangan Jimin dan Hoseok untuk berlalu ke dapur. Memberi ruang untuk mereka berdua berbual.
"Tak. Kau punca aku jadi macam ni. Disebabkan aku kurang didikan daripada kedua-dua ibu bapa aku, aku jadi kurang ajar."
Puan Jeon mendongak memandang Jungkook.
"Balik semula kepada mama," bicara Puan Jeon menukar topik.
"Hell no!" bantah Jungkook laju.
Wanita tua itu menaikkan kening sebelum kepala diangguk. Tas tangan diambil lalu dia berdiri.
"Dengar sini, Jungkook. Jangan disebabkan ego kamu, orang yang tak bersalah terkorban. Perempuan kamu tu boleh jadi mangsa. Jangan cakap mama tak warning, sayang."
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +