| MAFIA JEON |
- 002 -
Hyejin memerhati sekeliling sebaik sahaja dia memasuki rumah besar itu. Rekaan rumah Taeyong sangat cantik. Dia terkesima seketika. Cuitan jari seseorang di bahunya mengembalikan dia ke alam nyata. Kepala ditoleh.
"Jom kita jumpa Taeyong dulu," ajak Lucas.
Hyejin anggukan kepala lalu kakinya dibawa mengikuti Lucas. Lelaki tersebut berhenti di hadapan seorang lelaki yang berpakaian kot biru gelap. Nampak gayanya seperti penyambut tetamu.
"Kawan Taeyong, ya?" soal lelaki tersebut.
Serentak Lucas dan Hyejin memberi anggukan.
"Boleh pergi ke tingkat empat. Bilik sebelah tangga tu merupakan bilik Taeyong. Dia dah ada dekat dalam bilik tu," beritahu lelaki itu bersama senyuman di bibir.
Selesai sahaja ucapan terima kasih, mereka membawa langkah ke arah lif yang berada di sebelah tangga. Butang ke atas ditekan. Selang beberapa saat, pintu lif terbuka. Segera mereka melangkah memasuki lif lut sinar tersebut.
Baru sahaja pintu lif mahu tertutup, kaki seseorang lebih pantas menghalang. Berkerut dahi Hyejin. Pintu lif kembali terbuka lalu figura dua orang lelaki yang sangat dikenalinya menjamah pandangan.
Lelaki yang berbual dengan Lucas di luar tadi. Mata hazel Hyejin bertemu dengan mata coklat milik Jungkook.
"Eh, korang."
Taehyung beri sengihan manakala Jungkook hanya tersenyum halus. Kaki Taehyung dibawa memasuki lif lalu berdiri di belakang Lucas.
Manakala, Jungkook mengambil tempat di sebelah Taehyung iaitu di belakang Hyejin. Tubuh Hyejin dipandang atas bawah. Cantik, I like.
"Korang nak pergi tingkat berapa?" tanya Lucas saat tangannya mahu menekan butang lif.
Jungkook menjeling sekilas butang lif yang sudah ditekan oleh Lucas. Tertera angka empat di situ.
"Tingkat empat," celah Jungkook tiba-tiba.
Lucas hanya mengangguk. Sebaik sahaja dia selesai menekan butang lif, lif mula bergerak menuju ke tingkat empat. Pintu lif terbuka. Keempat-empat melangkah keluar dari lif.
"Korang nak pergi mana?" soal Lucas buat Jungkook dan Taehyung sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan bilik Taeyong.
"Aku nak jumpa dengan Taeyong. Dengar cerita, seorang lelaki yang merupakan komposer muzik terkenal turut hadir parti malam ni. Jadi, aku ingat nak kenal-kenal dengan dia. Alang-alang tu, boleh tarik dia untuk jadi business partner aku."
Jungkook ukir senyuman nipis saat matanya bertemu dengan mata Lucas. Lelaki yang berdiri di sebelah Hyejin itu hanya menayangkan riak biasa.
"Oh, macam tu. Jom lah masuk. Aku rasa lelaki tu dah ada dekat dalam," kata Lucas lalu pintu bilik Taeyong diketuk.
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +