[ MJ - 018 ]

1.3K 177 12
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 018 -

Lagi sekali, kereta Soobin menjadi mangsa tembakan lelaki yang berada di belakangnya. Nasib baik kereta yang dinaiki ini kalis peluru. Kalau tidak, habis berlubang sana sini kereta itu.

"Hang on, bro! Kita dah nak sampai ni," beritahu Yoongi yang berada di hadapan.

Soobin melirik lagi cermin sisi. Tiba-tiba, ada sebuah kereta Ford Ranger yang merempuh kereta tersebut dari arah kanan. Kereta itu mula melanggar penghadang jalan sebelum merempuh pokok-pokok yang turut berada di situ.

Selang beberapa saat, kereta itu mula berasap. Letupan mula kedengaran. Api pula makin marak. Habis terbakar kereta itu.

Soobin mengecilkan mata. Dapat dia lihat sebuah lambang yang berada di hadapan kereta Ford Ranger tersebut. Soobin segera ukir senyuman lebar. Lambang 'Red Mafia Jeon'.

Kini, mereka sudah tiba di markas milik kumpulan mafia terbesar di Itali, Red Mafia Jeon. Dapat mereka lihat Jungkook dan beberapa orang anak buahnya yang lain sudah berdiri di hadapan pintu, sedang menanti ketibaan mereka.

Hyejin membuka pintu lalu segera keluar dari kereta milik Taehyung. Air mata yang mengalir, diseka lembut. Dia berlari anak ke arah Jungkook lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat. Tangisan dihamburkan.

Jungkook yang melihat sudah terkaku. Teragak-agak tangannya naik mengusap kepala dan menepuk lembut belakang badan Hyejin. Rakannya yang melihat sudah tayang sengih.

"Jom kita masuk," ajak Yoongi kepada yang lain.

Langkah dibuka untuk memasuki pintu markas milik Jungkook.

"Korang pun masuk. Jangan nak kacau bos korang berasmara dekat sini. Masuk!" arah Taehyung tegas.

Anak buah Jungkook hanya mengangguk lalu melepaskan ketawa kecil.

----------

Taeyong memberhentikan tingkahnya yang sibuk membuat kerja dari tadi. Perbualannya bersama seorang lelaki muda kembali terimbau di fikiran.

"Sila duduk," pelawa Taeyong kepada Jungkook bersama sebuah senyuman nipis.

Jungkook melabuhkan punggung di salah satu sofa di bilik tersebut. Butang kot dibuka lalu kot tersebut dibetulkan. Setelah selesai, dia memandang wajah Taeyong.

"Ada apa Tuan Jungkook nak berjumpa dengan saya?" tanya Taeyong sopan.

Jungkook berdehem.

"Tak perlu lah nak panggil aku tuan atau pun saya-awak. Terlalu formal."

Taeyong sekadar mengangguk.

"Jadi, kenapa kau nak jumpa aku?"

Jungkook ukir senyuman kecil. Kasar nya bahasa. Lelaki muda itu membetulkan duduk. Dia berdehem lagi.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now