Riana masih perang dingin dengan Rayyan. Rayyan sedaya upaya menjaga hati Riana , untuk elakkan Riana stress.
"Baby , awak nak makan apa ? I belikan. Kesian dekat baby dalam perut tu lapar." Rayyan duduk disebelah Riana lalu mengelus lembut rambutnya.
Riana hanya menjelingnya tajam dan melemparkan pandangan ke televisyen yang berada didepannya.
Rayyan mengeluh halus.
Sampai bila Riana nak macam ni ? Takkan sampai dah bersalin pun nak macam ni juga.
"Baby , i tanya you ni. You nak makan apa ? Tak lapar ke ? Kesian tau dekat baby kita tu," Rayyan masih tak putus asa bertanya.
"You diam boleh tak ? Serabutlah." Riana merengus geram.
Tak faham bahasa agaknya.
"Okay okay. I faham you stress. I keluar kejap okay beli makanan. Jangan pandai-pandai eh nak seludup keluar. You keluar sikit je dari rumah , you tahu lah apa hukuman you." Rayyan menghadiahkan ciuman di dahi Riana sebelum hilang dari pandangan.
Riana menjelingnya menyampah.
Tak guna ! Bentak Riana.
Riana memandang perutnya yang makin membesar. Tangannya diletakkan di atas perut.
'Why awak muncul sayang time-time macam ni ? Mommy tak sedia nak ada anak , ada baby.'
Riana meraup wajahnya kasar. Kalau boleh diputarkan balik waktu , memang dia takkan sia-siakan kesempatan untuk melarikan diri dari si durjana tak guna ni !
Riana bangun lalu menuju ke tingkap rumahnya. Ada beberapa orang upahan Rayyan sedang berjaga di luar pintu rumah. Macam mana nak lepas ni ? Susah ni. Belakang rumah pun Rayyan kunci pagarnya , kunci pula cuma ada pada Rayyan je.
Riana ambil keputusan untuk naik ke biliknya. Diselongkar barang-barang Rayyan , dan dia terjumpa sesuatu. Fail berwarna hijau.
"Apa ni ?" Nampak fail tu macam mencurigakan.
Riana ambil fail yang jatuh tepat di depan kakinya lalu dia duduk di birai katil sambil membuka fail tersebut.
Dia rasa berdebar-debar nak buka fail tu. Ada apa ?
Helaian pertama dibuka , ada gambar mak ayah Rayyan merangkap mak bapak mertuanya. Helaian kedua , gambar miliknya !
Helaian ketiga , ada satu kertas yang bertulis ayat macam diary.
'Aku mintak maaf andai aku melukakan hati kau. Aku terlampau sayang dan cintakan aku. Why you not love me back , dear ? I know im psycho. But i promise , i will love you untill my last breath , forever. Maafkan kekasaran aku selama ini dekat kau. Aku buat kerana aku cinta. Cinta itu memang membutakan. Sehingga aku buta dan sanggup melukakan orang yang aku sayang. Im sorry , RIANA ROSE.'
Riana tergamam. Apa benda siot ?
Helaian seterusnya , terdapat tulisan panjang lebar.
Nak baca ke tak ? Kang leka baca Rayyan balik pula.
Ah ! Baca jelah.
'Aku mula minat dia dari Adrian. Dia kawan baik kepada Mya Adrianna. Gadis yang Adrian cinta. Gadis yang aku cinta pula bernama Riana Rose. Aku meminatinya dalam diam. Kelembutannya , aura dia , membuatkan aku tenggelam. Tutur katanya yang sopan. Buatkan aku ingin memilikinya dalam diam.
Bila sekali aku dah suka , dah minat , aku mulai rajin stalk dia di socmed. Aku follow facebook dan instagram dia dalam diam. Dia cantik , manis dipandang. Namanya 'Rose' mengingatkan aku pada arwah mama. Mama , Rayyan dah jumpa calon menantu mama.
Alangkah indahnya kalau arwah mama masih hidup. Boleh mama berkenalan dengan bakal menantu mama.
Aku selalu follow kemana dia pergi. Namun , aku tahu dia tak sedar. Remaja polos macam dia, apa yang dia fikir.'
Baru Riana nak menyelak halaman seterusnya , suara jeritan Rayyan menjengah ke pendengarannya.
"Riana ! Mana kauuu ?!"
"Aduhhh ! Cepat pula dia balik!" Riana segera meletakkan kembali fail tersebut di tempat asalnya , namun Rayyan lebih cepat membuka pintu bilik.
"Kau buat apa ?" Pandangan matanya yang tajam membuatkan Riana terdiam seribu bahasa. Matanya terpandang fail yang berada di dalam almarinya yang terbuka sedikit.
Sah ! Riana dah baca.
Matanya memandang Riana seperti hendak terkeluar bola matanya.
"Kau dah habis baca ?" Tenang saja suaranya namun tetap dengan nada tegas.
"Errr... Aku tak baca semua. Bahagian depan je aku baca..." Riana dah menundukkan wajahnya , menandakan dia takut akan hukumannya sebentar lagi.
Rayyan mencapai fail tersebut dan menarik Riana ke ruang tamu.
"Duduk." Riana pantas duduk , risau dia akan menaikkan kemarahan Rayyan lagi.
"Kau baca yang mana ?" Riana memandang Rayyan takut-takut lalu menunjukkan halaman mana yang dia sudah baca.
"Baru sampai sini ? I think , kau kena baca sampai habis. Baru kau faham sedalam mana cinta aku dekat kau," Nadanya masih tegas dan dingin.
Riana terdiam. Apa maksud dia ?
"Takpelah , memandangkan kau dah tahu , tak perlu aku berahsia. Aku akan ceritakan. Tak perlu pun kau baca fail ni , tapi aku akan ceritakan sendiri and ringkaskan semuanya dekat kau. Lagi senang , kan ?" Rayyan memusingkan badan Riana menghadapnya. Muka Riana yang menunduk diangkat sedikit menghadapnya. Mata mereka bertaut.
"Kau pun tahu kan aku kenal kau dari Adrian , dari Mya. Aku minat dengan personaliti kau. Cara kau , gaya kau. Kau pun tahu kan aku stalk kau , aku follow kemana je kau pergi. Aku sentiasa lindung kau kemana je kau pergi.
Apa kau buat semua aku tahu. Kawan-kawan kau pun aku tahu. Termasuklah bra spender kau minat colour apa pun aku tahu. Everything yang kau minat semua aku tahu.
Mungkin kau akan anggap aku gila sebab manjang ikut kau je. Itulah tugas psycho. But aku bukan buaya ya. Aku betul-betul ikhlas dengan kau.
Susah juga aku nak dapatkan kau. Jadi , tak semudah itu aku akan lepaskan kau. Semuanya perlukan pengorbanan. Masa , duit , tenaga.
Mak bapak kau bankrap pun sebab aku , sebab aku yang sekat semua pelabur. Itu je satu-satu cara yang ada. Mungkin kau akan kata cara aku kotor , tapi aku tak peduli. Aku tetap dengan cara aku.
Aku dengan Adrian fikir macam-macam , untuk nak dapatkan korang berdua. Its not easy. Macam-macam halangan. Tapi aku dengan Ad tak pernah putus asa. Tengok korang berdua happy , buat aku dengan Adrian lagi semangat untuk memiliki korang berdua.
Kadang-kadang aku dengan Ad giveup , tapi tetap teruskan. Ada kau tahu perasaan sayang aku dengan Ad macam mana ? Ada kau tahu betapa takutnya aku hilang kau ?
Kemana kau pergi , tak pernah sekali pun aku terlepas pandang. Sebab aku sayang aku jadi bodoh macam ni. Now , kau dah tahu kan ? Kau masih lagi nak tinggalkan aku ? Masih lagi dengan keputusan bodoh kau tu , Riana Rose ? Jawab lah !" Tengking Rayyan.
Terhinjut bahu Riana , terkejut dengan tengkingan Rayyan itu.
Datang dah psycho dia. Riana hanya membatukan diri tergamam selepas mendengar semuanya.
Salah aku kah ?
Rayyan terus keluar dari rumah lalu menghempas pintu dengan kuat. Riana hanya mampu memandang Rayyan pergi.
Dia tak tahu nak kata apa. Hanya mampu berdiam diri , otaknya sedang mencerna apa yang diperkatakan oleh Rayyan tadi.
Allah. Apa nak buat ni ?
####
1070 words.Okay done update yaaa siapa yang bertanya pasal Riana n Rayyan tu ☺️🖤.
Kerja-kerja pun update haaa 😂.
Macam biasa yaa vote n comment 💓.
SALAM SAYANG 💓,
SYAAMARLEYY 🖤,
1544PM 😍,
25JANUARY2020 😘.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...