Bab 52

28.6K 958 352
                                    

Kereta Axia milik Sukma memasuki parking Condominium mewah di Mentari Court. Selesai parkirkan keretanya di parking miliknya , Sukma memandang ke belakang.

"Apa cer korang berdua ni ?"

Mya membalas. "Kot ye pun nak borak , tunggu lah kita semua naik atas. Takkan nak borak dalam kereta. Panjang ceritanya."

Sukma pun , tak menyabauu.

"Ishhh ! Yelah , jom." Mereka bertiga keluar dari kereta Axia itu , menuju ke lift untuk naik ke condo milik Sukma.

Sampai saja di condo bernombor 8 , Sukma membuka pagar yang berkunci itu dan meletakkan kad rumahnya di tepi pintu. Klik ! Pintu terbuka setelah diakses dengan kad.

Suis lampu dan kipas ditekan serentak.

"Ha masuklah ke teratak rumahku yang tak seberapa indah ini. Kasut korang berdua letak dalam." Arah Sukma. Mya dan Riana meletakkan kasut mereka di dalam rak kasut milik Sukma.

"Kau duduk seorang ke Sukma ?" Tanya Riana.

"Haah ler. Aina dah keluar lama dah. Dulu kan dengan dia aku duduk dekat sini. Ni dia pindah. Aku seorang je lah jawabnya." Sukma berlalu ke dapur menyediakan air buat mereka berdua.

Sukma kembali ke ruang tamu berdulangkan air jus oren. Cawan diletak dengan berhati-hati di atas meja.

Dulang di letak tepi.

Sukma memandang mereka dua , tepat.

"Ha , cerita. Aku nak dengar A to Z , sekarang."

Mya dan Riana berpandangan sesama sendiri.

"Macamni cerita dia, ..."

*******
Selesai membuat pembayaran , Rayyan menuju ke arah Adrian yang berada di luar kedai.

"Eh mana dorang ? Lamanya pergi tandas. Buat tandas ke apa siot?" Tanya Rayyan.

Adrian baru tersedar. Adrian memandang Rayyan seketika sebelum lari ke arah tandas.

"Woi! Nak kemana ?!" Jerit Rayyan lalu berlari mengikuti Adrian dari belakang.

Adrian menerjah masuk tandas wanita. Beberapa perempuan di dalam itu menjerit kerana terkejut , melihat lelaki masuk tandas perempuan. Adrian buat tidak endah saja.

Ditendang satu-satu pintu untuk pastikan. Kosong. Tiada.

"Shittt!" Jerit Adrian. Mukanya kemerah-merahan. Tangannya menggenggam penumbuk. Geram dengan tindakan Mya yang masih cuba ingin melarikan diri.

"Berani dorang larikan diri ?" Ujar Rayyan tak percaya. Adrian keluar dari tandas wanita lalu menuju ke parking kereta.

Rayyan sekadar mengikuti dari belakang. Tercalar juga maruahnya , semudah itu Riana dan Mya melarikan diri.

Adrian tersengih sinis.

"Tunggu lah apa balasan Mya nanti. Berani-berani ya larikan diri. Lambat-laun , kau akan kena tangkap juga," senyuman psikonya terukir di bibirnya.

Rayyan segera menelefon seseorang.

"Hello , ya. Cari sekitar KL dulu. Ye. Apa-apa bagitahu. Okay," talian dimatikan.

"So now , kita nak ke mana Ad ?" Tanya Rayyan. Tak ada hala tuju dia dibuatnya.

"Aku syak , ada kawan-kawan dia yang selamatkan dia. Tak pun , orang awam. Kita cuba track dia area KL dulu. Jom. Kau follow aku dari belakang. Nak main gila ye , Mya. Hehe ," senyuman psiko terukir. Geram campur psiko.

*******
"Ohhhhhh... Macam tu ceritanya. So , yang salah , mak bapak korang lah kan ?" Soal Sukma.

"Ye memang salah parents kitorang , but dorang tak boleh buat ikut kepala dorang je. Sampai kitorang jadi macam ni." Jawab Riana tak puas hati.

"Hm , aku pun tak tahu lah nak kata lagu mana. Seolah-olah korang ni jadi tebusan atas dosa silam mak ayah korang. Tapi , dorang jaga korang dengan elok kan ? Walaupun depa dua tu psyho teruk ?"

"Ya , jaga dengan elok. Bagi makan , pakaian , tempat tinggal. Tapi , sekali datang angin setan dia , semua terbang Sukma oi ! Jangan buat gila. Kau pun mesti kecut perut tengok dia mengamuk macam mana. Boleh terbang semuanya. Ni semua kesan aku kena dengan Adrian. Kesan pistol. Kesan kena pukul. Macam-macam parut ada. Cuma , sejak aku preggy , dia tak ada pukul aku , sejak dapat tahu aku mengandung." Balas Mya.

"Ohh. Then , apa plan korang ? Nak larikan diri kemana ?"

"Aku ingat nak balik rumah. Nak tengok barang-barang dalam rumah masih ada tak ? Tapi , aku takut dorang ada. Risau je," Mya ligat fikir apa nak buat.

"Aku rasa baik korang duduk dulu rumah aku. Sebab sekarang ni mesti dorang tengah mencari kan ? So , duduk dulu rumah aku dalam seminggu macam tu , baru aku bawa korang ke rumah korang. Okay ?" Sukma memberi cadangan bernas.

"Hm okay jugak tu. Thank you Sukma sudi tolong kitorang berdua." Riana memeluk Sukma. Mya turut memeluk Sukma dan Riana.

"Sama-sama. Apa yang aku boleh tolong , aku tolong , okay ? Barulah namanya kawan." Mereka berpelukan beberapa saat sebelum melepaskan.

"Jom aku tunjuk bilik. Rumah aku ni ada 3 bilik je. So boleh lah seorang satu bilik. Jom. Korang mesti nak rehat kan ? Maklumlah masing-masing dah jadi mak buyung." Tersengih-sengih Mya dan Riana.

"Err Sukma. Aku kongsi bilik dengan Mya jela. Takut lah nak tidur seorang. Heee," sengih Riana.

"Nak kongsi bilik ? Boleh je. Bilik tengah tu bilik korang. Korang rest lah dulu. Aku pun nak rest kejap dalam bilik. Mengantuk pulak. Jom lah tidur kejap. Nanti dalam pukul 3 ke , aku keluar kejap beli makanan. Okay ?" Mya dan Riana mengangguk , melemparkan senyuman kepada Sukma.

*******
Telefon milik Adrian berdering.

Adrian mengangkat panggilan telefon itu dengan kasar.

"Hello , boss. Saya ada info." Suara kasar garau milik Kenji.

Adrian terus bersemangat.

"Info apa ?"

"Mya dan Riana mengikuti seorang perempuan. Menaiki axia berwarna putih. Dipercayai itu kawan mereka. Kerana mereka rapat seperti mengenali antara satu sama lain."

"Lagi ? Info rumah perempuan tu ?" Adrian dah tak sabar-sabar nak jumpa buah hatinya.

"Location rumahnya juga saya tahu. Saya akan hantar locationnya di whatsApp boss." Ujar Kenji , orang suruhannya.

"Okay , hantar sekarang. Cepat sikit."

"Baik boss. Saya hantar sekarang," talian dimatikan.

Selang beberapa saat , telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi masuk. Dibuka segera whatsAppnya. Ada location. Segera ditekan location tersebut dan masuk ke maps. Adrian menyeringai.

"Rayyan , jom ikut aku." Ditarik paksa tangan Rayyan menuju ke kereta.

"Woi ! Sakitlah gila !" Marah Rayyan. Adrian peduli apa tangan Rayyan nak tercabut pun.

#########
Nahhh untuk korangg setelah hampir sebulan aku tak update haha. Boleh lah ni kan dari tak ada. Aku free , aku update okay ?

Dah nak gaji , rajin lak update 😂.

Balik kerja pun malam ha memang malas lah nak update 😂. Ni pun sambil kerja sambil type , maka hargailah gue hahahaha 🤪🥺.

Ha macam biasa vote n comment 🤍.

1850 pm 🌈,
25Feb2021 🕊️,
KHAMIS 🦄,
SYAAMARLEYY ❤️.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now