"Myaaaaaa !!!"
"Eh Adrian tu kenapa , Rayyan ? Ada apa-apa berlaku kat Mya ke ?" Ujar Riana risau. Kalau tak , takkan lah Adrian menjerit sampai macamtu sekali. Bukannya jerit marah , tapi jeritnya lebih ke arah risau.
"Eh jom lah tengok. I pun tak tahu kenapa tu." Rayyan dan Riana bergegas lari naik ke atas.
Sampai saja di depan pintu bilik mereka , Rayyan dan Riana nampak Adrian terduduk di depan pintu bilik air dengan pandangan yang kaku.
Rayyan berlari ke arah Adrian.
"Weh kau kenapa ni ? Kau okay tak ni ?!" Tanya Rayyan risau melihat keadaan Adrian seperti lelaki hilang bini.
"Myaa wehh. Myaa..." tersekat-sekat suara Adrian. Adrian tak mampu nak teruskan ayatnya.
Rayyan menoleh ke dalam bilik air. Rayyan tergamam melihat Mya.
"Awak , Mya kenapa ?" Tanya Riana. Riana masih lagi berdiri depan pintu bilik.
"Allahhh," hanya itu yang mampu diucapkan oleh Rayyan.
"Macam mana boleh jadi macam ni Ad ?" Tanya Rayyan.
Adrian menggeleng lemah lalu menangis mengongoi seperti anak kecil.
Riana dah hairan. Apahal dorang ni ? Riana melangkah masuk ke dalam bilik lalu mendekati Rayyan.
"Awak , kenapa ni ? Apa dah jadi kat Mya ?" Lalu pandangan dihalakan ke arah bilik air. Kali ini Riana pula diserang 'shock'.
Riana berlari ke arah Mya. Didakap tubuh Mya yang terbaring di atas lantai bilik air.
"Mya!! Mya , bangun Mya!!" Riana menggoncang kuat tubuh Mya.
"Myaa!! Bangun Mya!! Jangan tinggalkan aku weh ! Aku dah tak ada siapa-siapa dalam dunia weh!! Please Mya , wakeup !" Teresak-esak Riana menangis sambil memeluk tubuh Mya.
Riana pandang sekeliling bilik air. Terdapat botol racun di atas sinki bilik air yang sudah di buka penutupnya.
Riana menggeleng tidak percaya. Tak mungkin... tak mungkin Myaa bunuh diri!
"Myaaaaa!!! Bangun , Myaaa!!!" Meraung-raung Riana dibuatnya.
Rayyan pantas menelefon ambulans. Setelah memberikan alamat rumah dan sebagainya , talian dimatikan.
"Adrian , angkat Mya. Sekejap lagi ambulans sampai. Tabah okay , bro ?" Rayyan mengusap bahu Adrian lalu tersenyum.
Adrian mengangguk lemah. Air matanya di lap lalu bangun mengangkat tubuh Mya ke dalam dakapannya.
"Aku minta maaf , Mya. Sebab tak jaga kau elok-elok." Buih yang keluar dari mulut Mya di lap menggunakan hujung kain baju Mya.
Rayyan memandang Riana yang menangis teresak esak. Dipeluknya erat tubuh Riana.
"Dah dah. I dah call ambulans. Harap-harap Mya tak apa-apa. Dah , shhh jangan nangis okay ," air mata yang mengalir di pipi Riana di lap lembut.
Rayyan tak sanggup melihat air mata orang yang dia sayang.
"Dah , jom kita tunggu kat bawah. Tunggu ambulans sampai," Rayyan memapah Riana bangun. Tadi Riana yang papah Rayyan. Ni terbalik dah.
****
Sampai saja ambulans di rumah Adrian , Adrian segera meletakkan Mya di atas stretcher lalu ditolak masuk ke dalam ambulans."Rayyan , aku naik ambulans teman Mya. Apa-apa kita jumpa kat hospital je." Rayyan mengangguk lalu menepuk lembut bahu Adrian.
Rayyan dan Riana masuk ke dalam kereta yang dipandu Kenji. Lokasi hospital yang dituju.
Adrian menggenggam erat jari jemari Mya. Air mata jantannya menitis lagi. Sungguh dia takut kehilangan Mya lagi.
Adrian tak sangka yang Mya tergamak buat macamtu.
"Aku tahu , aku banyak buat salah dengan kau , Mya. Tapi jangan kau seksa aku macamni , Mya. Aku tak sanggup. Aku sayangkan kau , Mya." Teresak-esak nangisnya.
"Aku janji pada diri aku , Mya. Aku janji lepasnih aku akan cuba jadi lelaki penyabar. Aku janji , Mya. Aku janji aku akan berubah...demi kau." Adrian mencium tangan Mya sambil menitis air matanya. Air mata keikhlasan.
"Aku cintakan kau."
*****
Seorang doktor perempuan Melayu keluar dari wad Mya. Adrian meluru ke arah doktor tersebut."Macam mana dengan isteri saya doktor ?"ujar Adrian risau. Dalam masa yang sama dia mahu tahu perkembangan Mya.
"Alhamdulillah , baik. Cuma kalau tadi Encik Adrian hantar pesakit lambat ke hospital , mungkin dia sudah tiada sekarang ni. Kerana kesan racun tu perlahan-lahan akan memamah sistem tubuh badan kita yang lain. But so far , semuanya okay. Cuma buat masa ni , bagi pesakit rehat dulu. Nanti dia akan sedar. Jangan risau. Apa-apa panggil je saya nanti. Cuma , macam mana semua ni boleh jadi Encik ? Kerana racun yang isteri Encik minum itu amat bahaya sekali. Lagi-lagi pula dia sedang mengandung sekarang. Saya minta jasa baik Encik tolong jangan buat ibu mengandung stress , terasa hati dan sebagainya. Buruk padahnya nanti." Panjang lebar doktor bertag Norain itu berceramah pada Adrian.
"Entah lah doktor. Saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana," ujar Adrian sebak.
"Tak apalah Encik. Saya faham. Ibu mengandung memang emosi mudah terusik. Apa-apa pun , tolong jaga hati mereka ya? Kerana hati mereka lembut dan mudah terusik. Kalau tiada apa-apa lagi , saya beransur dulu ya," doktor itu tersenyum lalu beransur pergi.
Adrian melepaskan keluhan berat. Adrian memandang cermin kaca yang boleh melihat Mya di dalam kamar wad. Mya lena tidur dengan wayar di badannya.
"Maafkan abang , sayang."
*****
Okay haritu i janji bagi triple update kan ? So dah 2 bab i lanje you alls. Ada lagi satu bab kan ? Okay harini jugak i bagi triple update yang i janjikan tuuuuu 🥰♥️!Keep vote n comment okayyyy 🤪!
Salam sayang, 🥰
Syaamarleyyy ♥️
11Jun2020 💜
1632PM ⏰
Khamis 😘♥️
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...