Pagi-pagi lagi Rayyan sudah bangun bersiap nak ke office. Dah berapa hari dia tak masuk office. Kerja menimbun walaupun dia boss. PA dia pun asyik tanya je bila dia nak masuk. Meeting penting pun asyik cancel je , tak pun tunda.
Riana pula pagi-pagi dah ke bawah memasak. Rajin pula dia hari ni. Sejak dua menjak ni , mood Riana makin baik. Dia dah tak macam dulu asyik nak mengamuk je kerjanya. Yelah dah 5 bulan pregnant , takkan nak marah-marah lagi ?
Entah lah , mungkin perasaan sayang tu dah muncul kot dalam hati dia. Kalau dah muncul , lega Rayyan.
Selesai bersiap , Rayyan ke bawah. Duduk di meja makan , mihun goreng tersedia di dalam pinggan bersama air milo panas. Riana masih di dapur membasuh apa yang patut.
"You , mari lah makan sekali. Sekejap lagi i nak masuk office dah." Laung Rayyan.
"Sekejap." Sepatah saja Riana membalas.
Selesai basuh , Riana duduk di meja makan , bertentang dengan Rayyan.
"Hm , sedap you masak. Why you masak ? Mana Mak Siti ?" Soal Rayyan dengan mulut penuh dengan makanan. Buruk benar rupanya.
"I yang nak masak. Mak Siti kemas rumah. Why? Tak sedap ke i masak ?" Riana memandang tepat anak mata Rayyan.
"Eh sedaplah ! Bila masa pula i kata tak sedap ? Eee you ni," Penuh berselera Rayyan makan.
Riana mengecilkan matanya. Nasib kau kata sedap. Kalau kau kata tak sedap , memang aku ligan kau dengan senduk dekat dapur tu.
Selesai makan , Rayyan meminta diri ke pejabat. Banyak kerjanya hari ni. Mahu dia balik lewat hari ni.
"You , i pergi office dulu. Kerja i banyak dekat office. Tak tahu lah balik bila. Apa-apa , i call you dekat telefon i lagi satu dekat atas meja sebelah katil tu. Duduk rumah okay , dear ?" Rayyan mencium dahi Riana lama , lalu menuju ke keretanya.
Riana hanya menghantar Rayyan pergi dengan pandangan matanya sahaja. Masuk dalam rumah , matanya ligat mencari kelibat bayang Mak Siti.
Di dapur , tiada. Ruang tamu , tiada. Intai dekat tingkap , Mak Siti tengah menyiram pokok di luar. Riana mendapatkan Mak Siti di kebun mini tersebut.
"Mak Siti!" Laung Riana.
Mak Siti menoleh. Segera dia pergi ke arah Riana.
"Kenapa , Riana ? Ada apa-apa Riana nak ke ?" Tanya Mak Siti. Mana tahu Riana nak suruh dia buat apa-apa ke ?
"Tak ada apa Mak Siti. Riana nak baring-baring dekat bilik kejap. Tu dekat meja makan ada lebihan mihun goreng saya masak. Makan lah. Apa-apa , Mak Siti panggil jelah ye nanti," ujar Riana. Masuk second trimester ni , badan dia memang cepat penat , cepat lesu.
Pinggang pun kerap sakit-sakit. Kaki jangan cakap lah. Memang susah nak berdiri lama.
"Baik Riana. Pergilah berehat dulu. Baik-baik jalan ye , nak." Jawab Mak Siti sambil tersenyum.
Riana mengangguk , membalas senyuman Mak Siti.
Riana segera beredar ke kamarnya. Dia pun sekarang tak boleh berdiri di luar lama-lama. Badannya kerap berpeluh kepanasan.
Sampai di kamar , dia membaringkan dirinya. Kedua kakinya diluruskan kedepan untuk merehatkan kakinya. Tangannya didepa luas-luas.
"Ahh sedapnya baring. Dengan sejuknya , nikmat betul." Matanya terpejam menikmati.
Tengah sedap berbaring , telefon lagi satu milik Rayyan berbunyi.
"Ishh kacau lah orang nak rehat-rehat!" Rungut Riana , geram. Tak boleh tengok orang senang agaknya.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...