Bab 63

23.1K 783 161
                                    

Bulan berganti bulan , usia kandungan Mya sudah mencecah 9 bulan. Riana pula nak lagi seminggu nak masuk 9 bulan. Perangai Mya pula sejak dua menjak ni memang manja sangat dengan Adrian. Almaklumlah menunggu hari je tu.

"Baby , bangun sayang. Biy dah buat sarapan ni," panggil Adrian lembut mengejut isteri kesayangannya bangun dari tidur. Diamati wajah Mya , lama. Macam tak percaya , yang sekarang Mya dah jadi miliknya. Isterinya yang sah.

Kalau dulu , Mya gadis yang dipuja. Sanggup stalker socmed Mya , intip kemana Mya pergi. Gambar Mya bersepah di tampal dalam bilik rahsianya. Termasuk frame besar terpampang wajah Mya di bilik tidurnya. Begitu obsesnya dia pada gadis itu yang kini bergelar isterinya.

"Ermmm. Ngantuk lah , pukul berapa dah sekarang ?" Mya menggeliat kecil di dalam selimut. Matanya mengecil kerana cahaya pagi yang masuk dalam kamar itu.

"9 AM dah sayang. Bangun dulu , cuci muka , gosok gigi , then kita breakfast. Okay , sayang ? Faster baby , faster." Adrian membangunkan tubuh Mya perlahan-lahan.

Mya bangun lalu menyandarkan tubuhnya pada Adrian.

"Awal-awal bangun nak pergi mana ? Ada plan apa-apa ke biy ?" Tanya Mya sambil menggosok kedua matanya.

"Ermmm ada."

Mya membuka matanya luas. "Kemana ?"

"Biy nak bawak sayang ke suatu tempat. Biy yakin , sayang mesti suka."

"Sayang suka ? Kemana tu?" Soal Mya.

"Adalah. Now , sayang siap-siap dulu , then kita breakfast sama-sama , okay ?"

Mya memandang Adrian lama. Mana pula dia nak bawa aku kali ni ?

Lambat-lambat Mya menganggukkan kepalanya. Mya bangkit dari katil , dia mencapai tuala lalu ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Adrian hanya tersenyum memerhati gelagat Mya.

Usai Mya masuk ke dalam tandas , telefon di kocek seluarnya diambil. Didail nombor seseorang.

"Hello , standby. Dalam 1 jam lagi aku sampai , okay bye." Talian dimatikan.

Adrian tersenyum gembira. Lama dia tak rasa sebahagia ini. Mya je yang mampu kembalikan semula senyumannya. Tanpa Mya , pudarlah hidupnya.

*******

Selesai bersiap , mereka berdua turun bersarapan di bawah.

Mihun goreng , karipap , sosej , nugget , kentang goreng dan jus oren terhidang di atas meja.

"Banyaknya makanan. Siapa nak makan banyak-banyak ni ?" Soal Mya sambil matanya tak lepas memandang makanan itu.

Tiba-tiba perutnya berkeroncong pula lapar tengok mihun goreng tu.

"Ala sesekali kan sayang. Apa salahnya ? Mak Leha ada , budak-budak tu ada , ha boleh tolong habiskan. Takkan membazirnya lah sayang," balas Adrian pula.

"Hm yela. Jom lah makan , lapar ni." Adrian tersenyum melihat gelagat Mya yang kelaparan itu.

Mya mencapai mihun goreng itu lalu disenduk kedalam pinggannya. Sesungguhnya , aroma mihun goreng itu sungguh membuatkan perutnya berlagu-lagu dilwale.

Janam janam janam jahanamm lah lapar ~~

Tak tunggu lama , terus Mya menyuapkan sudu kedalam mulutnya. Baca bismillah je , terus ngap selamat kedalam perut Mya.

"Alaa kesiannya sayangg biy ni lapar yeee," usik Adrian.

Mya yang tengah mengunyah , tersengih malu.

Adrian hanya mengambil karipap sambil memandang Mya yang sedang makan.

Mya yang terasa diperhatikan , menoleh.

"Kenapa pandang macam tu ?" Soal Mya.

"Tak ada apa. Saja. Kenapa ? Tak boleh ke nak pandang isteri biy ni ?" Jawab Adrian.

"Tak ada lah. Kemain pulak pandang macam tu. Eeee !" Terkeluar sudah suara manjanya. Adrian tersenyum.

Sejak-sejak due pregnant nak dekat ni , manja betul dia. Adrian tak kisah anak mereka lelaki ke perempuan. Yang penting , hensem macam daddy dia. Heh !

"Dah siap makan , sayang ? Kalau dah , jom."

Mya sedang menghabiskan sisa makanan yang tinggal sikit di dalam pinggan itu.

"Okayyy dah ! Mya letak pinggan dekat dapur kejap," Mya baru saja nak bangun , dia dilarang keras oleh Adrian.

"Eh , no no no ! Letak je pinggan tu atas meja. Awak tu tunggu hari je nak 'meletus'. Biar Mak Leha yang kemaskan. Sayang , minum air tu habiskan." Suruh Adrian.

Mya terdiam. Baru je niat dia nak ke dapur , dah dihalang oleh Adrian.

"Tapi , sayang nak basuh mulut , nak basuh tangan. Tadi kan makan karipap , berminyak ni ha tangan." Jawab Mya sambil memandang jarinya yang sedikit berminyak.

"Tak apa , biy ambilkan. Sayang duduk je ye , Mak Leha tengah mop tu ha kat dapur. Kalau sayang tergelincir kang macam mana ? Kang satu hal , terberanak terus. Sayang nak ? Ha tunggu sekejap biy pergi ambilkan air ," Omel Adrian panjang lebar.

Adrian melangkah ke dapur perlahan-lahan untuk mengambil mangkuk lalu diisi air di dalamnya.

"Mak Leha , nanti lauk tu Mak Leha makan jela dengan budak-budak tu ye. Jangan membazir , makan jee." Adrian memandang Mak Leha yang sedang leka mengemop itu.

"Baiklah Ad. Nanti Mak Leha makan ye dengan diorang." Balas Mak Leha.

"Okay , mak. Sekejap lagi saya keluar kejap dengan Mya. Ha mak Leha makan jela dengan diorang kat meja tu. Selesai makan , baru kemas. Okay ?" Adrian memberikan senyuman untuk Mak Leha lalu kembali ke meja makan.

Mak Leha mengangguk tersenyum.

Mangkuk berisi air itu diletak depan Mya. Adrian mengangkat keningnya sebelah memberi isyarat suruh Mya membasuh tangannya di dalam mangkuk itu.

"Eee baiknya suami sayang ni. Sayang boleh basuh tangan sendiri lah. Awak tu jee yang tak bagi ," omel Mya geram.

Ye tahu dah nak meletus bila-bila masa je. Tapi , dia masih larat lagi untuk berjalan kesana kesini. Adrian tu je yang bising tak bagi.

"Dah , tak payah banyak songeh." Adrian mengambil tisu lalu di lapkan tangan Mya yang basah itu.

"Dah siap kan ? Okay jom," Adrian menarik tangan Mya lembut.

"Mak Leha , saya keluar ye. Jangan lupa makanan tu !" Laung Adrian.

"Baik Adrian !" Balas Mak Leha.

Adrian memakaikan Mya kasut sarung yang dia beli tempoh hari. Orang pregnant tak elok pakai heels. Kang terpeleot karang , ha dah satu hal.

Adrian membukakan pintu kereta untuk mak buyungnya. Mya masuk ke dalam perlahan-lahan. Biasalah , dah last trimester ni kaki bengkak , pinggang sakit , semua sakit heh !

Mya dah masuk , baru Adrian bergerak ke pintu pemandu. Sejak Mya mengandung , semua Adrian yang uruskan.

Kereta Ferarri merah hitam milik Adrian mengaum kuat keluar dari perkarangan elit rumahnya.

########
Hi guys , maaf menghilangkan diri lama , kerja plus idea pun tak ada. Ni je yang termampu.

Btw , lagi berapa bab je nak habis cerita ni. Inshaallah dapat siapkan dalam masa yang terdekat. Tahun ni dapat habiskan memandangkan cerita ni dari tahun 2018 lagi , masih tak jumpa ending dia.

Thank you yang masih support dari 2018-2021 sekarang. Thank you guysss 🤍. Iwuvyouuu koranggg ☺️❤️.

24August2021 🤍,
Selasa 🌼,
1355PM 🖤.



PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now