"Huarghhhhh !! Hm ngantoknya ," gumamku kecil.
Pintu bilik diketuk dari luar. Terdengar suara mamanya , Puan Adilla.
"Mya !! Myaa !! Bangun Myaa !!" Jerit Puan Adilla dibalik pintu biliknya.
"Yes ma ! Yaa Mya dah bangun ! Im wakeup !" Jerit aku kembali.
"Buka pintu ni sayang. Mama ada benda sedikit nak story." Puan Adilla masih setia menanti di depan pintu bilik anaknya.
"Ish mama ni. Kacau lah. Apaa dia ma ?" Aku bingkas bangun menuju ke arah pintu , lalu tombol dipulas maka terpampang jelas wajah mamanya.
"Ye ma. Kenapa ?" Aku menggosok-gosok mataku sambil menguap.
"Ishh anak daraa ni , tak senonoh menguap macam tu. Meh borak kat dalam ," Puan Adilla masuk ke dalam bilik anaknya , lalu melabuhkan punggung di birai katil.
Aku kembali ke katil sambil duduk di sebelah mama. Aku memandang mama lama , namun tiada sepatah pun kata-kata yang lahir dari mulut mama.
"Mama , why ? Kata nak story , story lah ," aku memandang mama hairan.
Puan Adilla leka merenung wajah anaknya lama. Terselit perasaan kasihan di lubuk hatinya. Kemudian , dia tersenyum lantas berfikir untuk menyusun ayat yang sesuai untuk anak daranya itu.
"Mama... em mama ada benda nak cerita dengan Mya." Puan Adilla memandang wajah anaknya dengan wajah serba salah.
"Apa dia ma ? Cakap lah. Mama ni menakutkan Mya lah ," aku tersengih ke arah mama sebelum mulai serius.
"Macamnih.. perniagaan papa sekarang semakin hari semakin merudum. Kewangan papa makin berkurang. Dah bermacam cara papa dan mama lakukan untuk naikkan kembali syarikat papa , namun masih tak berhasil..." ayat mama tergantung dekat situ.
"Okay.. then ?" Aku masih tidak dapat cari kata kuncinya di situ.
"So , mama papa dah berbincang. Satu je cara nak naikkan kembali syarikat papa..."
"Macam mana ma ?" Tanya aku blur.
"Dengan cara , kamu kena berkahwin dengan CEO Matrade Trading..." belum sempat mama mahu menghabiskan ayatnya , aku sudah potong.
"No ma ! Mya masih muda ! Takkan disebabkan syarikat papa down , Mya yang jadi mangsa ma ! No , ni ibarat macam mama dengan papa menjual anak sendiri tahu tak !!" Tengking aku kepada mama.
Panggg !!!
"Mya Adrianna !!! Mama tak pernah ajar anak mama kurang ajar dengan orang tua ! Why you be like this , Mya ?!" Marah Puan Adilla. Nampak mukanya merah benar.
"Sampai hati mama lempang Mya, kan ? Hanya disebabkan nak selamatkan syarikat papa , mama sanggup suruh Mya kawen dengan orang yang Mya tak kenal !! Dan orang yang Mya tak cinta !! Mama ni dah kenapa ?!" Aku melepaskan apaa yang terpendam di dada.
"Mama terpaksa Mya ! Terpaksa ! Demi keluarga kita jugak ! Kalau tak , kita semua nak makan apa ?! Mya sanggup ke hidup susah ?! Mya sanggup ?!" Jerkah Puan Adilla pada anaknya itu.
Aku terdiam. Tergamam. Tak pernah aku lihat mama semarah itu. Mama tak pernah tengking aku. Why mama macamnih ?
Aku terus menangis teresak-esak tanpa mempedulikan mama disitu yang sedang memujukku.
"Please dont disturb me , go out." Ujarku perlahan. Mama mengeluh perlahan.
"Mama terpaksa Mya. Mama harap Mya faham. Mama harap sangat Mya setuju dengan perkahwinan ni." Puan Adilla mengorak langkah keluar dari kamar anaknya.
Aku masih lagi menangis tersedu-sedan. Tak sangka mama dan papa sanggup menjual anak sendiri demi selamatkan syarikat mereka.
Aku tiada nilaikah di mata mereka ? Sampai hati mama papa. Rintih hati kecilku.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...