Adrian yang sedang lena memeluk Mya dikejutkan dengan deringan telefonnya.
Adrian merengus. Siapa pula yang telefon pagi-pagi ni ?
Telefon di atas meja bersebelahan dengan katil diambil kasar. Tertera nama setiausahanya , Ana.
Telefon di angkat.
"Hello , ada apa Ana ?" Tanya Adrian dengan nada suara serak basah.
"Maaf boss menganggu boss. Boss tak masuk office ke hari ni ? Sebabnya boss ada 2 meeting dengan client penting. Pada pukul 11 pagi dan 3 petang." Ujar Ana.
Adrian menepuk dahinya kuat. Jam di telefonnya dipandang , pukul 8:05 pagi.
Ada masa lagi ni.
"Okay baik. Sekejap lagi saya datang."
"Okay baik boss," telefon dimatikan.
Adrian meletakkan kembali telefonnya. Dipandang Mya di sisi, lena tidur dengan babybump nya yang dah mulai nampak.
Dicium lembut dahi Mya , lalu perlahan-lahan melepaskan pelukannya.
Adrian melangkah ke bilik air membersihkan diri.
Mya membuka matanya perlahan-lahan. Mengintai Adrian yang sudah masuk ke dalam bilik air. Sebenarnya dia juga terjaga masa telefon Adrian berbunyi. Namun , dia hanya buat-buat tidur.
Telefon Adrian di atas meja itu dicapai. Saja nak tengok telefon Adrian. Butang home screen ditekan. Terpampang gambarnya. Tapi berpassword.
Apa passwordnya ? Aduh dia pun dan dan lah letak password.
Mya letak tarikh birthday Adrian , salah. Tarikh nikah , salah. Tarikh birthday Mya , betul.
Eh ? Date birthday aku password telefon kau Ad ?
Wallpaper homescreen juga gambarnya. Mana kau dapat ni gambar-gambar aku ?
Mesti stalk socmed aku kan ?
WhatsApp dibuka.
Hanya chat dengan kawan-kawannya dan group mafia dia.
But...
Atas sekali ada pinned chat dengan My Love ♥️.
Dp WhatsApp tak ada gambar. Siapa perempuan ni ?
Adrian curang ?
Mya speechless kejap. Siapa dia ? Me ? Of course lah bukan. Telefon aku kena campak keluar since first meet aku dengan dia.
Mya segera keluar dari WhatsApp. Dibuka apps yang lain. Tak ada apa yang menarik. Dibuka gallery , penuh dengan gambar Mya , gambar mengerikan yang buat aku rasa nak termuntah. Gambar pembunuhan banyak.
Mya terdengar pili air ditutup , segera dia meletakkan kembali telefon Adrian dan berpura-pura tidur.
Adrian keluar dari bilik air dengan tuala di pinggang. Dicapai sut kerjanya lalu bersiap.
Adrian memandang Mya yang lena tidur. Dia melangkah ke arah Mya perlahan-lahan.
Ditatap muka Mya lama-lama. Mesti dia akan rindu Mya kalau dia pergi kerja.
"Sayang... Bangun sayang. Dah pagi ni, biy nak pergi kerja ni." Kejut Adrian lembut.
Mya acah-acah menggeliat sebelum membuka matanya perlahan-lahan.
"Pagi ? Pukul berapa dah ?" Saja Mya tanya walaupun dia dah tahu pukul berapa.
"8 lebih dah. Biy nak pergi kerja dah ni sekejap lagi. Ada meeting hari ni dengan client." Adrian kembali ke meja yang terletak barang-barangnya seperti sikat , perfume , pomade dan lain-lain untuk mendandan rambutnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...