"Berapa tambang bang ?" Tanya Riana. Not RM50 dikeluarkan dari poket seluarnya.
"RM54 dik." Abang itu memandang Riana yang merupakan customernya melalui cermin tengah kereta , lalu senyuman dilemparkan.
Ah sudah! Tak cukup pulak. Err...macam mana ni ?
"Err bang... Tak cukup lagi RM4 je bang. Kat saya ada RM50 je ngam-ngam. Erm boleh tak abang tunggu sini , sementara saya masuk dalam rumah sekejap ambil duit ?" Ujar Riana sambil tersengih bagai kerang busuk.
Pemandu itu pula rasa serba salah. Jauh kalau Riana nak jalan kaki masuk ke dalam. Erm kasi halal je lah.
"Erm tak apa lah dik. Abang halal lagi RM4 tu." Kata abang Grab itu.
Tak apa lah , janji ada jugak customernya harini.
"Serious lah bang ?" Ujar Riana. Rasa bersalah pula dalam hati.
"Iye serious." Abang itu tersenyum.
Riana tersengih lantas menghulurkan not RM50 kepada abang Grab itu.
"Terima kasih ye bang. Mintak halal." Riana keluar dari kereta , aku menurutinya dari belakang.
"Ye sama-sama. Abang halalkan." Abang itu tersenyum. Murah senyuman abang ni. Moga murah rezeki selalu.
Turun saja kami dari Grab , abang itu terus beredar dari kawasan perumahan Elit itu. Aku dan Riana masuk ke dalam kawasan itu melalui pondok guard.
"Ye cari siapa malam-malam ni ?" Ujar guard lelaki melayu dalam lingkungan 50-an.
"Saya Riana , anak Encik Fuad. Tinggal di rumah no 3 blok A." Guard itu memandang mereka berdua dari atas hingga ke bawah.
Dah kenapa kau ni pandang-pandang macamtuh ?
"Okay boleh masuk." Guard itu memberi kebenaran mereka masuk kerana ada nama Encik Fuad yang tercatit di dalam buku perumahan guard tersebut.
Aku dan Riana pantas melajukan langkah ke rumah Riana. Sampai saja di rumah , pintu masih bertutup. Pintu rumah dibuka perlahan-lahan oleh Riana.
Segala kenangan dengan mama papanya terimbas di benak fikiran.
'Mama papa...' lirih Riana dalam hati. Entah kenapa hatinya rasa sayu sangat malam itu.
"Riana , kenapa ni ? Termenung je." Aku perasan riak mukanya berubah bila buka saja pintu rumahnya.
"Erm tak ada apa. Jom lah. Kang kita lengah-lengahkan masa kang , sempat pulak dorang cari kita." Riana pantas membawa langkahnya ke biliknya sendiri di aras 2.
Aku tahu , Riana pasti menyembunyikan sesuatu dari aku. Cuma dia tak nak cakap , mungkin sebab tak nak aku risau nanti. Aku menuruti Riana dari belakang dengan langkah yang lemah.
Sampai saja di bilik Riana , tiada apa yang berubah di mata Riana. Sama saja macam yang dia tinggalkan 2 bulan lepas. Bersepah tidak. Tersusun cantik saja. Kerana dia diculik di tangga bawah , bukannya di bilik. Jadi biliknya tidak bersepah.
"Tunggu kejap aku kemas barang aku. Kau cover rumah jap. Tajamkan pendengaran kau , kut-kut mereka datang cari kita , dorang serbu rumah ni ke."
Aku mengangguk faham.
Riana pantas membuka peti duitnya dan mengambil semua duitnya lalu dimasukkan kedalam begnya. IPhonenya , cable , dompet semua sudah diambil.
Riana berlalu pula ke kamar tidur ibu bapanya. Peti duit ibu bapanya juga turut dibuka lalu diambil isi duit di dalamnya. Barang-barang kemas peninggalan arwah mamanya juga turut diambil sebagai kenangan. Dompet kedua-dua ibu bapanya turut diambil.
![](https://img.wattpad.com/cover/165249321-288-k796215.jpg)
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...