Adrian bawa Mya ke satu tempat. Mya leka memerhati pemandangan sekeliling.
"Kita dekat mana ni ?" Soal Mya. Adrian tidak menjawab , hanya tersenyum.
50 meter dihadapan , terdapat sebuah pantai terhidang cantik di pandangan mata.
"Wahhh , pantaii!" Ujar Mya teruja.
Adrian tersenyum. Agak dah. Mya pasti suka. Sebab dia memang tahu Mya suka pantai , sebab tu Adrian bawa Mya ke sini.
Saja spend time berdua , sebelum bertiga nanti. Due date Mya dah tak lama.
Ni lah masa untuk dorang manja berdua. Nanti ada anak , Mya mesti akan fokus pada anak je.
Adrian memimpin tangan Mya ke pantai. Adrian nampak segak hari ni dengan kemeja hitam , seluar jeans biru cair dengan kasut hitam. Spek mata hitam yang disangkut di baju diambil lalu dipakai. Silau katanya.
Mya pula dengan dress labuh warna merah. Dioles tipis mekap di muka. Simple.
"Biy nampak hensem hari ni. Segak." Puji Mya , ikhlas.
"Yeke ? Bukan hari-hari biy hensem ke ?" Adrian menoleh Mya sekilas , Mya buat-buat nak muntah dengar ayat Adrian. Adrian ketawa kecil.
"Dipuji sekali , melambung pula kembangnya," ujar Mya perlahan , namun cukup didengari Adrian di sisi.
"Amboi , kemain mengutuk suami sendiri ye ," usik Adrian. Mya tersengih.
Mereka berdua berjalan di tepi pantai. Berpimpin tangan sambil kaki mereka bermain dengan air pantai. Tenang rasanya. Dapat melupakan segala masalah buat seketika.
Sesekali Adrian bermain air pantai sehingga terkena muka Mya.
"Biy , kena sayang lah ! Basah lah orang nanti !" Omel Mya , geram.
"Hahaha gurau je sayang. Sorry sorry ," Adrian mengelap air yang terpercik di muka Mya tadi.
Puas bermain air , mereka duduk di sebuah pondok di situ. Terdapat buaian kayu dekat situ. Tapi , tali buaian tu nampak macam bila-bila masa je boleh putus. Mya nak duduk di buaian tersebut namun ditegah oleh Adrian.
"Tak nak lah sayang. Dibuatnya putus tali tu ha tak ke naya nanti. Duduk jela kerusi sini. Kang berpusing-pusing pula anak dalam perut tu ha pening mamanya main buaian." Seloroh Adrian.
Mya mencebik. Dia nak sangat main buaian tu , tapi Adrian dah membebel dulu.
"Ala biy , boleh lah. Dibuatnya hari ni hari terakhir dapat main buaian , mana tahu esok dah terberanak ke apa , ha kempunan tak dapat main buaian," Mya membuat muka merajuknya.
"Sayang , takkan tak dapat main buaian pun kempunan juga ? Mintak lah makanan ke , baju ke , kereta ke , rumah ke , boleh lah biy tunaikan. Tapi ni buaian sayang , bahaya. Macam-macam boleh jadi. Dibuatnya tiba-tiba tali ni putus ke , sayang jatuh nanti ha dah terberanak terus. Nak ke ?" Jawab Adrian panjang lebar menerangkan dekat mak buyung yang dah mula nak menangis. Jenuh memujuknya.
"Ala tak kira ! Nak jugak main buaian !" Balas Mya , degil.
Adrian memandang Mya. Haih , nak terberanak pun buat hal lagi.
"Boleh sayang nak main buaian tapi...," saja Adrian biarkan ayatnya itu tergantung sepi.
"Tapi apa ?" Potong Mya.
"Sayang duduk atas biy. Kita main buaian sama-sama." Itu je cara terbaik yang Adrian boleh cakap sekarang ni. Atleast kalau Mya jatuh , jatuh atas Adrian. Dua-dua jatuh sekali.
"Biyy !! Apa pulak main sama-sama ? Sayang nak naik buaian tu seorang-seorang! Apa kejadahnya kena naik berdua ? Buaian tu satu je !" Marah Mya. Geram pula dengan laki aku ni !
"Ye tahu buaian tu satu. Tapi sekurang kurangnya kalau jatuh , jatuh dengan biy sekali. Biar biy yang sakit , jangan sayang yang sakit. No , biy tak izinkan." Ujar Adrian tegas.
Mya geram , dia terus pergi ke buaian lalu duduk di situ. Mya mengayunkan buaian itu perlahan-lahan.
Adrian tak sempat nak halang , Mya dah duduk dulu. Adrian menepuk dahinya kuat.
"Haih , degil sungguh Mya ni. Ya Allah , berilah aku kekuatan dan kesabaran Ya Allah." Adrian hanya memerhati dengan jarak dekat melihat Mya bermain buaian. Risau apa-apa jadi.
"Bestnyaa ! Lama sangat tak main buai." Ujar Mya ketawa teruja.
Main buaian sambil tengok pemandangan pantai depan mata , memang heaven betholl ! Love sangat ! Tambah pula dengan suami di sisi yang hensem , setia menemani kemana saja pergi. Yang obses dengan kau , every single moment , always dia akan ingat dan semat dalam hati dia. Ya , dia lah Adrian Mikael .
Adrian tergamam. Dah lama tak nampak Mya gembira macam tu. Cantik. Senyuman dia tu , buat Adrian terpukau sekejap.
'Betul lah orang kata , bidadari itu wujud'.
Teringat balik dari first dia kenal Mya sampai lah ke tahap yang sekarang ni. Teringat yang Mya ni kuat melawan , kuat memaki , kuat menangis , semuanya segalanya tentang dia.
Teringat moment Mya meminta tolong darinya , wajah Mya yang ketakutan , semua terflashback balik. Sungguh , dia rindukan semua moment itu.
Ya , Mya Adrianna. Yang Adrian tergila-gilakan sampai sekarang , dan selamanya.
Tiba-tiba , "Auwww !! Biy , tolong !"
Jeritan Mya mematikan lamunannya. Dia menoleh ke tepi , Mya jatuh ke bawah. Dengan tali buaian yang melorot terputus.
"Sayang ! Macam mana boleh jatuh ?" Adrian segera mendukung Mya ke pondok.
"Biy , auwh tak tahu. Biy , perut sayang sakit. Sakit sangat. Hiksss ! Dah tiba masanya ke ? Auwww , sakit !" Jerit Mya.
Adrian tergamam. Dah tiba masanya ? Nak bersalin ?
Lekas Adrian mendukung Mya ke kereta dan membaringkan Mya di tempat duduk belakang. Sempat Adrian menyelak dress merah yang dipakai Mya , lencun! Air ketuban dah pecah !
Tak tunggu lama , Adrian terus pecut ke hospital. Adrian tak nak Mya menahan sakit contraction terlalu lama.
"Biy ! Auwww sakitt !" Mya menangis menahan rasa sakit contraction itu.
Adrian yang tengah drive memandang dari cermin sisi atas , melihat Mya yang sedang mengurut lembut perutnya sambil menangis.
"Sabar sayang. Tahan sikit. Tahan ye ," Adrian turut menangis melihat Mya macam tu.
"Hiks ! Sakit sangat , Ya Allah !" Basah lencun kereta Adrian dengan air ketuban Mya.
Sampai saja di hospital , Adrian memarkirkan kereta di wad kecemasan lalu keluar mendukung Mya yang mengaduh kesakitan.
"Doktor ! Tolong wife saya , doktor. Dia dah nak bersalin !" Jerit Adrian. Kebetulan ada doktor Amira di situ , dia mengarahkan beberapa staff nurse untuk tolong Mya yang dalam kesakitan itu diletakkan di atas katil untuk dibawa ke labour room.
"Tahan sikit ye , sayang." Adrian mengusap kepala Mya lembut. Mya mengangguk lembut sambil tangannya menggenggam tangan Adrian kuat menahan sakit contraction itu.
##########
Mya dah nak terberanak guys 🤣. Babygirl ke babyboy ?Harini special lah saja update lebih sebab cuti hahaha 🤪.
Okay tak chapter kalini ? Macam biasa yee comment anak-anak sekalian 🤪❤️.
24August2021 🌼,
Selasa 💃,
1755PM 🤍.
![](https://img.wattpad.com/cover/165249321-288-k796215.jpg)
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...