Bab 44

51.8K 1.1K 348
                                    

Adrian setia di sisi Mya. Menanti Mya bangkit dari lenanya. Jari jemari Mya digenggam erat dan dicium lembut. Muka Mya ditatap penuh kasih sayang.

"Mya , bangun sayang. Aku tak kuat kalau kau tak ada. Hidup aku tak tentu arah , Mya. Kau memang buat aku gila bayang. Angau dengan kau. Please sayang , bangun." Adrian menangis untuk kesekian kalinya.

Adrian menangis seperti anak kecil. Ya mungkin salah dia. Sebab tu Mya jadi macam ni.

Pintu wad ditolak perlahan oleh Rayyan. Adrian tak sedar akan kehadiran Rayyan. Riana terpaku melihat Mya yang dikelilingi wayar di badannya.

Allahu. Tak kuat rasanya melihat kawan baik sendiri dalam keadaan macam tu. Moga Allah segera sedarkan kau , Mya.

Rayyan menepuk lembut bahu Adrian.
"Ian , sabar ye. Allah tengah uji kau sekarang ni."

Adrian sekadar tersenyum dan mengangguk lemah.

"Mya macam mana Ad ?" Tanya Riana. Riana bergerak mendekati katil Mya. Di elus lembut pipi Mya.

"Doc kata dia tak apa-apa. Cuma nasib baik sempat di bawak ke hospital cepat. Kalau tak , aku tak tahu lah nak kata apa. Memang aku takkan maafkan diri aku kalau andai kata apa-apa jadi kat Mya. Nasib anak aku selamat," Adrian menatap wajah Mya sayu.

Rayyan terkejut mendengar perkataan 'anak'.

"Jap , bro. Anak ? Apa maksud kau ?" Riana juga turut tergamam.

Takkan Mya ...

"Ye. Mya pregnant. Baru lagi. Aku takkan maafkan diri aku andai ada apa-apa berlaku kat Mya dengan baby dalam perut tu," perut Mya yang masih kempis itu diusap dengan penuh kasih sayang.

"Wahh , congrats bro! Aku baru tahu pasal ni. Jadi papa lah kau lepasnih. Tak sabar aku nak dapat anak buah baru." Rayyan memeluk Adrian tanda berita gembira ini.

Riana masih diserang terkejut.

'Kalau Mya mengandung , memang susah Mya nak lepaskan diri dari Adrian.' Fikir Riana.

'Takkan Mya dah lupa plan kita dulu. Ah , sudah serabut aku dibuatnya!' Riana dah garu kepala.

Rayyan yang sedari tadi memerhati bertanya ,

"Baby , are you okay ?"

Riana terkejut tiba-tiba Adrian menanya soalan macamtu.

"Errr yah im okay. Kenapa you ?"

"No lahh. I nampak you macam kusut semacam je. Ada apa-apa ke ?"

"No , no. Im okay , dear." Riana menayang senyuman palsu.

"Sure ?" Duga Rayyan.

Riana tersenyum kelat.

Rayyan dapat menduga ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya. Riak roman Riana berubah selepas Adrian mengatakan Mya mengandung. Tiba-tiba saja hatinya diserang perasaan tidak sedap hati.

'Arghhh , bodohnya aku ! Nasib Rayyan tak syak apa-apa. Kalau tak , mampus aku!' Teriak Riana dalam hati.

*****
Rayyan dan Riana baru saja pulang. Adrian masih setia di sisi Mya. Menanti isteri kesayangannya bangkit dari tidur.

Sedang Adrian leka mencium jemari Mya , Mya membuka matanya.

'Hospital ?' Oh yaa aku tahu kenapa aku kat sini. And ya , si durjana ni kat tepi aku tengah pegang tangan aku.

Mya menarik tangannya dari Adrian. Terasa jijik diperlakukan seperti itu.

"Sayang , you dah sedar ? Alhamdulillah. I panggil doc sekejap ye ," dielus dahi Mya lembut lalu keluar dari kamar wad untuk memanggil doktor.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now