"Riana , lama lagi ke kita nak sampai ?" Aku dah tercungap-cungap dah ni tak cukup nafas.
"Depan tu je lagi nak sampai. Sabar eh. Aku tahu kau penat. Dari lepas akad nikah tadi kau tak rest kan ?" Riana memegang erat tanganku.
Aku mengangguk lemah. Aku gagahkan diri juga untuk meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba Riana berhenti mendadak. Dahiku terkena badan Riana. Dah kenapa perempuan ni ?
"Sorry sorry. Kita dah sampai. Jap aku buka selak pintu ni." Riana menyuruh aku menyuluh lampu menghala ke pintu bawah tanah itu.
Dengan tangkas Riana memanjat dua anak tangga ke atas lalu membuka selak itu.
"Ketat gila selak ni. Mungkin sebab dah berkarat kot." Riana menghembus nafas lega apabila selak tadi sudah boleh dibuka.
Dalam kepala aku berfikir sesuatu. Kalau selak tu berkarat , maksudnya dekat bawah tanah ni mempunyai pengaliran udara yang baik kan ? Betul tak ?
Perlahan-lahan Riana membuka pintu bawah tanah itu. Nasib pintu itu dibuka dari dalam , bukan dibuka dari luar. Riana menjengulkan kepalanya perlahan-lahan ke luar. Tiada orang!
Clear! Dengan pantas Riana keluar lalu menyuruh aku pula keluar. Terkial-kial aku memijak anak tangga. Sebab tangga tu berdebu teruk. Asyik terbersin je aku dibuatnya.
Riana dengan cepat menutup pintu bawah tanah itu , tak nak ada orang lain yang perasan. Sebabnya nak kunci tak boleh , melainkan selak dari dalam.
"Jom!" Riana pantas menarik tanganku menghala ke tepi jalan. Mereka berjalan beriringan untuk mencari teksi atau Grab.
"Hm aku rasa kita tak sempat nak pergi rumah kau Mya. Sebabnya kalau tadi dorang dah serbu rumah aku , mesti dia akan serbu rumah kau pulak kan ? Esok-esok jelah ye," Riana memandangku.
Aku mengangguk. "Aku okay je. Esok-esok boleh pergi rumah aku. Lagipun hari ni dorang tengah ligat cari kita. Takut terserempak je dengan dorang."
Riana mengangguk kecil. Ada benarnya kata Mya tu. Adrian dengan Rayyan tu bukannya jenis tahu erti mengalah atau putus asa. Pendirian dorang tetap dan tegas! Kalau A , A lah jawabnya.
"Mya , kau okay ke ? Pucat semacam je muka kau." Riana melekapkan tangan kirinya ke dahiku. Panas sikit.
"Kau demam ke ?" Tanyanya lagi. Aku belum jawab lagi , dah ditambah lagi soalan.
"Pucat sangat ke ? Entah lah beb. Badan aku rasa lesu. Then rasa sengal-sengal sendi aku and aku rasa penat sangat." Aku mengurut lembut belakang tengkuk.
"Tak apa lah. Nanti kita check in hotel terdekat , kau rest eh. Nanti kau rest kejap , aku pergi cari makan. Okay ?" Riana mengusap lembut ubun-ubun kepalaku , seolah-olah macam aku ni budak kecik pulak. Habis kusut rambut aku. Aku mengangguk kecil.
Serious aku rasa letih sangat , rasa macam nak pengsan pun ada. Jangan macam-macam kau , Mya. Tak terdaya nanti si Riana tu nak dukung kau masuk hotel.
Adrian dan Rayyan yang bawa kereta masing-masing , memandu keluar dari perumahan elit kawasan rumah Riana.
Kepala Adrian terasa berat tiba-tiba. Otaknya ligat memikirkan isterinya. Baru je dia nikahi isteri kesayangannya tadi , dah hilang lari rumah. Pengantin satu hari ke apa ni ?
Rayyan rasa kecewa yang teramat sangat. Apa lagi yang aku patut buat untuk dapatkan hati Riana ? Apa tak cukup lagi ke apa yang aku buat dekat dia selama ini ? Dia nak apa ? Aku boleh buatlah apa yang dia nak. But jangan seksa hati aku macam ni. Serious terseksa weh hati aku!
![](https://img.wattpad.com/cover/165249321-288-k796215.jpg)
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...