Bab 10

91.8K 2.1K 250
                                    

Selesai mandi , Adrian menuju ke almari bajunya. Dicapai tshirt putih kosong dan hoodie berwarna hitam. Seluar slek yang tersangkut juga dicapai. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain apabila melihat Adrian menanggalkan tuala di depanku.

"Pandang aku Mya. Ke kau nak aku rogol kau baru kau nak pandang aku ?" Perlahan-lahan aku memandangnya dengan muka yang tidak keruan.

Adrian hanya memakai boxer saja ketika itu. Seluar slek disarung ke kakinya. Tshirt putih disarungkan ke tubuhnya yang sasa itu. Adrian menuju ke meja makeup miliknya.

Deodoran disapukan ke ketiaknya. Matanya tidak lepas dari merenungku dibalik cermin meja makeupnya itu.

Yang paling aku nak tergelak , Adrian memakai bedak baby johnson lalu disapu ke mukanya. Aku menahan saja gelakku dari terletus. Aku lihat dia memakai something kat muka dia. Macam serum. Hm lelaki pun pakai serum. Patut lah muka dia bersih uollsss.

Rambutnya didandan kemas menggunakan pomade. Nampak smart ! Hm dah lah hensem.

Selesai mendandan diri , Adrian memandangku. Dia menuju ke arahku yang duduk di birai katil itu lalu duduk di sebelahku.

"Aku nak keluar kejap. Ada hal. Kau.. duduk je dekat rumah. Jangan nak merayap. And aku ada benda nak bagitahu kau. Jangan sesekali kau naik tingkat atas. Itu pantang larang dalam rumah ni. Jangan naik tingkat tiga. And jangan masuk bilik yang ada kat dalam rumah ni , melainkan bilik ni dan bilik sebelah. Bilik sebelah bilik bacaan. Kalau kau nak baca novel ke apa ke , pergi jelah masuk bilik sebelah. Tapi jangan masuk bilik lain. Dua bilik ni je kau boleh masuk. Faham ?" Matanya merenung tajam tanda memberi amaran kepadaku.

Aku mengangguk perlahan. Adrian memandangku dengan perasaan tidak puas hati. Dahinya berkerut.

"Suaraa kau mana ? Dah bisu ke ? Ke nak aku lempang muka kau baru nak keluar suaraa ?" Ayatnya itu membuatkan aku kecut perut mendengarnya.

"Faa-fahamm..." kataku perlahan.

"Okay , goodgirl. Tunggu aku balik. Kau jangan nak merayap. Jangan nak keluar dari rumah ni. Orang-orang aku ada kat luar , akan jaga kau , memerhati kau. Kalau kau keluar rumah tanpa pengetahuan aku , haa kau tahu lah nasib kau ," Adrian mencium dahiku lalu mencapai hoodie dan turun ke bawah.

Aku hairan. Aku yang suruh dia bawak aku jauh dari sini , tapi aku disini pulak yang kena kongkong. Tak boleh merayap. Yelah , lagipun buat apa aku nak merayap , sini hutan.

Aku seram dengan dia. Buat dia marah sikit je , kena tengking.

Dia kongkong aku seolah-olah aku ni macam bini dia pulak. Haih , Ad Ad. Bosan lah pulak. Henfon aku dah dibalingnya.

Dahtu ni aku nak buat apa ? Jadi bodoh ? Hm.

Aku buat keputusan untuk keluar dari bilik. Aku belum puas tawaf rumah si Ad ni lagi. Baru saja mahu turun ke bawah , telingaku terdengar perbualan Ad dengan seseorang.

"Ye kejap lagi aku sampai. Kumpulkan orang-orang kita. Bawak hilux , senang nak angkut mayat dorang nanti. Pastikan semua pakai hoodie hitam dan penutup muka hitam. Biar mereka tak cam kita nanti. Dalam 3 jam lagi aku sampai. Malam ni kita sapu habis. Okay apa-apa call aku , bye." Adrian menamatkan taliannya dengan seseorang. Aku tergamam. Siapa Adrian Mikael sebenarnya ?

Mayat ? Mayat siapa pulak si Ad ni nak angkut ?

Aku lihat Adrian seperti nak naik ke atas. Aku perlahan-lahan menjingkit kaki ke belakang nak masuk bilik , namun aku tersepak meja laci di tepi menyebabkan bunyi keriut terhasil.

'Aduhh ! Rumah ni dah lah sunyi. Tersepak sikit pun dah bunyi !' Getus hatiku.

Aku cepat-cepat lari masuk ke bilik lalu masuk ke bilik air. Pintu bilik air dikunci erat.

Adrian segera memandang tingkat atas. Tadi rasanya macam terdengar bunyi orang sepak meja laci. Adrian segera berlari pantas ke tingkat dua. Namun , tiada siapa di situ.

Adrian masuk ke bilik , dan melihat aku tiada di atas katil. Aku dengar Adrian memanggil namaku , namun aku tak mampu nak menjawab. Kerana menggigil ketakutan.

Adrian berlalu ke bilik bacaan. Namun , aku tiada juga di situ.

"Myaa Adriannaaa !!! Mana kauu ?!!!!" Jerit Adrian , suaranya bergema di dalam rumah banglo itu.

Aku tersentak. Aduh apa nak buat ni ? Ha ! Aku tahu apa nak buat . Aku menuju ke jamban bilik air itu lalu menarik flushh.

Adrian terdengar seperti ada orang tarik flush tadi. Dia berlari menuju ke bilik air.

Diketuk bertalu-talu pintu bilik air tersebut.

"Mya !! Myaa bukak pintu ni sekarang ! Myaa !! Bukak Mya Adrianna !!" Jeritnya sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air itu dengan kuat macam nak roboh dah pintu tu.

Aku membuka pintu bilik air. Terpampang wajah bengis Adrian.

"Kau buat apa dalam bilik air ?! Aku jerit-jerit nama kau , kau tak dengar ke perempuan ?!" Adrian menarik rambutku kasar ke birai katil.

"Aduhh sakit Adriann !! Adriann lepasss !! Sakit lahh !!!" Marahku.

"Oh melawan ? Siapa ajar kau melawan aku haa ?! Siapa ajar ?!!" Jerit Adrian kuat. Suaranya naik satu oktaf.

Aku menangis teresak-esak. Kenapa Adrian berubah drastik macamni ? Siapa dia sebenarnya ?

Kenapa aku rasa dia ni macam dekat sangat dengan aku ? Adakah aku ada kaitan dengan dia ? Atau sebaliknya ... ?

"Diam aku cakap ! Diam Mya !! Berhenti menangis !!" Marah Adrian , namun aku tak peduli. Aku tetap menangis.

"Oh kau tak nak dengar kata ek , kau terima balasan kau ," Adrian menampar pipiku kuat sehingga berdarah bibirku. Aku memegang bibirku.

Sakit. Ya memang sakit. Aku mintak dia bawak aku pergi jauh dari sini untuk dia menjadi pelindung aku. But sekarang , kenapa aku kena pukul ? Apa salah aku ?

Melihat aku yang tak berhenti menangis , Adrian menolakku jatuh ke bawah. Kepalaku terkena bucu katil.

"Ad-adrian... ahh sakitt...," aku memegang kepala aku. Darah ?

Sebelum pandanganku kelam , aku sempat melihat Adrian menggelabah menuju ke arahku. Kepalaku diriba di atas pehanya. Mukanya terpalit kerisauan melihat aku begitu.

Aku memandang Adrian sekilas sebelum pandanganku kelam.

'Sampai hati kau Adrian , buat aku macamnih.' Gumam hati kecilku.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now