Bulan berganti bulan , perut Mya mulai membesar. Usia kandungannya sudah mencecah 5bulan. Namun , perutnya tak berapa nampak kerana Mya kurus orangnya.
Namun , jika diselak bajunya nampak baby bumpnya yang bulat itu. Pagi itu , Mya terjaga awal kerana nak terkucil. Jam dipandang sekilas pukul 630 pagi.
Sejak-sejak pregnant ni yallah nak bangun punyalah payah bila dah berbadan dua ni. Ditoleh ke kiri , Adrian lena tidur disebelahnya.
Mya baru saja menurunkan kakinya ke bawah, kedengaran Adrian berdehem.
"Nak pergi mana sayang, hm ?" Suara serak basah Adrian menyapa pendengaran Mya.
"Tandas." Sepatah saja Mya menjawab.
"Nak biy teman ke ? Boleh ke tu jalan ?" Adrian bingkas bangun.
"Boleh. Tak payah sibuk lah. Ishhhh !" Rengus Mya geram.
Adrian menggaru-garu kepalanya. Nak tolong pun kena marah ?
Mya berjalan perlahan-lahan ke bilik air. Adrian hanya memerhati dari jauh. Risau Mya terjatuh ke apa.
Selesai melepaskan hajat , Mya membuka pintu bilik air , dan hampir-hampir Mya nak menjerit melihat Adrian berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik air.
"Kus semangat ! Ishh ! Kau ni dah kenapa berdiri depan ni ?" Marah Mya. Gila tak terkejut. Dah lah pakai baju putih pula tu. Mahu gugur jantung.
"Biy takut sayang jatuh ke apa. Tu yang biy tunggu depan bilik air. Dah , jom." Adrian pimpin Mya ke katil.
"Ishh , orang boleh jalan lah." Mya merungut.
"Suka hati biy lah nak pegang ke tak. Sayang tu kenapa nak berangin je ?" Nadanya saja ditegaskan. Mya dah terdiam.
'Tahu takut. Hiks.'
***
Tepat pukul 730 pagi , Mya turun ke dapur untuk sediakan sarapan.Pagi tu Mya cuma masak nasi goreng kampung dengan milo panas bagi sarapan pagi.
Mya tengah leka sendukkan nasi goreng ke dalam pinggan , tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Nasib tak terpelanting senduk tu.
"Ishh apa ni peluk-peluk !" Marah Mya.
Lagi kuat Adrian peluk Mya. Sambil tangannya mengusap-usap perutnya."Tepi lah , Ad." Dingin sungguh suaranya.
Adrian akur terpaksa lepaskan Mya.
Haih ibu mengandung ni sensitif kuat betul.
"Adrian , duduk makan." Adrian melabuhkan punggungnya di sebelah Mya.
"Bismillah," Mya menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Hm sedap juga aku masak.
Sekali sekala puji diri sendiri masak sedap ehek. Mya toleh ke arah Adrian.
"Kenapa tak makan ?" Mya tanya Adrian. Tak sedapkah nasi gorengnya ?
"Nak suap," Matanya saja dikebil-kebilkan minta simpati.
Mya menjeling, mengada betul.
"Ada tangan kan ? Tak kudung kan ? Suaplah sendiri.""Ala sayang. Suapkan lah," Adrian merengek gedik.
"Gedik lahai. Kudung betul-betul nanti baru tahu." Mya menyuap juga Adrian. Dasar pemalas !
Adrian tersenyum kemenangan. Nampaknya , cara nak dekati Mya dengan kelembutan. Baru Mya pun akan berlembut.
"Aaaaaa. Sayang cepat lah," Mya membuat 'role eyes' tanda menyampah dengan rengekkan Adrian. Sekali bagi penampar apa tak dapat.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...