Bab 48

31.6K 924 158
                                    

"Okay okay , semuanya bermula macam ni. Biy sebenarnya dah kenal lama dah sayang. Biy kenal sayang dari umur sayang 13 tahun. Biy tak sengaja terjumpa sayang dekat taman. Kan biy ada cerita time tu. Then biy jatuh cinta dekat sayang dengan pandangan pertama. Biy tak tipu. Biy sendiri pun pelik kenapa boleh jatuh cinta dengan budak umur 13 tahun.

Kalau sayang tanya kenapa ? Biy memang tak ada jawapan. Tapi biy memang betul-betul cintakan sayang seorang. Lagi biy nafikan perasaan ni , lagi perasaan ni tak boleh dikawal.

Hari-hari biy cuba cari cara untuk rapat dengan sayang , untuk jumpa sayang. Dan time tu sayang macam endah tak endah je dekat biy. Itu yang membuatkan biy lagi nak dapatkan sayang.

Sejujurnya , tak mudah biy nak dapatkan sayang. Dan tak mudah juga biy untuk lepaskan sayang macamtu je. Takkan sayang tak faham perasaan biy ? Cuba sayang selami jiwa biy , masuk dalam diri biy macam mana. Biy dah janji dengan diri sendiri , tak nak jadi macam dulu. Tak nak baran macam dulu lagi. Sebab now kita bertiga , bukan berdua macam dulu.

Biy buat macam-macam untuk dapatkan sayang. Biy suruh orang-orang biy siasat latar belakang sayang. Dan dari situ biy kenal siapa pembunuh mak ayah biy dengan rayyan. Rayyan pun terkejut juga dengar hal tu. Tapi biy dengan Rayyan tak berdendam pun dengan sayang dengan Riana.

Cuma biy dengan Rayyan berdendam dengan siapa pembunuh tu. Biy dengan Rayyan plan betul-betul macam mana nak jatuhkan syarikat mak ayah sayang dengan mak ayah Riana. Biy sekat pelabur yang nak melabur dekat syarikat mak ayah sayang. Rayyan pula jalankan kerja dia sekat pelabur yang nak melabur dekat syarikat mak ayah Riana. Semua tu makan masa bertahun , dan tenaga.

Pernah tak sayang terfikir macam mana biy dengan Rayyan survive dulu masa mak ayah kitorang dah tak ada ?

Trauma. Susah. Nak jalani kehidupan macam budak lain pun rasa macam payah. Sebab apa ? Sebab kurang kasih sayang. Dibesarkan dengan pakcik sendiri. Pakcik tu lah yang bagi kasih sayang secukupnya. Kalau dia tak bela biy , tak tahu lah apa jadi dekat biy sekarang. Merempat kot. Atau lebih teruk dari sekarang.

Sedara mara biy pun biy tak kenal siapa. Lebih kurang hidup sebatang kara lah biy ni dengan Rayyan. Hidup pulak dibesarkan dengan mafia gangster ni semua. Benda yang biy buat selama hidup ni tak ada yang baik. Semuanya jahat. So ,  ingat bila ada sayang dalam hidup biy , sayang boleh ubah biy jadi manusia yang berguna. Tu je harapan biy sebenarnya.

Ye biy mengaku biy jahat , biy bunuh orang , tibai orang , tapi itulah kisah silam hidup biy. Kisah hidup yang biy jalani selamani. Biy bukan nak tagih simpati dekat sayang. Tapi memang inilah yang biy buat selamanih. Tapi bukannya biy tak pernah buat benda baik. Pernah je. Biy pernah je dermakan sikit sumbangan dekat rumah anak yatim. Walaupun biy ni jahat , bertatoo , tapi sekarang biy dah masuk islam. Biy masuk islam sebab sayang , sebab ALLAH. Biy tertarik dengan personaliti sayang.

Biy tengok sayang solat dekat surau taman tasik tu , betul-betul buat biy tergamam. Tengok sayang pakai telekung , nampak comel sangat. Dengar sayang baca quran , merdu je biy dengar. Sumpah , biy tak tipu. Setiap pergerakan sayang semua biy intip. Setiap aktiviti sayang semua biy tahu tanpa sayang sedar. Maafkan biy kalau selamani buat sayang rimas dengan kehadiran biy.

Ingat tak dulu , ada orang kacau sayang time sayang nak balik sekolah ? Sayang lari kan time tu ? Yang belasah budak lelaki tu sampai lunyai siapa lagi kalau bukan biy ? Sayang lari dah sampai hujung simpang baru sayang perasankan budak lelaki tu dah tak kejar sayang ? Lunyai budak lelaki tu biy kerjakan. Biy tanya dia , kenapa dia kejar sayang ? Dia kata , dia minat sayang. Lagi teruk lah lelaki tu biy belasah.

Biy bagi warning dekat dia , jangan cuba-cuba nak kacau sayang atau sentuh sayang. Then esoknya biy perhati sayang balik sekolah , tak ada dah yang ganggu sayang." Panjang lebar Adrian ceritakan satu per satu biar Mya faham keadaan masa tu.

Mya tergamam bila Adrian buka cerita satu per satu.

Ya , dia akui. Yang pasal kejar dia tu , memang betul. Dia kacau time nak balik sekolah. Tapi , tak sangka pula Adrian yang tolong.

Mya masih dengan egonya.
"Lagi ? Takkan tu je ? Banyak lagi kan sebenarnya ? Kau nak sorok dari aku apa lagi Adrian ?"

Adrian mengeluh berat. Nak tak nak , Adrian tetap akan ceritakan semuanya.

"Kemana sayang pergi , biy sentiasa ada. Cuma sayang je tak nampak. Biy awasi sayang dari jauh. Perhati setiap gerak-geri sayang. Sayang keluar dengan siapa , buat apa , dekat mana , semua biy tahu. Pernah satu hari tu , sayang keluar dengan kawan lelaki sayang , Amsyar kan nama dia ? Sayang keluar berdua je hari tu. Riana tak ada. Riana ada hal.

Kemain sayang seronok keluar sakan dengan dia kan. Biy waktu tu dah sakit hati sangat. Tapi biy sabar. Yang biy geramnya sebab dia cubit manja pipi sayang , cuit hidung sayang. Biy geram masa tu , tapi biy stay perhatikan sayang dari jauh.

Then , masa sayang keluar dengan Riana , biy ajak Rayyan teman. Dari situ Rayyan kenal Riana. Dia minat kat Riana. And biy luahkan segala-galanya kat Rayyan. Rayyan je yang tahu setiap jatuh bangun biy. Kisah hidup dia dengan biy pun lebih kurang. Rupa-rupanya , ada sebab ALLAH pertemukan biy dengan Rayyan. Now dah faham sikit kan ?"

Mya masih tak puas hati. Macam mana Adrian boleh tangkap gambarnya banyak-banyak macam tu ?

"Aku ada nak tanya lagi. Macam mana kau boleh tangkap gambar aku banyak-banyak macam ni Ad ?" Mya memandang setiap frame yang terpampang gambarnya.

Adrian turut memandang gambar-gambar tersebut.

Mungkin kali ni Mya akan menganggapnya gila. Tapi , Adrian tak kisah Mya nak menggelarkannya apa sekalipun. Sekurang-kurangnya dia dah jujur.

"Setiap kali biy intip sayang , biy standby telefon dekat tangan. Standby buka camera. Mana angle yang biy rasa sayang cute , biy akan snap gambar tu banyak-banyak. Bila balik je rumah , biy akan pilih gambar yang cantik , then biy cuci gambar sayang tu. And lagi satu , biy ada Facebook sayang. Biy siap add lagi , sayang approved. Dekat Facebook sayang , biy stalk gambar-gambar sayang. Mana yang comel biy pilih lepastuh biy print. Mungkin sayang akan anggap biy gila. Tapi itulah hakikatnya , sayang.

Hari-hari biy stalk sayang. Kalau biy ada kerja dekat luar , biy upah orang untuk tengok-tengokkan sayang. So , biy stalk sayang dari Facebook jelah. Sekarang sayang dah faham ? Ada apa lagi yang sayang nak tanya ?"

Mya terdiam seribu bahasa. Disebalik kejahatan dan muka bengis Adrian , dia tetap awasi Mya dari jauh.

'Patutlah ada lelaki baju hitam kadang-kadang follow aku. Orang dia rupanya ,' Desis Mya dalam hati.

"Sayang ? Hey , fikir apa tu ?" Adrian memetik jarinya beberapa kali.

Mya memandang Adrian tepat.
"Patutlah kadang-kadang ada orang pakai baju hitam ikut aku. Orang kau ke , Ad ?"

Adrian mengangguk.

"Biy buat macam tu , sebab biy sayang awak sangat-sangat , Love."

Mya terdiam memikirkan apa yang dikatakan oleh Adrian tadi.

####
1143 words. Okay done hehe . Time kerja ni sempat lagi update 😂♥️.

Macam biasa ya vote n comment 😘♥️.

SALAM SAYANG , ♥️
20january2021 🥰,
1550pm 😘.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now