Bab 7

86.5K 2K 212
                                    

"Apalah agaknya si Mya tu buat kat atas. Makan tak lagi. Mandi pun mesti belum lagi. Haih. Mama suruh Mya kahwin dengan CEO tu bersebab sayang. Mya nak ke hidup kita susah ? Merempat tepi jalan ?" Bebel Puan Adilla seorang diri di taman bunga mini miliknya.

Selesai membersihkan apa yang patut , Puan Adilla mencapai paip untuk mencuci tangan. Usai membersihkan tangannya , dia tergamam melihat selimut anaknya terjuntai di atas tanah.

"Aik kenapa selimut si Mya terikat dekat tembok bilik dia ? Sampai terjuntai kat tanah ni. Dia buat apa dengan selimut ni ?" Puan Adilla memegang selimut anaknya itu.

Puan Adilla segera masuk ke dalam lalu menuju ke bilik anaknya. Berkunci. Puan Adilla mencapai kunci pendua di dalam laci meja lalu memasukkan kunci ke dalam lubangnya.

Klik ! Pintu terbuka. Namun kelibat Mya Adrianna langsung tidak kelihatan.

Puan Adilla mencari anaknya di dalam bilik air , namun tiada. Matanya tertancap pada koridor bilik anaknya.

Perlahan-lahan kakinya menapak ke koridor bilik anaknya. Namun, anaknya tiada di situ. Puan Adilla memegang selimut. Matanya memandang kiri kanan rumahnya.

"Jangan-jangan... Mya lari dari rumah ?! Mesti dia lari rumah... kalau tak , kenapa selimut ni terikat dekat tembok ?" Puan Adilla masih lagi dihuni perasaan terkejut.

Cepat-cepat Puan Adilla menuju ke biliknya lalu menelefon anaknya.

Panggilan bersambung namun tidak diangkat. Puan Adilla mencuba menghubunginya lagi sekali. Namun , kalinih tidak dapat dihubungi.

'Panggilan tidak dapat dihubungi. Tut tut ! Tut tut ! Puan Adilla mematikan talian.

Aduhh ! Macam mana ni ? Hati kecilnya sudah mula berfikir yang bukan-bukan.

Lekas dia menelefon suaminya , Encik Hamid.

Tut tut ! Tut tut ! Tut tut !

"Haih abang ni pun ! Angkat lah abang ! Penting ni !" Marah Puan Adilla.

Dia cuba menelefon kembali suaminya.

Tut tut ! Tut tut ! Panggilan disambung.

"Hello... ada apa yang ? Abang tengah busy meeting ni. Ayang sibuk call kenapa ?" Marah Encik Hamid di hujung talian.

"Meeting abang lagi penting ke anak lagi penting ?! Abang tahu tak , Mya dah lari dari rumah ! Dia lari , saya tak sedar langsung. Tahu-tahu masa saya dah habis menanam , saya habis je basuh tangan , saya nampak selimut anak kita terjuntai kat tanah. Saya pergi bilik dia , dia takde kat dalam bilik ! Selimut dia siap terikat lagi kat tembok koridor tu ! Saya syak , dia turun ke bawah guna selimut tu abang !" Puan Adilla nafasnya turun naik menahan sebak.

"Sabar ayang , sabar. Kejap lagi abang balik , kita bincang yee. Abang tengah meetingg ni. Sabar ye , kejap lagi abang balik. Abang letak dulu ye , bye assalamualaikum." Encik Hamid menamatkan talian.

Encik Hamid menghembuskan nafas berat. Satu-satu masalah menimpanya.

'Kemana kamu Mya ?' Detik hati tuanya.

Encik Hamid cuba menghubungi Mya , namun tidak dapat dihubungi. Lagi sekali keluhan berat dilepaskan.

"Kenapa Encik Hamid ? Ada masalah ke ?" Tanya clientnya , Mr Lee.

"Ahh ...err.. takde pape. Isteri saya tanya bila nak balik. Hahaha..." Encik Hamid cuba menyembunyikan perasaan galau yang bersarang di dadanya.

"Hahaha yakaa... hahaha... biasalah itu bini hahaha..." Mr Lee ketawa mendengar kata-kata Encik Hamid. Namun realitinya..

***
"Mya.. termenung apa lagi tu ? Marilah sini ," panggil Adrian lembut.

Aku hanya tersengih sambil berdiri tegak kat depan pintu.

"Ke kau nak aku dukung kau ? Hmm ?" Adrian bingkas bangun dari katil lalu perlahan-lahan menapak ke arahku.

Aku mulai tak keruan. Dah kenapa mamat ni ? Kau jangan macam-macam Adrian Mikael. Aku ada silat tau. Kang aku karate kau kang.

"Meh sini ," Adrian menarik tanganku lalu dibawaku ke birai katil.

"Muka kau nampak takut ni asal ? Aku tak buat pape pun lah kat kau. Aku just nak kau tidur je dengan aku. Aku letih , so aku nak rehat. Penat drive tadi ," Adrian perlahan-lahan baring di atas katil.

Aku tercegat memerhati dia yang lena baring di atas katil.

'Aku nak buat apa ni ? Takkan nak tengok dia tidur ? Haa henfon aku mana ek ?'

Aku bangun lalu bergerak ke meja makeup. Aku selongkar beg aku cari iPhone aku , namun tak jumpa.

"Eh mana pulak iPhone aku ? Takkan hilang kut ? Sedangkan tadi aku letak dalam beg." Aku dah mula risau henfon aku hilang.

"Cari apa tu Mya ? Meh tidur sini ," Kulihat Adrian menggeliat kecil di atas katil.

"Awak , awak ada nampak iPhone saya tak ? iPhone saya hilang lah. Takde dalam beg. Sedangkan tadi saya dah masukkan dalam beg," aku dah mula rasa nak nangis henfon aku hilang.

"iPhone kau ? Hm aku dah baling kat highway masa aku drive tadi. Mak kau call , so aku baling keluar henfon kau." Muka Adrian langsung menunjukkan riak tidak bersalah. Dengan selambanya dia mengambil bantal peluk lalu dipeluknya.

"Whatt ?!! Awak balingg ?" Suaraku meninggi kerana terkejut.

Adrian Mikael yang sedang baring terus terbangun lalu berdiri memandangku.

Adrian Mikael tersenyum sinis memandangku.

"Yaa why ?"

"Kenapa awak baling ?!!" Tengkingku.

"Eh perempuan !! Kira bersyukur tau aku bawak kau jauh dari mak bapak kau yang tak guna tu !! " Adrian Mikael mencekik leherku.

Aku tergamam dengan perlakuannya.

"Ap-paa.. maksud... aw..-wakk tu ?" Suaraku tersekat-sekat akibat dari kesan cekikan Adrian.

"Huhh !! Dasar perempuan tak tahu diuntung !! Nanti kau akan tahu jugak semuanya." Adrian melepaskan cekikan tersebut. Aku memegang leherku. Sakit. Itu yang mampu aku ungkapkan.
Kenapa Adrian tiba-tiba je berubah drastik ?

Tanpaku sedar , airmata ku menitik membasahi pipi. Aku masih lagi memegang leherku.

Adrian Mikael memandangku sinis lalu keluar dari bilik. Aku hanya memandangnya pergi tanpa berbuat apa-apa.

Aku takut. Itu yang aku mampu katakan. Sekejap mood dia okay , sekejap mood dia swing. Aku tak tahu lah apa masalah dia ni. Nak kata period tak , dia lelaki.

Akhirnya , aku terduduk di tepi meja makeup sambil menangis. Lemah ? Ya aku lemah. Sebab aku perempuan. Tak berdaya nak melawan kudrat seorang lelaki.

Ku tekapkan muka ke lutut. Aku menangis teresak-esak umpama budak kecil. Rasa menyesal mulai bertandang di hati. Akhirnya , aku tertidur dengan linangan air mata.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now