Sarah bawa mereka ke butik-butik mahal untuk mereka shopping baju mereka. Tadi masuk butik Aliya , kalinih butik Atiqah pula. Hm macam-macam nama butik ada.
"Ha aku nak korang pilih lah baju apa korang nak. Ambil je. Nanti aku bayar guna duit laki korang. Dah-dah pergi shopping sana. Aku tunggu." Sarah menolak aku dan Riana ke dalam butik Atiqah.
'Hm memang lawa-lawa. Rambang mata aku macamnih. Ingat lagi dulu kalau mama bosan , mesti mama ajak aku pergi shopping teman mama. Tapi tu lah. Mama dah tak ada. Moga mama tenang di sana.' Getus hati aku sendiri.
"Mya ! Termenung apa lagi tu ?! Pergi pilih cepat !" Laung Sarah. Aku kaget mendengar suara nyaring Sarah.
Aku pantas menarik tangan Riana untuk memilih baju. Riana terpinga-pinga.
Sarah tersenyum melihat gelagat si Mya.
"Hm not bad taste kau , Adrian. So kiutttt!""Kita nak pilih baju apa ni , Riana ?" Aku menoleh ke arah Riana.
"Ala pilih je lah apa-apa. Kang tak pilih bising pulak mulut si Sarah tu." Ngomel Riana.
Aku pantas mencapai beberapa seluar jeans , seluar pendek , short pants , singlet , blouse , dress , and baju biasa untuk duduk rumah.
Riana juga memilih beberapa baju , seluar jeans , pallazo , dress dan blouse.
Mereka main belasah saja pilih.
Selesai memilih baju , aku dan Riana menuju ke arah Sarah.
"Dah ?" Sarah memandang mereka berdua.
Aku tersenyum lalu mengangguk manakala Riana hanya mendiamkan diri.
"Eh ni je ? Bra spender takkan tak ambil ? Pergi pilih. Kang nanti korang nak pakai spender siapa ? Spender laki korang ? Hahahaha," Sarah ketawa kuat.
Aku turut tergelak. Terbayang-bayang di minda aku spender Calvin Klein milik Adrian. Dia dah lah sado , spender saiz L walaupun dia tak ada lah gemuk mana pun.
Riana menahan ketawa mendengarkan kata-kata Sarah itu.
Aku menarik kembali tangan Riana menuju ke bahagian privasi wanita. Aku mencapai beberapa bra , sport bra dan spender. Semuanya jenama Calvin Klein.
"5 je kau ambil Mya ? Ambil lah lebih." Sarah mencapai lagi 10 bra campur sport bra. Spender Sarah sebat ambil 10. Kat aku ade 10. Hm total berapa ? Ha kira sendiri.
Sarah menoleh ke arah Riana pula. Sikitnya ambil ! Sarah tersenyum memandang Riana lantas mencapai banyak bra , sport bra dan juga spender.
"Ha baru lah cukup ! Ni tak , korang ambil sikit sangat ! Okey dah jom bayar!" Sarah menuju ke kaunter pembayaran.
Aku dan Riana saling berpandangan. Serius lah ambil banyak ni ?!
Aku sekadar mengangkat bahu lalu tersenyum. Riana turut tersenyum. Mereka berdua berlalu ke kaunter pembayaran.
Mereka berdua meletakkan barang-barang yang dipilih tadi ke atas tempat untuk meletak barang.
"Kira semua." Ujar Sarah lalu membuka zip beg miliknya. Duit RM50 dan RM100 bersepah dalam begnya. Malas dia nak masukkan dalam dompetnya. Baik dia masukkan je terus dalam beg tangan jenama LV itu.
Pekerja yang menjaga cashier itu mengangguk lalu mengscan satu-satu pakaian yang dipilih. Selesai scan , pakaian itu dimasukkan kedalam beg plastik yang bertulis CALVIN KLEIN.
"Berapa semua ?" Sarah mengeluarkan not RM100 5 keping , not RM50 11 keping.
"RM1,010. " Kata pekerja itu.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
Storie d'amoreMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...