Bab 8

86.7K 2.2K 365
                                    

Puan Adilla mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Hatinya resah gelisah mengenangkan anak perempuannya.

Kedengaran enjin kereta bergema di garaj kereta. Puan Adilla tahu itu pasti suaminya , Encik Hamid.

Puan Adilla segera berlari anak ke pintu utama. Segera dia membuka pintu lalu terus menerpa ke arah suaminya.

"Abang !! Lambatnya abang balik !" Puan Adilla segera merangkul lengan suaminya itu.

"Awak ni dah kenapa ? Cuba bawak bersabar. Kita masuk dalam , bincang dekat dalam. Malu kalau jiran kita dengar ," Encik Hamid membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah.

Encik Hamid melonggarkan tali leher lalu melabuhkan punggung di atas sofa mewah rumahnya.

"Haa kenapa yang ?" Briefcasenya diletak di atas meja. Matanya tertumpu pada isterinya.

"Si Mya , dah lari rumah. Takkan disebabkan saya suruh dia kahwin dengan CEO tu , dia terus lari rumah. Macam mana ni bang ?" Raut wajah Puan Adilla resah terkenangkan anak daranya itu.

"Ha tu lah awak. Saya dah kata , biar saya je yang cakap dengan dia. Tapi awak ni degil. Ketegaq tak mau dengaq kata laki awak ni. Kalau awak yang cakap dengan dia , awak akan memaksa dia. Haih awak ni ," Marah Encik Hamid.

"Haa abang nak marah saya pulak ? Abang jugak yang suruh si Mya tu kahwin dengan CEO tu sebab nak selamatkan syarikat abang. Kalau tak , bankrup lah abang. Kita nak duduk mana ? Merempat ?" Bidas Puan Adilla kembali. Dia menjeling tajam suaminya.

"Ya saya tahu saya yang suruh Mya tu kahwin dengan CEO tu. Tapi biar lah saya yang bercakap hal ni dengan dia. Sekurang-kurangnya saya boleh slowtalk dengan dia. Ni tak , awak tengking-tengking dia. Memang lah budak tu lari ,"Encik Hamid memandang isterinya seperti mahu telan hidup-hidup.

"Huh , suka hati abang lah. Malas saya nak bercakap dengan abang ni. Bagitahu salah , tak bagitahu pun salah dimata abang ," Puan Adilla bingkas bangun lalu naik ke atas. Bengkak hatinya dengan sikap suaminya itu.

"Ha nak kemana pulak tu ?" Tanya Encik Hamid.

"Merajuk dengan abang !" Laung Puan Adilla.

"Dah tua-tua bangka pun nak merajuk. Geli geleman saya dibuatnya. Saya cari bini baru nanti kang , haa baru tahu ," Encik Hamid ketawa dengan ayatnya yang akhir itu.

"Berani abang cari bini baru , saya sunat abang kali keduaa !!" Laung Puan Adilla lagi.

"Lahh dengar rupanya , hahahhaha ..." berdekah dekah Encik Hamid ketawa.

"Jangan ingat saya tak dengar ye bang ," Puan Adilla menjeling tajam suaminya.

"Haih ayang-ayang , dah tua-tua pun nak merajuk lagi ," Encik Hamid menggeleng kepala terkenangkan sikap isterinya itu.
Henfon yang berada di dalam kocek seluar berbunyi minta diangkat.

Dilihat skrin telefon terpampang private number.

'Aik siapa pulak ni yang guna private number ni ?' Getus hati Encik Hamid.

Encik Hamid segera menjawab panggilan tersebut.

"Hello.. siapa ni ?" Encik Hamid memulakan bicara.

"Ya. Saya Ian." Ucap orang di sana.

"Oh Ian. Haha ada apa Encik Ian call saya ni ? Ada meeting ke ? Ataupun ada hal yang mustahak ?" Encik Hamid duduk tegak setelah mengetahui siapa yang menelefonnya.

"Haha takde hal mustahak pun. Saya cuma ada hal sikit nak cakap dengan Encik Hamid." Ucap Ian di sana sambil tersenyum sinis.

"Apa dia Encik Ian ?" Encik Hamid menunggu dengan dada yang berdebar-debar.

"Em begini. Saya dah janji dekat Encik Hamid yang saya akan bagi 50% dekat Encik Hamid bila saya dah dapat anak Encik Hamid kan , okay esok saya akan bankin 50% ." Ian bermain-main dengan janggutnya. Dia pasti , orang tua itu tidak akan menolak.

"Ya betul. Em anak saya lari rumah ni Encik Ian. Saya tak tahu mana nak cari dia. Atau perlu ke saya buat repot polis mengatakan yang dia lari dari rumah ?" Tanya Encik Hamid.

"Itu Encik Hamid tidak perlu risau. Tidak perlu buat repot polis. Kerana anak Encik Hamid ada bersama saya sekarang ni ,"Ujar Ian.

"Oh ada bersama kamu ke ? Alhamdulillah. Saya ingat anak saya larikan diri kemana. Risau jugak saya. Kalau dia ada bersama kamu takpelah. Yang penting dia selamat ,"Encik Hamid mengucapkan syukur setelah mengetahui yang anaknya selamat.

"Ya anak Encik Hamid selamat saja dalam jagaan saya. Apa-apapun , esok saya akan bankin kan duit. Okey lah Encik Hamid , ada apa-apa saya akan call. Saya letak dulu ," Ian segera mematikan talian.

"Huh , orang tua tak sedar diri. Dah nak mampus pun , masih terkejar-kejar kekayaan dunia. Kau tunggu nasib kau ," Ian tersenyum sinis.

Encik Hamid meletakkan henfonnya di atas meja. Dia tersenyum gembira. Esok 50% akan masuk ke dalam banknya. Dia juga tidak perlu risau tentang Mya kerana Mya selamat di dalam jagaan Ian.

(Ian dan Adrian adalah orang yang sama. )

****
Adrian Mikael masuk ke dalam biliknya. Dilihat aku tiada di atas katil. Matanya tertancap pada satu tubuh yang sedang melutut di sebelah meja makeup.

Adrian Mikael segera ke arah aku yang sedang melutut itu.

"Mya , Mya." Adrian cuba untuk mengejutkan aku namun aku tak berdaya nak bukak mata.

Adrian segera mencempung tubuhku lalu dibawa ke katil. Adrian menutup pintu bilik lalu mengunci. Dia menyelimutkanku lalu berbaring di sebelah aku. Aku tak mampu nak bukak mata sebab kepala aku terasa berat. Migrain menguasai kepala aku waktu tu.

Adrian menarik tubuhku kedalam dakapannya. Wajahku disebamkan ke dada sasanya. Bau maskulin tubuhnya membuatkan aku selesa dengannya. Adrian mengucup lembut ubun-ubun kepalaku. Tangan kirinya memeluk pinggangku.

Aku tak tahu kenapa aku tak mampu nak melawan. Aku seolah-olah mengiyakan apa yang dia buat kat aku.

Kepalaku terasa berat sangat. Aku perlukan rehat. Sebelum aku tertidur , aku terdengar satu ayat yang keluar dari mulut lelaki itu , namun tidak berapa jelas.

"Aku sayangkan kau Mya Adrianna. Aku cintakan kau. Akhirnya , i got it you ," Adrian Mikael memelukku erat dan aku terus terlena dalam dakapannya. Dan aku tak sedar apa yang berlaku selepas itu.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now