Bab 3

85K 2.2K 207
                                    

"Hm apa patut aku buat ni ? Takkan nak setuju and berdiam diri dengan cadangan mama tadi. Tak boleh jadi ni ," aku mencapai Iphone 6s+ milikku yang berada di bawah bantal.

Tangannya ligat menekan skrin telefon bimbitnya. Dibuka apps WhatsApp. Kenalan dicari. Ditekan nama "Sukma" .

'Sukma , boleh tolong aku tak ?' ~ Mya Adrianna.

Bunyi mesej dihantar kedengaran. Hatinya merusuh tidak keruan. Tidak tahu kenapa. Seperti akan ada sesuatu yang berlaku tidak lama lagi.

Tingg ! Mesej masuk kedengaran.

'Aku dekat Australia , Mya. Why ? You need my help ?' ~ Sukma Jelita.

Goshhh !! Dia pulak oustation . Aku nak mintak tolong siapa ni ?! Siapa je yang boleh tolong aku ?!

Riana ? Nama itu terlintas di fikiran . Sat kita cubaa chat diaa . Harap dia boleh tolong aku , Ya Allah.

'Rian , can you help me ? You at home ?' ~ Mya Adrianna.

Tok tok tok ! Kedengaran bunyi pintu diketuk. Pasti mama !

"Mya , are you there ? Marilah makan. Nanti sejuk makanan ni." Puan Adilla masih setia di depan pintu.

Tiada sahutan.

"Mya ? Myaa Adrianna ?!" Suara Puan Adilla naik satu oktaf.

"Susah sangat ke nak menyahut Mya ?! Mama tanya ni , Mya !" Jerkah Puan Adilla dibalik pintu sambil mengetuk pintu bilik dengan kasar.

Aku yang berada di katil hanya mendiamkan diri sambil airmata mengalir di pipi.

Why mama berubah mendadak macamnih ? Mana mama aku yang dulu ? Yang ceria , bukan dingin macamnih. Apa salah Mya mama ?

Ting ! Pasti chat dari Riana !

'Yup Mya. Aku kat London lah babe . Kan aku handle office papa aku dekat sini . Why babe ? You have any problem ? Can I help you , dear ?' ~ Riana.

Chat Riana dan Sukma aku tinggalkan bluetick . Aku buntu . Takpe , malamnih aku akan cari jalan . Mungkin aku terpaksa untuk keluar dari rumah ni , aku sanggup ! Asalkan aku tak berkahwin dengan laki pilihan mama papa yang entah apa-apa tu !

Aku capai handbag jenama LV di atas almari , aku masukkan cable Iphone , perfume dan barang-barang yang penting saja aku sumbat kedalam beg itu.

Now , aku kena fikir macam mana aku nak lari dari rumah ni. Persetankan semua. Ada mak bapak pun tak guna buat apa .

Aku fikir , lebih baik aku mandi dulu . Aku capai tuala lalu masuk ke bilik air .

*****
"Lama ke Encik Ian tunggu ? Maaf lah ye saya lambat. Jalan jammed ," Encik Hamid menyalami lelaki 20an di depannya.

"Ya tak mengapa." Lelaki itu menyambut huluran Encik Hamid.

"Okay , em macam mana ? Encik Ian setuju dengan perbincangan kita ?" Soal Encik Hamid sambil memegang beberapa dokumen yang diklip itu.

"Saya setuju. Tetapi ada syaratnya , hahah...," ayatnya dibiarkan tergantung membuatkan Encik Hamid memandangnya dengan seribu persoalan.

"Syarat ? Syarat apa dia ?" Encik Hamid memandang serius ke anak mata lelaki itu.

"Saya nak anak encik. Boleh ?" Kata-kata lelaki itu membuatkan Encik Hamid terdiam seribu bahasa.

Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Ehem," seorang lelaki berdehem membuatkan Encik Hamid kembali ke alam realiti.

"Eh maaf Encik Ian. Saya termenung pula," Encik Hamid segera bangun lalu bersalaman dengan lelaki itu.

"Ya tak mengapa. Okay straight to the main point , Encik Hamid setuju dengan syarat-syarat saya tempoh hari ?" Lelaki itu tersenyum sinis.

"Jika Encik Hamid setuju , saya akan berikan 50% duit pendahuluan untuk pelaburan. Selepas saya dapat anak encik , saya akan bagi lagi 50% . Macam mana ?" Lelaki itu masih cuba mengumpan perhatian Encik Hamid.

Lama Encik Hamid berfikir . Kemudian , dia mengangguk perlahan-lahan.

"Baikhlah , saya setuju." Encik Hamid berfikir , ini adalah cara yang terbaik untuk dia dapatkan kembali syarikatnya.

"Hahaha... bagus, saya suka bekerja dengan orang macam Encik Hamid ni ," Lelaki itu segera mencapai tangan Encik Hamid untuk berjabat tangan.

'Akhirnya , kau jadi milik aku jua.' Getus hati lelaki itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now