Puan Adilla menuruni tangga perlahan-lahan menuju ke meja makan. Dilihat Encik Hamid sedang menunggu di meja makan.
"Mya mana ? Tak breakfast sekali ?" Tanya Encik Hamid sambil menutup skrin henfonnya.
"Haih , takkan abang tak dengar tadi saya bertengkar dengan Mya ?" Keluh Puan Adilla lalu melabuhkan punggung di sebelah suaminya.
"Awak bertengkar apa dengan dia pagi-pagi ni ?" Berkerut dahi Encik Hamid mendengar kata-kata isterinya itu.
"Saya ceritakan perkara sebenar. Pasal yang kita bincang semalam tu." Puan Adilla merenung kosong ke arah nasi goreng di depan matanya.
"Awak ni pun , kan saya dah kata. Cakap elok-elok. Takpun , biar saya yang cakap. Awak ni , cuba lah sabar sikit ," Encik Hamid sudah berkerut-kerut dahinya mengenangkan sikap isterinya itu.
"Abang nak tunggu sampai bila ? Sampai syarikat abang tu muflis ke baru nak cakap ?" Puan Adilla menjeling tajam ke arah suaminya.
"Kan saya dah kata , biar saya yang cakap. Awak ni degil ! Saya takut nanti si Mya tu lari rumah je sebab awak memaksa dia. Tak faham bahasa betul lah awak ni !" Marah Encik Hamid.
Puan Adilla memandang tajam ke arah suaminya sebelum menjeling.
Anak bapak sama je. Getus hati Puan Adilla.
Aku yang mendengar perbualan mama papa terus sebak. Sampai macamtuh sekali ke ?
Aku terus lari masuk ke bilik lalu mengunci pintu. Aku menyembamkan muka ke bantal sambil menangis teresak-esak.
Toktoktok !! Kedengaran pintu diketuk.
"Mya sayang , mari makan. Kita sarapan sama-sama. Lama dah kita tak sarapan sama-sama kan sayang ?" Pujuk Encik Hamid.
"Takpe pa , Mya tak lapar. Mya lapar nanti , Mya turun lah,"Mya masih berkeras tidak mahu turun. Sebabnya nanti hatinya sendiri yang akan sakit. Melihat muka papa dan mama , seolah-olah dia telah dikhianati oleh kedua ibu bapanya.
"Mya , Mya jangan lah ambil hati dengan kata-kata mama tadi. Mama tak sengaja nak marah kamu , tengking kamu. Please Mya ," Encik Hamid masih berkeras untuk memujuk anaknya.
Aku memilih untuk diam sambil menahan sendu di sebalik bantal. Kecewa hati aku akan sikap papa dan mama.
Kenapa mereka buat aku macamni ? Aku ni menyusahkan mereka kah ?
Encik Hamid mengeluh kasar. Mya tetap berkeras tidak mahu membuka pintu biliknya. Dipandang sepi bilik anaknya itu sebelum turun ke bawah.
"Puas hati awak ? Puas ke hati awak buat Mya macamtuh ?" Tanya Encik Hamid dingin.
"Abang , saya buat untuk kebaikan kita juga. Abang nak ke kita hidup susah ? Taknak kan ?" Puan Adilla sudah berdiri berhadapan dengan Encik Hamid.
"Ye saya tahu. Tapi awak tu cuba lah sabar sikit. Saya tahu lah apa yang saya nak buat. Awak tu kelam-kabut sangat." Encik Hamid mencapai briefcase lantas mengorak langkah ke pintu utama.
"Abang nak ke mana ?" Jerit Puan Adilla sambil mengejar langkah suaminya.
"Masuk office lah. Awak dah kenapa ?" Hairan Encik Hamid dengan perangai isterinya itu.
"Abang tak sarapan dulu ke ?" Puan Adilla hanya memerhati Encik Hamid yang sedang memakai kasut itu.
"Saya sarapan kat office jelah. Lagipun saya nak jumpa CEO Matrade tu sekali." Encik Hamid menuju ke keretanya.
"Hm yelah," gumam Puan Adilla.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
DragosteMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...