Aku terjaga dari lena. Macam dekat R&R. Aku lihat lelaki itu tiada di seat pemandu. Mana pulak mamat ni pergi ? Nasib baik aku tak pandai bawak kereta , kalau tak , lama dah aku bawak kereta Ferarri ni pecut tinggalkan dia.
Tiba-tiba pintu pemandu dibuka , lelaki itu masuk ke dalam kereta.
"Dah bangun ?" Tanya lelaki itu. Ditangannya terdapat bungkusan plastik.
"Em ya.. kita kat mana ni ?" Aku melihat kiri kanan kawasan R&R itu. Aku tak pernah sampai ke sini.
"Kita kat JB. Lagi 40 minit kita sampai. Nah , makan lah dulu. Aku tahu kau lapar. Waktu kau tidur , aku dengar perut kau berbunyi. Lapar betul kau ," lelaki itu menghulurkan plastik kepada aku.
Serious lah dia dengar perut aku berbunyi ? Malu sial.
Aku hanya tunduk memandang plastik yang berada ditangan aku. Malu gila. Merah padam muka aku macam tomato dah.
"Yang kau pandang je plastik tu kenapa ? Makan lah." Lelaki itu memandangku. Aku hanya tersengih sebelum mengganguk.
Lelaki itu kembali fokus dengan pemanduannya.
Aku buka plastik itu. Ada roti , air kosong , air kotak dutch lady strawberry , mr potatoes.
Macam tahu-tahu je benda ni semua makanan favourite aku.
Aku teguk air botol mineral. Fuh legaa. Aku memang haus gila. Dah macam puasa dah aku ni.
Tiba-tiba aku teringat something. Dari tadi aku tak pernah tanya siapa nama dia , berapa umur dia , dia tinggal kat mana , asal mana.
"Encik , boleh saya tanya sesuatu ?" Lelaki itu mengalihkan pandangan kearah aku sebelum kembali fokus pada pemanduannya.
"Apa dia ? Tak payah lah nak berencik-encik dengan aku." Riak wajah lelaki itu biasa saja.
"Em..nama encik siapa ? Err..maksud saya nama awak apa ?" Aku kekok sebenarnya.
"Adrian Mikael. Panggil aku Ad takpun Adrian."
"Ohh. Umur awak berapa ?" Sedap jugak nama dia. Orang nya pun hensem ekekeke.
"Umur aku baru 24. Kenapa kau tanya ?" Lelaki itu memandangku. Aku terpaku. Masa dia bercakap tadi , terlihat lesung pipit belah kiri. Dalamnya lesung pipit diaaa !
'Udah-udahlah Mya oi. Jangan nak berangan. Kang bertambah jerawat batu kau lagi kang haa.'
"Yang kau tenung aku tu kenapa ? Aku tahu lah aku hensem ,"mula dah loyar buruk mamat ni.
"Ahh.. em takde pape." Aku memandangnya sekilas sebelum melontarkan pandangan ke luar tingkap.
****
"Awak nak bawak saya ke mana ni ?" Aku mulai rasa curiga bila dia mula memasuki jalan yang sunyi. Aku lihat cermin sisi , tiada satu pun kereta yang melalui jalan itu.
Jalan yang kiri kanannya diapit hutan tebal. Hanya semak belukar yang menyapa pandangan aku kini.
Adrian Mikael tidak menjawab. Sebaliknya hanya diam dan fokus dengan pemanduannya.
Aku sudah mulai rasa tak selesa. Siapa je yang tak takut kalau dibawak masuk ke dalam hutan.
Hampir 10 minit meredah hutan , akhirnya terpampang sebuah rumah banglo 3 tingkat dihadapan mataku.
"Ada jugak orang buat rumah dalam hutan ek ," gumamku kecil.
"Ada. Ni rumah aku , rumah kedua ," Adrian Mikael menarik handbreak , lalu memusingkan badan menghadap aku.
Aku fikir dia tak dengar apa yang aku cakap. Rupanya dengar. Aku tersengih memandangnya.
"Ni rumah aku. Rumah kedua. Aku harap kau selesa tinggal kat sini. Lagipun aku tak tahu nak bawak kau kat mana. Aku ada rumah kat KL. Tapi condo kat KL sana. Aku takut kau tak selesa je. And lagi satu sana KL , takut mak bapak kau dapat detect kau je. Kalau kat sini kan , jauh sikit." Terang Adrian Mikael panjang lebar.
Aku tersenyum memandangnya ,"Takpelah awak , dah kira bersyukur dah ni awak bawak saya pergi jauh dari dorang. JB kan jauh dari KL. Terima kasih awak."
"Ya takpe. Jom lah masuk." Adrian Mikael membuka langkah keluar dari kereta.
Aku hanya mengikuti dia dari belakang.
Aku lihat di depan pintu rumahnya kelihatan dua orang lelaki berbaju hitam dan berseluar hitam sedang memeluk tubuh menjaga pintu rumah. Terdapat pistol disisip di pinggangnya. Mukanya garang , berkepala botak. Dan bertatoo di lengannya.
"Selamat pulang boss ," ucap kedua-dua lelaki botak itu sambil menunduk.
Adrian Mikael sekadar mengangguk. Pintu utama itu dibuka oleh kedua-dua lelaki botak itu untuk menjemput Adrian Mikael masuk ke rumah.
"Jom masuk. Jangan takut , dorang ni semua orang suruhan aku." Adrian Mikael menarik tanganku untuk berjalan seiring dengannya.
Aku terpaku melihat rumahnya. Serba mewah isi di dalam rumah itu. Mataku tertancap pada sebuah gambar di dinding rumahnya.
"Siapa tu ?" Aku melepaskan tanganku dari genggaman Adrian Mikael lalu menuju ke gambar itu.
"Itu gambar mak bapak aku. Dorang dah lama meninggal." Adrian Mikael segera menarik tanganku menuju ke tangga berpilin rumahnya.
"Besarnya rumah ni. Awak tinggal sorang je ke ?" Aku masih lagi kagum melihat senibina rumah itu.
"Ini rumah mak bapak aku. Tapi sejak dorang meninggal , aku tinggal sorang. Aku takde adik beradik ," Aku mengangguk mengiyakan apa yang Adrian katakan.
Tiba-tiba sampai di aras tingkat dua , Adrian Mikael segera menutup satu gambar yang berada di atas meja laci yang berhadapan dengan tangga.
"Gambar siapa tu ?" Aku tertanya tanya. Kenapa perlu dia sorokkan gambar tu ?
"Nothing. Tak perlu pun kau tahu." Suaranya kembali dingin.
"Gambar makwe awak ek ," ujarku bergurau.
"Yaa makwe aku. Why ?" Aku hanya mengangguk sambil mataku kembali meliar liar memandang kiri kanan rumah itu.
Aku lihat dia leka berjalan ke depan. Aku patah balik kembali ke meja laci itu , niatku mahu melihat gambar yang ditutup tadi di atas meja laci. Baru saja tanganku mahu mencapai gambar itu , tanganku telah ditepuk oleh Adrian.
"Yang tangan kau ni gatal nak tengok gambar tu kenapa ? Kan aku dah kata itu gambar makwe aku !" Tengking Adrian Mikael. Terkedu aku dengar dia tengking aku. Takkan disebabkan nak tengok gambar tu je dia sampai nak tengking aku ?
Mukanya membengis marah. Mata aku dah terkebil kebil nak nangis. Pantas tangan Adrian menarik tanganku. Aku hanya mengikutinya dari belakang.
"Ni bilik kita." Adrian Mikael meletakkan beg tanganku di atas meja makeup yang terdapat di dalam bilik itu.
Aku tergamam mendengar ayatnya.
'Bilik kita ?' Apa maksud ayat diaa ?
"Bilik kita ? Kenapa 'kita'?" Aku memandangnya hairan.
Adrian Mikael hanya diam tanpa berkata apa-apa. Adrian melabuhkan punggung lalu merebahkan tubuhnya di atas katil.
Aku ? Hm jadi patung tengok dia.
"Pandang apa lagi tu ? Meh sini ," Adrian menepuk nepuk katil itu menyuruhku baring di situ.
Aku tergamam mendengar ayat dia.
Serious aaa ??!!
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...