Bab 16

89.9K 1.8K 122
                                    

Adrian membaringkanku di atas katil. Lukaku terkoyak besar.

"Hm , kena jahit ni. Kalau tak , kuman nanti." Adrian mencapai jarum dan benang di dalam laci.

Tangannya lincah membuat kerjanya. Aku terjaga. Terjaga kerana terasa ngilu pada luka tersebut.

"Adrian...." aku memanggilnya perlahan.

"Iye sayang. Sayang dah bangun ?" Adrian mencium pipiku lembut.

"Kau bu..buat ap..apa tu... ?" Aku terkejut melihat dia yang memegang jarum dan benang.

"Aku tengah jahit luka kau. Kalau tak jahit kang, nanti kuman." Adrian meneruskan kerjanya.

"Arghh...sakit Adriann..." aku meringis kesakitan.

"Ye tahu sayang. Tapi salah sayang lah. Abang dah kata jangan lari. Tapi sayang degil. Haa kan dah kena ," mulutnya mengomel sendirian.

Mukaku berkerut kesakitan. Aku mengenggam erat lengan Adrian.

"Genggam lah sayang. Kalau itu yang boleh buat sayang kurang rasa sakit , genggam lah. Abang ada kat sini. Teman sayang ," Adrian mencium bibirku sekilas.

Tangannya lincah menjahit sehingga siap.

"Okay siap !" Adrian membaringkanku secara menelentang.

"Aku nak jahit peha kau tu." Aku merayu pada Adrian tak nak. Sebab sakit. Namun , Adrian tidak mengendahkannya.

"Sikit je sayang. Trust me okay ?" Adrian mengeluarkan peluru itu lalu mula menjahit. Aku hanya mampu menggigit bantal , kerana sakitnya... Allah je tahu. Tak terkata peritnya.

Selesai menjahit , jarum dan benang itu diletakkan di dalam laci. Adrian memandangku. Dicium pipiku. Diusap lembut ubun-ubunku.

"Sayang , sayang sudi tak kahwin dengan abang ?" Adrian memandangku dalam.

Aku berkerut dahi memandangnya.

"Kenapa..perlu kahwin ?" Apa aku nak jawab dengan mama papa ?

"Kalau sayang nak tahu , abang ni dah lama minat sayang , tahu tak. Cuma sayang je yang tak tahu. Macam-macam cara abang lakukan untuk abang dapatkan sayang. And now , yours mine. Abang nak ikat sayang jadikan sayang bini abang. Sayang sudi kan ?" Ha ? Dia dah lama suka aku ? Kira dia ni secret admire aku lah ni ?

"No no no ! Aku tak boleh terima semua ni ! Apa maksud semua ni , Adrian ?! Kau dah rancang semua ni kan ?!" Marahhku secara tiba-tiba.

"Yess!! Memang aku rancang semua ni dari awal !! Semata-mata untuk dapatkan kau !! Bukan mudah aku nak dapatkan kau , Mya ! Aku perlu berkorban bermacam-macam ! Tapi kau tak hargai !!" Marah Adrian kembali.

"Kenapaa ???!! Kenapaa Adrian ?!!! Menyesal aku ikut kau harituuu !! Menyesal sangat !!!" Aku bingkas bangun dari katil. Adrian juga bangun.

"Kau nak pergi mana sayang ? Kau jangan cuba-cuba nak larikan diri lagi !!! Kalau tak , aku tembak kau lagi !!" Mukanya merah padam menahan marah.

Aku terduduk di atas lantai sambil menangis.

"Apaa semua ni , Adrian ? Apa semuaa ni ?!"

"Aku akan terangkan semua ni. Jom ikut aku." Adrian mencapai tanganku namun aku tak berdaya untuk bangun.

Adrian menarik sebuah kerusi roda. Dia meletakkanku di atas kerusi roda itu.

"Kau nak bawak aku ke mana ?" Aku memandangnya gerun. Psycho. Siapa je tak takut ? Psiko mampu bertindak di luar kawalan dia.

"Ikut je."

******
Adrian membawaku ke ruangan bawah tanah. Dibelakang Adrian , Rayyan turut mengikuti.

Rayyan membuka mangga pintu ruangan bawah tanah. Pintu dibuka seluas luasnya oleh Rayyan.

"Mempersembahkann..." ujar Adrian lalu menolakku kedalam.

Aku tergamam lalu menutup mulut.

"Mama papa !!" Jeritku.

"Myaaa !!!" Mama memanggilku.

"Mama buat apa kat sini ?" Aku bertanya pada mama. Hairan jugak macam mana mama boleh sampai sini.

"Kami semua kena tangkap dengan Adrian dan Rayyan. Mya okay ke ? Sihat tak ? Kenapa duduk atas wheelchair ni sayang ? " Puan Adilla risaukan anaknya. Sampai berkerusi roda bagai.

"Haa kena tangkap ?! But why , Adrian ?! Mya sihat ma. Mya okay je. Cumaa Mya terluka sikit. Adrian tembak Mya tadi ma. Dia tembak peha Mya dengan bahu Mya !" Aku mengadu pada mama.

"Adrian ! Kenapaa kau tembak Mya ? Sampai hati kau kan ?!" Marah Puan Adilla.

Adrian tersenyum senget. "Salah siapa ? Salah dia sendiri. Cuba nak larikan diri sangat , so aku tembak lah dia. Nasib tak mati."

"Rianaaa !!! " jeritku pada sekujur tubuh itu. Aku kenal benar susuk tubuh itu.

Riana terkebil-kebil membuka mata. Dia memandangku sebelum matanya membesar.

"Myaa !!! Kau kat sini ?!!" Jeritnya terkejut.

"Ye beb. Kau kenapa dekat sini ?" Tanyaku.

"Adrian dengan Rayyan culik aku. Dengan mak bapak aku sekali kena culik weh."

Aku memandang Adrian curiga.

"Adrian , why ?" Aku meminta penjelasan darinya.

"Sekejap." Adrian melangkah ke arah papa.

"Encik Hamid , bangun !! Woi bangunn !!!" Jerit Adrian pada papa.

Terkebil-kebil papa membuka mata. Dia memandang Adrian dan aku sebelum memandang sekeliling bilik itu.

"Apa semua ni Ian ?" Matanya masih lagi silau dengan cahaya bilik itu.

"Encik Hamid , tujuan saya kumpulkan Encik Hamid , Puan Adilla , Encik Fuad , Puan Anita , adalah kerana untuk anda semua , menceritakan apa yang anda semua telah buat dahulu pada mak bapak saya , dan juga mak bapak Rayyan. Ingat lagi , bukan ? Aku nak korang semua berterus terang dekat Mya dan Riana. Supaya mereka sedar , siapa korang ni sebenarnya .. ," senyuman sinis terukir di bibir Adrian dan Rayyan.

"Jadi kau anaknya Tan Sri Gaddafi .. ?" Tanya Encik Hamid.

Tan Sri Gaddafi merupakan bapa kepada Adrian Mikael. Seorang Mafia tersohor suatu ketika dahulu. Bapanya mempunyai banyak cawangan syarikat. Bussiness arak , bussiness arkitek , bussiness perkayuan. Namun , semuanya disonglap oleh sahabatnya sendiri.

"Ye , aku anak Tan Sri Gaddafi dan Puan Sri Laila. Korang mesti kenal kan mak bapak aku ? Sebabnya , korang yang bunuh mak bapak aku dulu !!" Marah Adrian.

Riana dan Mya terkejut mendengarkan perkhabaran itu.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now