"Encik...," Ayat doktor Amira itu terhenti sebab tak tahu nama Adrian. Doktor Amira menunjuk jari ke arah Adrian sambil di tangannya terdapat satu fail yang ada kertas di klip bersama sebatang pen.
"Adrian." Sepatah ayat keluar dari mulut Adrian.
"Ah ye Encik Adrian. Sila baca kertas ini jika setuju sila tandatangan di bawah." Doktor Amira menghulurkan fail tersebut kepada Adrian. Fail bertukar tangan.
Adrian baca sekilas.
'Pengambilan air tulang sum sum. Nyatakan setuju atau tidak.'
Adrian garis 'tidak'. Sebabnya Adrian pernah dengar ramai wanita selepas bersalin mengadu tulang sum sum sakit selepas bersalin. Adrian tak nak Mya menanggung kesakitan tersebut.
Last sekali , Adrian sign dibawah bersama namanya dan juga tarikh.
"Nah doktor ," fail bertukar tangan.
"Encik Adrian nak teman isteri encik di dalam ke ?" Soal doktor Amira.
'apa ke bodoh soalan doktor ni ? Memang aku nak lah. Aku nak jadi penguat Mya masa Mya tengah sakit-sakit macam tu.' desis hati Adrian.
"Ye nak doktor." Laju Adrian membalas.
"Okay , mari ikut saya." Adrian dan doktor Amira bergegas ke labour room.
Labour room 2 dikuak pintu dari dalam lalu Adrian segera ke arah Mya yang sudah baring di atas katil sambil meneran.
Adrian menggenggam tangan Mya dengan erat sambil mengucup dahinya.
"Please kuat sayang , demi anak kita. Biy tak nak kehilangan sayang. Strong , okay ?" Adrian mengucup sekali lagi dahi Mya memberikan kehangatan dan kekuatan buat Mya. Meskipun bukan dia yang rasa sakit tu , namun kalau boleh dipindah kesakitan tersebut , Adrian rela tanggung sakit tu.
"Puan , bila saya kata push , puan push ye. Jangan angkat punggung puan ye time push untuk elakkan terkoyak besar nanti. Puan dah ready ? Bismillahirrahmanirrahim," ujar doktor Amirah sambil dibantu oleh 3 orang nurse di situ.
Mya mengangguk lemah. Mukanya ketara penat menahan sakit. Perutnya mengeras menahan contraction. Mya menggenggam kuat tangan Adrian bila Mya mula meneran.
"Eeeeahhhh. Doktor , saya tak larat doktor. Saya betul-betul tak larat." Ujar Mya. Matanya ngantuk sangat , menunggu masa nak tertutup je.
"Puan , jangan tidur puan. Nanti anak puan lemas. Kuatkan diri puan demi anak puan. Lagi sikit je puan , kepala dah nak keluar dah tu." Kata doktor Amirah memberikan semangat.
"Encik Adrian , tolong berikan kata-kata semangat buat isteri encik. Jangan bagi isteri encik tertidur risau baby lemas," arah doktor Amirah lagi.
Adrian mengangguk faham. Adrian meletakkan kepala Mya di lengannya , tangan sebelahnya lagi meramas kuat tangan Mya. Tak nak bagi Mya terlena.
"Sayang , please kuat sayang. Jangan tidur. Anak kita belum keluar lagi. Please sayang , kuatkan semangat awak. Biy tak nak hilang awak sayang , please." Bisik Adrian di telinga Mya sambil air mata jantannya mengalir.
Bagi Adrian , detik inilah yang mencemaskannya. Risau Mya tak kembali lagi bila Mya mulai terlelap. Risau Mya pergi meninggalkannya waktu dia betul-betul memerlukan Mya.
Mya yang terdengar suara Adrian itu lantas membuka matanya , menatap wajah kacak Adrian.
"Biy... Saya sayang awak biy. Ampunkan dosa saya selama bergelar isteri awak biy," air mata Mya mengalir di pipinya. Adrian lap air mata yang mengalir itu.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...