Bab 21

97.4K 1.5K 31
                                    

"Sayang... Hey baby bangun lah. Nak jadi wife orang pun masih lagi bangun lambat ?" Rayyan mencium dahi Riana.

Riana terjaga dari lenanya. Lenanya terganggu disebabkan lelaki durjana ini.

"Lepaslah ! Kau nak apa ?!" Marah Riana.

"Hey baby , why nak marah-marah. Did i do something wrong to you ?" Tanya Rayyan lemah-lembut.

"Kau boleh tanya aku apa salah kau ? Kau lupa ke apa kau buat malam tadi ? Lupa ?!" Tengking Riana di depan muka Rayyan.

"Riana..please stop it sebelum aku tak dapat kawal baran aku.." Rayyan kalau boleh tidak mahu lagi menyakiti gadis itu , namun atas kedegilan gadis itu sendiri yang tidak mahu mendengar katanya , menyebabkan Rayyan naik angin.

"What ?! Kau nak pukul aku ?! Sepak terajang aku ?! Buat lah ! Eh lebih baik aku mati lah dari hidup dengan kau , lelaki durjana !!" Ludah Riana di muka Rayyan.

"Dasar biadap !!" Panggg !! Rayyan melempang kuat pipi Riana. Mukanya memerah tanda kemarahannya memuncak tinggi.

Riana memegang pipinya. Serius sakit. Bisa gila tangan si Rayyan ni. Air mata perlahan-lahan menitik. Tanpa diundang mengalir.

"Asal kau ni biadap sangat hah ?! Aku layan kau elok-elok , tapi macam ni kau balas ! Sial lah !" Rayyan bangun dari katil lalu keluar dari bilik.

Sakit hati jantannya. Entah bila lah gadis idamannya akan mendengar katanya. Hormat akannya. Dia sendiri pun tak tahu. Maybe it take times.

***
"Sayang siap dulu. Abang cari Rayyan kejap ," aku mengangguk.

"Jangan cuba untuk lari lagi. Selangkah kau keluar dari sini , aku haramkan. Aku kepung hutan belakang tu nanti." Nadanya tegas. Berbaur serius. Aku hanya menundukkan wajah. Tak sanggup bertentang mata dengan si dingin itu.

Bunyi pintu terbuka lalu ditutup membuatkan aku bernafas lega. Kalau depan dia , mahu aku jadi patung.

Aku segera menyiapkan diri. Rambut didandan di depan cermin. Dah panjang dah rambut aku. Aku topokkan sedikit bedak agar wajah tidak nampak kusam. Okay , perfect !

Aku duduk di birai katil. Sementaraa menunggu Adrian masuk. Tiba-tiba iPhone 7 milik Adrian berbunyi tanda mesej masuk.

Ting ! Aku capai iPhone itu di sebelah meja tidur. Aku tekan butang bulat tengah itu.

Mesej dari Meor

'Adrian , kita dalam bahaya. Geng Ular Cobra dah masuk kawasan kita. Please respons cepat sikit , Adrian.'

Apakah ...? Ni mesti atas urusan Mafia si Adrian. Aku letak kembali iPhonenya di atas meja tidur.

Hatinya bergoncang hebat. Entah kenapa berasa tidak sedap hati... Seperti akan ada sesuatu yang buruk...

***
"Eh Rayyan kau kat sini." Adrian melihat Rayyan leka menonton TV. Drama apa pun aku tak tahu.

"Ah ya. Why ?" Rayyan memandang Adrian. Adrian duduk di sebelah Rayyan.

"Kau dah siap ? Kita gerak sekarang. Lagipun aku ada hal nanti. Nak kena jumpa Meor , bincang pasal geng Ular Cobra babi tu. Sakit kepala aku mikir ," Adrian memicit kepalanya. Kepalanya berdenyut sedikit.

"Aku dah. Tapi Riana tu lah. Maybe belum siap lagi.. Ha kenapa dengan si babi tu ?" Rayyan kembali serius.

"Meor bagitahu , si bengap tu dah masuk kawasan kita. Kan dah mark tanda tu. Serius aku rasa nak je pijak muka dia tu. Tunggu nanti aku kerjakan dia. Apa-apa standby. Dah jom lah. Aku nak gerak ni. Si Mya pun dah siap. Lagipun duduk sini bosan lah. Aku nak jugak sesekali bawak si Mya tu berjalan. Kesian pulak kat dia asik terperap je kat rumah." Adrian bangun lalu menepuk lembut bahu Rayyan sambil tersenyum.

"Okay okay kejap. Aku suruh Riana siap kejap ," Rayyan jalan mendahului Adrian lalu berlari anak ke biliknya.

Sampai saja di bilik , Rayyan lihat Riana termenung sambil memandang tingkap biliknya.

"Sayang.." Panggil Rayyan lembut.

Riana berpaling. Sejak bila mamat ni masuk ? Dia sendiri pun tidak perasan.

"Kau nak apa ?" Dingin saja tutur katanya.

"Siap cepat. Kita nak gerak balik." Rayyan masih lagi mampu bersabar. Lagipun , dia memerlukan sedikit kesabaran agar Riana mampu menyesuaikan dirinya.

"Tak nak. Aku nak duduk sini. Biar aku mati mereput sorang-sorang dekat sini." Riana menahan air matanya dari jatuh , namun akhirnya gugur jua.

Rayyan mendekati Riana. Air mata Riana diusap lembut. Anak matanya merenung dalam anak mata Riana.

"Hey sayang. Please dont say like that. I really really love you. Aku tak sanggup hidup takde kau. Please , aku merayu." Riana memandang Rayyan.

"Kau dah rampas kebahagiaan aku Rayyan ! Kau dah bunuh mak bapak aku !" Tersedu-sedu Riana menangis. Rayyan menarik Riana ke dalam pelukannya.

"Ya i know my fault. But salah mak ayah sayang jugak. Dorang mulakan dulu." Rayyan memeluk Riana erat. Dahi Riana dicium sekilas.

Ada benar juga kata Rayyan. Mak bapaknya yang mulakan dulu. Mereka yang melakukan kesilapan.

Riana pantas mengesat air matanya. Dia tidak mahu nampak lemah di depan lelaki ini.

"Dah-dah jangan nangis. Dah pergi siap cepat. Mya dengan Adrian dah tunggu." Rayyan melepaskan pelukannya. Riana mengangguk perlahan.

Riana bangun lalu masuk ke kamar mandi bagi membersihkan dirinya.

Rayyan hanya memandang Riana sambil tersenyum. Jarang Rayyan tersenyum. Ni namanya tersenyum sebab bahagia.

"Selagi aku masih hidup , aku takkan pernah lepaskan kau pergi." Ujar Rayyan nekad.

***
"Honey , dah siap ?" Adrian melangkah masuk ke bilik.

Dilihat aku sedang duduk di birai katil.

Aku yang tidak menyangka akan kehadiran Adrian itu terkejut. Haih , cubalah masuk bagi salam.

"Emm dahh." Adrian tersenyum memandangku.

Aku membalas senyumannya namun dapat aku rasakan senyumanku hambar.

Adrian melangkah ke arah katil. Tangannya mencapai iPhonenya.

Dapatku lihat wajahnya yang berubah setelah membaca mesej dari Meor. Tangannya ligat menaip sesuatu. Mesti balas chat dari Meor.

"Sayang jom. Dah siap kan ?" Adrian melangkah keluar dengan terburu-buru.

"Rayyan ! Rayyan !" Laung Adrian.

Aku yang baru nak keluar dari bilik terkejut mendengar suara garau itu.

"Whats up bro ?" Menggelabah Rayyan bangun.

"Aku kena gerak sekarang. Meor dah bagi mesej. Aku gerak dulu lah." Rayyan terpempan.

"Okay hati-hati bro. Gua menyusul kejap lagi ," Rayyan menepuk bahu Adrian memberikan lelaki itu semangat.

"Oraitt bro." Matanya mencari kelibat aku. Tanganku dicapai lalu digenggam erat.

"Jom."

Aku yang terkejut itu memandang Adrian lalu memandang Rayyan. Rayyan tersenyum memandangku.

Aku membalas senyuman Rayyan. Itu kali pertama aku melihat senyuman Rayyan.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now