Sepanjang perjalanan di dalam kereta itu , hanya kebisuan yang berada di dalam kereta itu. Sesekali aku ada juga menjeling sekilas wajah tampan lelaki itu.
Lelaki itu pula serius saja memanjang walaupun tengah drive."Kau dah makan ke ?" Lelaki itu memandangku sekilas membuatkan aku tertunduk.
"Em belum lagi." Jujur , aku memang lapar. Dari malam tadi aku tak makan. Perut dah berbunyi minta diisi.
"Hm takpe. Nanti dah sampai rumah , aku suruh orang aku belikan makanan untuk kau ," lelaki itu kembali fokus pada pemanduannya.
'Orang aku ?' Apa maksud dia ?
Aku hanya diam melayan perasaan. Malas nak bertanya lebih-lebih , kang kena marah pulak.
"Nama kau apa ?" Tanya lelaki itu.
Aku blur. "Huh ?" Dengan muka blur , mata bulat , aku pandang ke arahnya.
"Aku tanya , nama kau apa ?" Lelaki itu mengulang kembali soalannya.
"Mya Adrianna. Panggil Mya je ," aku memandangnya sekilas sebelum melontarkan pandangan ke jalan raya.
"Umur kau berapa ?" Eh mamat ni , banyak pulak kau tanya.
"Em baru 18." Aku hanya memandang jalan raya saja. Malu nak bertentang mata dengan dia.
"Muda lagi kau ni. Masih masak ranum ," kedengaran ketawa sinis di hujung kata-katanya.
Aku yang blur , menanya kepada lelaki itu , "apa yang masak ranum ?"
"Takde pape. Kau budak lagi , tak perlu tahu pun." Raut wajah lelaki itu kembali serius. Aku kembali mendiamkan diri.
Kesunyian membelenggu antara aku dan dia. Tiba-tiba dia bersuaraa.
"Kalau kau nak tidur , tidurlah. Lama lagi ni nak sampai. Dah sampai nanti aku kejut kau ," lelaki itu mengusap lembut kepalaku macam budak-budak.
Aku sekadar mengangguk dan tersenyum kecil. Aku baringkan kepala di seat lalu menutup mata perlahan-lahan sebelum semuanya kelam.
Dengkuran halus yang terhasil dari lenaku membuatkan lelaki itu tersenyum sinis.
"Finally , your's mine. I got it you , my babygirl." Lelaki itu mengucup tangan kananku tanpaku sedar.
Tiba-tiba Iphone milikku berdering menandakan masuknya panggilan telefon. Lelaki itu menyelongkar beg tangan aku dan memegang iPhone milikku.
"Mama ? Huh mak tak guna ," lelaki itu menurunkan tingkap keretanya dan iphone itu dibaling keluar dari kereta. Tingkap kereta dinaikkan semula.
"Biar semua orang tak dapat contact kau. Dorang tu semua tak berguna pun bagi kau . Tak penting pun bagi kau . Yang lebih penting , adalah aku. Sebab lepasnih aku yang akan menjaga kau, " lelaki itu mengusap lembut wajahku.
Aku langsung tidak sedar dengan setiap perbuatannya kerana aku sedang lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...