Sampai saja di bilik doktor itu , aku diarahkan duduk. Adrian setia di sebelahku.
"Okay puan. Boleh puan besarkan mata puan untuk saya check mata puan ?" Tanya doktor itu.
Aku mengangguk. Doktor itu menyuluh lampu ke mataku sebelum mengangguk lalu tersenyum.
Dah kenapa doktor ni main suluh-suluh mata aku pulak ? Mata aku bukan sakit apa-apa pun.
"Okay puan. Mari sini. Saya nak periksa perut puan." Doktor itu mengajakku untuk masuk ke satu bilik.
Ni bukan bilik scan ke ? Scan ?! Membuntang luas mataku. Untuk apa aku masuk bilik scan ni ?
"Err...doktor. Saya rasa saya sakit biasa je kat perut ni. Mungkin sakit perut ataupun senggugut. Tapi kenapa doktor bawa saya ke bilik scan ni ?" Ujarku hairan. Jangan macam-macam. Penampaq sedaih satgi aku bagi.
"Tak apa puan. Kita checkup dulu. Kot-kot ada masalah lain ke." Doktor itu tetap tersenyum. Memang murah dengan senyuman ke apa ni ? Nasib cantik. Lol!
Hm time macam ni tak ada pulak perut aku sakit. Aik pelik ni ?
Doktor berbangsa serani itu meletakkan sesuatu ke atas perutku lalu disapu rata. Losyen kut. Hm dunno.
Alat pengesan itu diletakkan ke atas perutku lalu digerakkan ke arah lawan jam.
'Apa yang perempuan ni cuba buat ni haishh. Duk buang masa aku je.' Getus hatiku.
Tiba-tiba aku terlihat sesuatu di mesin scan itu. Something wrong. Ada yang tak kena. What is that ?!
Doktor Serani itu memandang mereka berdua sebelum tersenyum.
Dah kenapa kau ni main senyum-senyum ? Tak habis-habis duk sengih-sengih.
"Tahniah! Puan hamil." Lol. Ayat yang keluar dari mulut doktor tu buat aku rasa nak pitam sekarang ni. Aku toleh ke arah Adrian. Kelihatan Adrian memandangku seolah-olah tak percaya sebelum tersenyum lalu mendakapku erat.
Kau fikir ni drama pukul 7 ke hanat ? Duk main peluk-peluk pulak.
"Kalau saya pregnant , kenapa perut saya sakit pagi tadi ?" Hairan. Pregnant tapi perut sakit ? Cemana tu ?
"Sebab baby tengah membesar di perut puan. Baby baru nak menempel di dinding rahim puan. Memang puan akan terasa sakit sikit." Aku terdiam mendengar kata-kata doktor itu.
"Seriously doktor wife saya pregnant ? Berapa bulan dah ?" Adrian masih tidak melepaskan dakapannya. Riak wajahnya menzahirkan kegembiraan.
"Ikut dari mesin ni baru sebulan. Tahniah Encik dan Puan." Doktor itu melihat ke arah mesin itu untuk memastikan yang dia tidak tersalah pandang.
"Yaa thanks god. Thank you sayang ," Adrian melepaskan ciuman di dahiku. Lol. Aku dah terdiam malu , kaku , tergamam dekat kerusi tu.
Seriously im preggy ? Im pregnant ? Lol! Nonsense. Whatthefuckisgoingon?!
"Okay kalau tak ada apa-apa , mari ke pejabat saya. Saya akan bagi puan satu slip ubat untuk puan ambil vitamin di farmasi nanti ye. Ianya penting untuk kesihatan puan dan perkembangan baby puan."
"Ah yah dan lagi satu saya nak ingatkan , jangan buat kerja berat-berat ye sebab baby usia seawal begini mudah keguguran jika rahim tidak kuat. Jadi , puan tolong ingat pesanan saya yee." Sempat lagi doktor itu memberi pesanan.
Aku memandang doktor itu dengan pandangan tidak berkelip. Adrian mengangguk tanda faham lalu memelukku sekali lagi.
Aku rasa macam aku nak pitam sekarang ni. Ya allah dugaan apa kau bagi ni ?

YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...