"Haih bila balik Malaysia je tak tahu nak buat apa. Si Mya aku call tak dapat , whatsapp last seen dah lama tak on. Manalah perempuan ni pergi."
Riana leka mencari kenalan Whatsappnya. Tiba-tiba dia terpandang nama Sukma Jelita.
"Ha Sukma free tak ? Kot-kot boleh ajak dia lepak ke apa ke ," tangannya menekan nama Sukma Jelita.
'Sukma , kau ada kat mana ?' ~ Riana.
Riana menghempaskan tubuhnya ke katil. Matanya leka merenung siling biliknya.
"Mana si Mya ni pergi ? Last chat 2 hari lepas. Dia tak pernah tak on WhatsApp. Henfon pun tak pernah lekang dari tangan dia. Tiba-tiba je senyap macamni. Ada apa-apa jadi ke ?" Gumam Riana perlahan.
Tok tok tok ! Kedengaran ketukan dari luar pintu biliknya.
"Rianaa !! Dah bangun ke ?!" Laung Puan Anita dibalik pintu bilik anaknya.
"Yaa , Riana dah bangunn !" Riana bangun lalu menuju ke pintu biliknya. Dipulas tombol pintu dan terpampang wajah mamanya.
"Tu Mak Jah dah sediakan sarapan. Mama dengan Daddy nak keluar sekejap. Daddy ada meeting." Puan Anita mengelus lembut rambut anaknya.
"Oh.. yelah. Ni pun kejap lagi Riana nak keluar. Riana dah WhatsApp Sukma , kalau dia free Riana keluar dengan dia , tapi kalau dia tak free , Riana keluar seorang jelah ," Riana tersenyum memandang mamanya.
"Oh yelahh. Apa-apapun hati-hati okay ," Puan Anita mencium dahi anaknya sebelum beredar turun ke bawah.
"Bila aku balik Malaysia je , Mama dengan Daddy bukannya nak spendtime dengan aku , tapi keluar dengan kawan-kawan. Haih , nasib kau lah Riana anak tunggal ," Riana menutup pintunya kembali lalu menuju ke koridor biliknya.
Riana berdiri di depan koridor biliknya. Saja nak ambil angin pagi-pagi macamnih. Sedang leka memandang pemandangan pagi , tiba-tiba matanya terpandang sebuah kereta Mercedes-Benz berhenti di tepi jalan.
"Dah kenapa kereta tu berhenti dekat tepi jalan ? Jarang orang berhenti dekat tepi pokok tu." Matanya masih memandang kereta itu. Entah kenapa , hatinya rasa lain ketika itu.
Henfonnya berdering memainkan muzik loka loka menandakan masuknya panggilan masuk. Riana segera mendapatkan henfonnya yang berada di atas katil.
Tertera private number di skrin telefonnya.
"Private number ? Siapa pulak yang pakai private number ?" Hati Riana dilanda curiga.
Tangannya di slide ke tepi tanda mengangkat panggilan tersebut.
"Helloo... who are you ?" Sapa Riana dahulu.
"Hello my sweetie pie ," segaris senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.
"Siapa ni ?" Tanya Riana curiga.
"Your secret admire , baby." Lelaki itu bercakap seperti separa berbisik.
"Secret admire ? Awak ni siapa ? Awak jangan main-main dengan saya. Saya buat report polis kang ," ugut Riana.
"Ugutlah Riana Rose , i don't mind. Yang penting , oneday , you milik I ," Riana sudah tergamam.
'Mana lelaki ni tahu nama penuh aku ? Nampak sangat lelaki ni tahu everything pasal aku. Bila masa aku ada secret admire ?' Hatinya berbisik kecil.
"Awak ni siapa ?! Baik bagitahu sekarang !" Jerit Riana di corong telefon.
Lelaki itu ketawa sinis di hujung telefon sebelum talian diputuskan oleh lelaki tersebut.
"Oh shit ! Mana lelaki tu tahu nama aku ?! " Riana mencampak henfonnya ke tepi.
Riana menghempaskan punggungnya di atas katil.
"Lain macam je laki tadi. Haih bebal betul lah. Satu-satu masalah datang !" Riana meraup mukanya.
****
Aku terjaga dari lena. Terasa tubuhku dipeluk erat. Huh dipeluk ?! Aku melihat ke kiriku lalu mataku terbuntang luas melihat Adrian memelukku. Aku cuba bangun lalu menepis tangan sasanya yang memeluk tubuhku , namun dia terus menarikku kedalam dakapannya dan memelukku erat."Kau nak pergi mana , hm ?" Aku menoleh ke arahnya , mata terpejam tapi boleh pulak bersuara.
Aku terpaku melihat tatoo besar di lengannya. Tatoo lambang helang di lengan kirinya. Didadanya pula terdapat tatoo naga. Aku ralit memerhatikan tatoonya itu.
"Dah puas tengok badan aku ?" Mataku membesar mendengarkan ayatnya itu. Dia tak tidur rupanya. Aku terus memusingkan badan membelakangkan Adrian lalu menutup mata. Malu !!
"Hm tak payah nak malu sangat lah. Pusing menghadap aku." Arah Adrian.
Aku tidak endahkan kata-katanya.
"Pusing menghadap aku , Mya." Dingin suaranya ku rasakan.
Aku buat tak tahu saja apa yang Adrian katakan.
Adrian bengang dengan kedegilan aku. Dia merengus kasar , lalu tubuh kecilku itu dipusingkan dengan kasar agar menghadapnya. Adrian menindih tubuhku.
Kedua-dua belah tanganku ditarik ke atas. Matanya merenung anak mataku dalam. Aku tergamam. Anak mataku membesar kerana terkejut. Hidungnya berlaga dengan hidungku. Mukanya terlampau rapat denganku. Hembusan nafasnya kedengaran kasar.
"Kenapa degil sangat ni Mya ? Kalau aku kata pusing tu , pusing je lah !" Tengking Adrian.
Aku terkedu. Dia ni kejap okay , kejap tak okay. Sekejap ais , sekejap api.
Mataku berkaca di tubir mata. Bila-bila masa saja air mata itu akan mengalir.
'Air mata please jangan mengalir sekarang ,'getus hati kecilnya.
Adrian yang melihat aku terdiam tidak berkutik itu , terus baring di atas dadaku. Tangannya bermain main di atas perutku.
"Grrrrrr." Kedengaran perutku berbunyi. Adrian terus mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah aku.
"Kau lapar ke ? Kenapa tak cakap awal-awal ?" Adrian bingkas bangun lalu turun ke bawah.
Aku menghela nafas lega. Haih perut-perut , kau lah penyelamat aku. Kalau tak , aku tak tahu lah apa jadi tadi.
Aku memegang perutku. Haih lapar betul aku ni. Sampai Adrian pun boleh dengar bunyi perut aku. Aku ketawa sendirian teringat tentang hal tadi.
Tidak lama kemudian , Adrian masuk dengan wajahnya yang kembali serius.
"Aku dah suruh orang aku belikan nasi. Nanti dorang hantarkan makanan." Adrian memandangku sekilas sebelum mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
Aku hanya mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...