"Sayang , biy nak keluar sekejap ye. Ada majlis reunion dengan kawan-kawan biy dekat Ampang. Dengan Rayyan sekali nanti. Sayang duduk rumah je okay ?" Adrian sedang bersiap-siap nak keluar. Nampak segak bergaya dengan sut hitam.
"Lama ke ? Jangan lah lama-lama ," rengek Mya manja sambil memandang suaminya. Eceh !
"Iye sayang. Tak lama pun. Dalam 2,3 jam je. Lepastu biy balik okay ? Biy tak ada melencong mana-mana pun. Apa-apa biy call nanti ye," Siap berdandan depan cermin , Adrian melangkah ke arah Mya. Dicium lembut dahi Mya dan pipi.
"Biy pergi dulu ye. Sayang nak apa-apa nanti call okay ?" Adrian berpesan. Mya mengangguk lembut seraya tersenyum.
Mya mengeluh bosan. Tak tahu nak buat apa dekat rumah. Tiba-tiba Mya terasa macam nak meneroka rumah ni. Sementara Adrian tak ada dekat rumah.
Dengan Mya yang sarat mengandung ni , tapi dia masih larat berjalan sana sini. Exercise lah katakan. Anak dalam kandungannya juga aktif dalam perut. Waktu nak tidur je anaknya akan aktif bergerak sana sini. Sesekali ternampak bentuk seperti tapak kaki anaknya di perut Mya.
Adrian pula kalau tidur selalu peluk Mya dari belakang sambil mengusap perut Mya lembut. Kadang-kadang kalau bernasib baik , anaknya akan menendang kembali perut Mya tanda respons bila Adrian memanggil anaknya di dalam perut.
Sungguh , Mya terasa bahagia saat ini. Momen terindah yang Mya rasakan sekarang. Walaupun dulu dia membenci Adrian , namun berbeza dengan sekarang. Setiap saat dia rindukan belaian lelaki itu. Adakah dia sudah jatuh cinta pada suaminya sendiri ?
Bila waktu pulang Adrian , Mya tak sabar-sabar menunggu kepulangan suaminya. Dia rindukan lelaki itu setiap masa. Adakah ini dinamakan cinta ? Meskipun pertemuan mereka pada awalnya kurang baik , namun Mya berharap pengakhirannya adalah yang terbaik.
Mya bergerak keluar dari biliknya. Duduk dalam bilik saja mesti bosan. Mya ke ruang tamu. Mya terhidu sesuatu. Sesuatu yang menyelerakan.
"Mak Leha masak apa tu kat dapur ? Macam sedap je baunya," Mya mengatur langkah ke dapur.
"Mak Leha , masak apa tu ?" Tanya Mya.
"Eh Mya. Mak Leha masak siakap tiga rasa je ni. Dengan kangkung kailan. Mya makan kan ?" Tanya Mak Leha.
"Eh makan ! Favourite Mya ni Mak. Hm sedapnya bau," Mya menghidu lauk itu sepuas-puasnya. Tiba-tiba perutnya berkeroncong. Lama tak makan siakap tiga rasa.
"Ha , Mya duduk lah dulu tengok tv dekat depan sementara menunggu Mak Leha habis masak. Mya nak apa-apa ke? Air ke ? Buah ke ?"
"Em tak ada. Nanti dah siap , Mak Leha panggil lah ye."
"Ye nanti Mak Leha panggil. Mak buyung duduk dulu dekat depan ye," usik Mak Leha. Mya menyengih lalu ke ruang tamu.
Mya menaiki tangga untuk ke tingkat dua. Ada je lift , tapi Mya saja naik tangga. Di sebelah biliknya terdapat bilik lagi. Di aras tingkat dua itu terdapat 4 bilik termasuk biliknya. Jadi , Mya pilih untuk masuk setiap bilik tersebut.
Mya membuka pintu bilik di sebelah biliknya. Tiada apa. Cuma ada katil , almari , meja makeup. Mungkin bilik tetamu. Bilik seterusnya dibuka pun sama , tiada apa yang menarik. Bilik terakhir juga sama. Bermakna ketiga-tiga bilik tersebut merupakan bilik tetamu. Dan semua bilik di rumah ni adalah master room. Ada bilik air di dalam setiap bilik.
Mya tergerak hati untuk ke tingkat tiga. Rumah ni mempunyai empat tingkat keseluruhannya. Dan rumah ini juga dinamakan oleh Adrian Villa Mya Adrian. Sweet bukan ?
Naik saja tingkat tiga , terdapat 4 bilik juga di aras tiga itu.
Pintu pertama dibuka , didalam terdapat banyak rak buku tinggi-tinggi didalamnya. Wahh , mini library.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
Storie d'amoreMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...