"Deal ?" Tanya Riana.
"Tapi aku takut." Luahku pada Riana.
"Aduh Mya! Sampai bila kita nak takut dengan dorang ? Dorang tu bahaya tahu tak ! Dorang berdua tu mafia tersohor! Nonsense weh?! Aku tak nak hidup dengan lelaki macam tu !!" Begitu hina Rayyan dan Adrian di mata Riana.
Aku bingung. Juga keliru. Sama ada Riana atau Adrian. Mana yang harus aku pilih. Mana yang harus aku dengar. Riana atau Adrian. Oh tuhan! Bantulah aku! Rintihnya dalam hati.
"Keputusan di tangan kau. Sama ada , kau nak ikut aku , atau stay dalam neraka tu buat selama-lamanya. Think , Mya!" Ujar Riana beri kata semangat.
Kata-kata Riana , berjaya menembusi jiwaku.
Aku pilih... untuk bersama dengan Riana.
Keluhan berat dilepaskan.
"Baik. Aku ikut kau.""Good! Now , kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi tengok Rayyan dengan Adrian buat apa. Tunggu tau!" Dengan pantas Riana berlari terhendap-hendap mengintai mereka berdua.
Dengan pantas Riana mencapai tanganku lalu berlari ke arah belakang rumah. Belakang rumah ada tembok batu , dan mereka harus memanjatnya. Di belakang tembok , ada sebuah jalan raya.
Aku sempat melihat ke belakang. Nasib mereka berdua baik kerana mereka sempat melarikan diri tanpa dihidu oleh dua orang psiko itu.
"Riana , jalan besar ni. Mana kita nak lari ?" Ujarku risau. Gila kau! Dah lah duit tak ada. Nak lari macam mana kalau duit tak ada ? Nak naik grab , teksi pun duit tak ada macam mana ni.
"Aku ada. But RM50 je. Aku harap cukup lah untuk kita sampai ke rumah aku." Riana memandangku. Aku sekadar mengangguk , harap-harap cukup lah.
Sedang mereka berjalan kaki , Riana terpandang ada sebuah kereta Grab di depan bustop tak jauh dari tempatnya.
"Ha tu ada Grab!" Riana pantas menunjuk jarinya ke arah Grab tersebut.
"Entah-entah dia tengah tunggu customer dia." Aku meluahkan syakku kepada Riana. Lagipun Grab kan di order melalui aplikasi Grab di SmartPhone.
"Entah lah. Tak salah kalau kita cuba kan ?" Riana pantas menarik tanganku menuju ke Grab tersebut.
"Assalamualaikum bang." Ujar Riana lantas tersenyum. Senyumkan sedekah. Ehek!
"Waalaikumussalam. Ye kenapa ?" Ujar pemandu Grab yang dalam lingkungan 20-an itu.
"Erm abang tengah tunggu customer ke ?" Kena lah tanya dulu pokok pangkalnya kenapa dia berhenti di situ. Kang dibuatnya aku kata nak naik dengan dia , dia pulak kata tengah tunggu customer dia. Haa mati aku!
"Haah tadi saya tunggu customer. Lepastuh last minit pulak customer saya cancel. Kenapa ya ?" Pemandu itu segera keluar dari kereta. Tak sopan lah pula jika nak berborak , duduk saja dalam kereta. Dibuatnya perempuan di depannya ini memang tengah dalam masalah , jadi tak salah jika dia membantu. Mungkin dia mahu dihantar ke mana-mana. Lagipun tadi customernya dah cancel last minit.
"Erm boleh tak abang tumpangkan saya dengan kawan saya ke Damansara ? Saya nak balik rumah saya." Riana harap sangat , abang Grab ni nak tolong mereka. Sebabnya Riana tak nampak pun dari tadi kat sini teksi lalu-lalang. Abang Grab ni jugak yang Riana nampak.
'Dah lah dah malam ni. Takut pulak aku. Berdua pulak. Dua-dua perempuan , haih.' Getus hati abang Grab itu.
Melihat mereka berdua yang seperti dalam kesusahan itu , lantas abang Grab itu menghulurkan bantuan.
"Oh boleh-boleh. Damansara ye. Ha meh masuk." Ujar abang Grab itu.
Alhamdulillah! Akhirnya ada juga insan yang ingin membantu mereka berdua.
Setelah selamat masuk ke dalam perut kereta, abang itu bertanya, "Damansara belah mana dik ?"
"Damansara Height bang. Kawasan perumahan elit. Tahu kan ? Kalau abang tak tahu tak apa , nanti saya tunjuk jalan." Ujar Riana sopan. Dah orang sanggup tolong kan , takkan nak buat taik pulak ?
"Abang tahu Damansara Height. Perumahan elit tu pun abang tahu. Tapi abang tak boleh hantar depan rumah lah sebabnya situ kan ada pak guard yang mengawal. So abang boleh hantar dekat belah luar je. Boleh ?" Kata abang Grab itu.
"Haah memang guard tu tak bagi masuk. Boleh je bang. Janji sampai sana." Riana tak kisah soal berhenti di mana. Janji dia dengan Mya selamat sampai rumah sebelum malaun dua ekor tu jumpa dorang.
"Okay baik." Abang itu tersenyum lalu mengangguk.
Finally , plan A done! Now , plan B!
*****
"Yang itu kau jangan risau. Apa-apa , aku akan info kau balik. Okay ?" Rayyan mengangguk sambil membuat isyarat 'Okay'."Eh kita leka-leka ni , Mya dengan Riana mana ? Senyap je dorang. Jangan macam-macam. Jom tengok dorang kat mana." Adrian pantas bangun diikuti Rayyan.
Mereka ke luar rumah. Mata masing-masing melingas ke serata arah. Tak ada!
Mereka menapak ke kolam renang. Kosong. Mini zoo. Kosong. Kebun mini. Juga kosong. Belakang rumah juga sudah di cari , tepi rumah , namun kosong!
Ah sudah!
"Weh tak ada! Shit! Mana dorang pergi ?! Sial!" Maki Rayyan.
"Aku dah agak. Dorang ni memang tak boleh diberi peluang berjumpa. Pantang diberi peluang , memang dorang akan manfaatkan sehabis mungkin. Call Kenji , suruh dorang datang rumah aku sekarang. Kumpulkan orang-orang kita untuk cari Mya dengan Riana. Malamnih jugak kita cari dorang berdua. Dorang silap nak lari dari aku. Dorang silap nak bermain dengan aku. Aku bukan lawan dorang!" Ujar Adrian.
Rayyan segera telefon Kenji.
"Kumpulkan orang-orang kita dan datang rumah Adrian sekarang!" Tegas sekali nada Rayyan. Menandakan yang dia serius dan tidak main-main dalam hal macamnih.
"Baik boss!" Ujar suara di sana.
Talian dimatikan.
"Aku dah roger Kenji. Kejap lagi dia sampai." Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar jeans denimnya.
"Okay bagus. Now , kita persiapkan diri kita." Adrian menapak masuk ke dalam rumah diikuti Rayyan.
Hati Adrian tiba-tiba berasa sakit. Sekian lama Mya tak buat perangai , sekarang dia buat balik. Kau memang nak kena , Mya! You deserve it!
Kau tunggu lah nanti kalau aku dapat kau! Kau tahu lah apa nasib kau! Aku takkan benarkan kau berjumpa dengan Riana lagi! Aku tahu ni semua plan Riana.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...