"Okay , memandangkan korang semua dah tahu plan dan tugas korang , kita boleh berpecah. Aku tahu , pukul 3 , kita jumpa balik dekat sini. Okay ?" Yang lain mengangguk faham.
"Okay , berpecah." Adrian dan Rayyan masuk ke dalam kereta Hilux milik Rayyan.
Yang lain , masuk ke kereta Hilux milik Remy.
"Haha nampaknya plan malam ni menjadi." Segaris senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Hahah nampaknya macamtuh lah beb. Eh mana si Mya ?" Rayyan memandang Adrian hairan.
"Ada kat rumah aku. Dia pengsan tadi. So aku suruh orang-orang aku jaga dia. Jangan bagi dia lepas. Punya lah payah aku nak dapatkan dia ," Adrian fokus pada pemanduannya.
"Ohh.." Rayyan mengangguk perlahan seperti burung belatuk.
Hampir 30 minit meredah highway , akhirnya tiba juga di destinasi yang ingin dituju.
Kereta diparkir di hujung jalan di bawah pokok. Adrian dan Rayyan berjalan terhendap hendap untuk mengelakkan security guard dari nampak mereka berdua.
Adrian dan Rayyan memandang kiri kanan. Tiada orang. Line clear ! Adrian memanjat tembok rumah itu , kemudian Rayyan pula memanjat tembok itu.
Mereka berdua menuju ke pintu rumah utama itu. Berkunci ! Adrian menyelitkan kad di celah pintu rumah itu lalu pintu itu terbuka luas.
"Rayyan ! Jom !" Bisik Adrian perlahan.
Mereka berdua masuk ke dalam rumah itu dengan perlahan-lahan.
Adrian berjalan di hadapan manakala Rayyan berjalan di belakang bagi mengawasi diri mereka.
"Weh , kita serbu bilik dorang dulu." Adrian menunjukkan bilik utama yang berada di atas. Rayyan mengangguk faham.
Mereka menaiki tangga satu per satu. Sampai saja di depan bilik utama , pistol di pinggang ditarik perlahan-lahan. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan.
Kelihatan dua orang manusia sedang berpelukan sesama sendiri di atas katil. Huh , sebentar lagi aku bakal tamatkan riwayat korang berdua. Korang berdua tak patut hidup !
Adrian melangkah perlahan-lahan ke arah pasangan itu. Selimut yang menutupi mereka itu Adrian rentap dengan kasar. Terkejut kedua-dua pasangan itu. Kedua-dua pasangan itu lantas bangun dari pembaringannya.
"Huh , siapa kau ?" Jerit wanita itu.
"Siapa aku , tak perlu kau tahu. Tapi yang perlu kau tahu , aku bakal tamatkan riwayat korang sebentar lagi !" Marah Adrian. Dendamnya meluap-luap.
"Siapa kau haa ?! Aku tak kenal kau , tapi macam mana kau boleh kenal aku dengan isteri aku ?!" Marah suaminya pula.
"Sebabnya , kau yang bunuh kedua ibu bapa aku. Dasar keparat !" Pistol di tangan dihalakan ke arah pasangan itu.
Picu ditarik lalu dilepaskan perlahan-lahan.
"Arghhhh !!!" Jerit si wanita apabila peluru itu terbenam di dadanya.
"Sayanggggg !!! Tak guna punya perompakkkk !!!" Adrian tersenyum sinis lalu melepaskan tembakan di dada lelaki itu.
Lelaki itu jatuh terlentang di lantai dengan dadanya yang berlubang berlumuran darah.
"Rayyan ! Settlekan mayat dorang ni !! Aku tunggu di bawah !!" Adrian melangkah ke bawah , manakala Rayyan memasukkan mayat kedua-dua pasangan itu ke dalam guni.
***
Entah mengapa malam ni Riana tidak selesa hendak tidur. Mengiring ke kiri tak tidur , mengiring ke kanan pun tak tidur-tidur juga. Haih."Kau ni dah kenapa Riana ? Haih. Haus lah pulak." Riana bangkit dari katil lalu melangkah menuruni anak tangga. Semasa dia menuruni anak tangga , dia seperti terlihat kelibat bayang seseorang , namun bila ditoleh , tiada pula.
Riana melangkah ke dapur. Lagi sekali seperti dia terlihat bayang seseorang , namun bila ditoleh , tiada. Takkan hantu pula. Meremang pula bulu romanya apabila disebut tentang hantu.
Ah abaikan lah ! Cawan dicapai lantas air botol sejuk di dalam peti ais dikeluarkan. Dituang setengah , lalu diteguk rakus.
"Ahh legaa." Cawan diletak di dalam sinki lalu melangkah naik ke atas semula.
Baru saja kakinya mahu menjejak anak tangga pertama , mulutnya sudah ditekup kasar menggunakan sehelai sapu tangan.
"Eyy lepas !! Eyyy lepaslah !!" Riana menjerit di balik sapu tangan tersebut sambil tangannya ligat menarik tangan orang yang menutup mulutnya dengan kain itu. Kakinya disepak ke serata arah namun satu pun tidak mengenai sasaran.
"Diam kau ! Diam ! Baik kau diam sebelum aku bunuh kau !!" Ugut lelaki yang bertopeng hitam itu.
Riana yang takut dengan ugutan itu pantas mendiamkan diri. Bimbang dia diapa-apakan.
Perompak yang lain dilihat menuju ke arah kamar mama dan papanya.
'Ya tuhan , moga kau selamatkan mama dan papa ,' gumam hati kecil Riana.
Kedua-dua pasangan suami isteri itu dikejutkan secara paksa lantas tangan kaki mereka diikat. Remy mengikat kain di mulut mereka. Kemudian remy mengarahkan kawan-kawannya membawa orang tua itu ke dalam kereta.
"Cepat bawak perempuan tu ke sini sebelum orang lain nampak !" Arah Remy perlahan namun tegas.
Kereta Hilux milik Remy menuju ke rumah Remy kembali.
Sampai saja di rumah , kelihatan Adrian dan Rayyan sudah menanti di sana.
"Macam mana ? Berhasil ?" Tanya Adrian.
"Cunnn boskurrr. Semua settle ," Remy ketawa jahat lalu membuka kain hitam yang menutupi bonet belakang Hilux.
Adrian melangkah ke arah bonet Hilux. Adrian tersenyum sinis.
"Hahahhahaa. Nampaknya , dendam aku bakal terlunas tidak lama lagi." Adrian melangkah ke arah keretanya. Adrian mencapai dua sampul yang berisi duit di dalamnya.
Adrian menghulurkan sampul itu kepada Remy dan Rayyan.
"Nah , payment korang. Aku puas hati dengan kerja korang. Cepat dan tangkas ,"Remy dan Rayyan mencium sampul duit tersebut.
"Wuuuu !!! Makan besar aku hahaha !! Oraitt bosskurr. Kalau ada apa-apa yang nak aku tolong lagi , info jelah." Remy melihat sampul yang berisi duit itu lalu memandang rakan-rakannya yang lain.
"Duit ni aku akan bagi dekat korang lepas kita hantar orang tua ni dekat rumah Adrian dekat JB nanti. Okay ?" Rakan-rakannya mengangguk faham.
"Senang bekerja dengan kau , Adrian." Remy menghampiri Adrian lalu berjabat tangan. Adrian sekadar melemparkan senyuman biasa.
"Oraitt. Aku rasa kita dah boleh gerak ke JB sekarang , sebelum siang berlabuh. So , lets go."
Adrian masuk ke dalam keretanya diikuti dengan yang lain. Bunyi enjin kereta Ferarri milik Adrian menderum kuat. Gear ditolak , lantas pedal minyak ditekan meninggalkan kawasan perkarangan rumah Remy.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...