Bab 61

29.4K 904 239
                                    

"Hello ma boys. Sorry lewat sikit," ujar Adrian sambil merapati kawan-kawannya yang duduk di meja tengah. Adrian membetulkan sut nya sebelum duduk di sebelah Rayyan.

"Hello geng ," sapa Rayyan. Mereka berpelukan. Dah jadi adat , jumpa je mesti kena peluk.

"Ni majlis apa sebenarnya ni ? Aku dapat info kata majlis reunion makan-makan. Betul ke ?" Tanya Adrian pada kawannya yang dikenali sebagai Mark.

"Ya memang majlis reunion makan-makan sempena 10 tahun persahabatan kita semua. Tapi malam ni , tak semua turun. So , yang mana ada , kita teruskan jelah majlis ni." Ujar Mark.

"Oh begitu. Ada lagi yang belum sampai ke ?" Tanya Rayyan pula.

Rayyan pula segak mengenakan sut maroon hitam.  Memang kena dengan penampilan Rayyan.

"Ada lagi rasanya. Tak apalah , mana yang ada , kita teruskan jelah ," Rayyan dan Adrian mengangguk setuju.

Mereka meneruskan reunion dengan makan-makan sambil bersembang. Dewan tersebut di sponsor oleh Mark. Makanan juga mewah-mewah bertaraf makanan hotel 5 bintang.

"Kau datang sini , Mya tahu tak Ad ?" Tanya Rayyan sambil mulutnya mengunyah daging steak.

"Tahu. Aku dah cakap sebelum keluar." Adrian tak menoleh , hanya fokus pada makanannya. Rugi kalau tak makan , sedap-sedap ni makanan.

Tiba-tiba Zack bersuara.

"Okay , first of all aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi luangkan masa datang majlis reunion  kita ni. Bila lagi kita nak bersua muka kan , jadi ni lah peluang kita untuk jumpa kembali. Terima kasih sekali lagi korang sudi datang luangkan masa. Dan tak lupa juga , terima kasih kepada Mark kerana sudi sponsor majlis reunion ni." Usai Zack bersuara , semua hadirin yang hadir menepuk tangan tanda sokongan pada Zack.

"Kau amacam Adrian ? Lama tak nampak sejak lepas kahwin ni. Dah bahagia lah katakan," usik Mark.

"Hahaha , ada je busy kerja sikit. Wife pun pregnant , so kena lah focus dekat wife juga. Kerja tetap kerja." Balas Adrian.

"Hahah yela dah berkeluarga kan ? Dulu solo lagi , kemain merayap sana sini. Sekarang dah kahwin , tak ada dah macam dulu. Ye dak ?" Ujar Mark.

"Hahaha betul betul. Kau pun dah kahwin kan , mesti tahu punya. Life lelaki akan berubah 100% bila dah kahwin." Mark mengangguk setuju sambil ketawa.

"Kau pulak Rayyan , apa cer ? Sama juga lepas kahwin senyap ?" Soal Mark. Mark merupakan mafia no 1 digeruni di Kuala Lumpur. Kira King lah katakan.

"Aku pun sama je macam Ad. Busy handle company. Jaga wife. Life dah berubah bro. Tak sama macam sebelum kahwin. Hahaha life kahwin lain , kenalah utamakan bini. Sebelum kahwin , dengan kawan je. Adrian lah orangnya hahah," jawab Rayyan.

"Hahaha ye aku faham. Dah berkahwin , hidup kita akan lebih terjaga sebab ada bini. Zaman bujang semua kena buat sendiri , beza kan hahaha. Apa-apa pun , jaga wife korang elok-elok. Itu perempuan idaman yang korang tunggu selama ni kan ? Jadi jagalah elok-elok." Nasihat Mark pada dua sahabat itu.

Rayyan dan Adrian mengangguk tanda akur.

Sedar tak sedar , dua jam berlalu.

Selesai makan dan sesi fotografi , Adrian meminta diri untuk pulang.

"Mark , Zack , Rayyan. Aku gerak dulu lah. Thank you Mark sudi jemput." Ujar Adrian.

"Dah nak balik dah ? Awal lagi ," kata Zack.

"Ala kau ni Zack. Kenalah faham orang baru kahwin. Kesian tinggal bini seorang dekat rumah." Usik Mark pula.

Adrian hanya ketawa.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now