"Sayang ? Dah siap ke ? Rayyan dengan Riana ada sekali nanti , tapi jumpa dekat sana je." Laung Adrian dari bawah. Mya membuat muka menyampahnya di depan cermin. Orang tengah sibuk bersiap , tak reti sabar ke ?
Mya sedang leka mengikat tali dress labuhnya. Simple saja. Pakai dress labuh berwarna merah , rambutnya dilepaskan , wajahnya disolek sedikit dengan bedak dan lipstik. Sejak berbadan dua , dia memang malas nak bersiap over sangat. Tambahan pula , pinggangnya pun sakit-sakit. Semuanya lah nak sakit.
Selesai bersiap , Mya keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Adrian terpukau melihat Mya turun dari tangga dengan memakai dress labuh itu. Nampak comel sangat! Dengan baby bumpnya yang dah kelihatan sikit itu , membuatkan muka Mya berseri-seri sejak pregnant.
'Haih , nasib mengandung. Kalau tak , dah kena baham dah kejap lagi. Mahu dapat baby kembar terus.' Desis hati nakal Adrian.
"Dah siap dah ni. Cepatlah , termenung apa lagi ?" Dingin saja suara ibu mengandung itu.
"Err , dah siap eh. Ha jom. Sayang nampak comel lah pakai dress ni. Cuteee sangat!" Puji Adrian ikhlas. Gila tak comel bini aku !
"Ada-ada jelah kau ni. Cepat lah !" Mya menjelingnya tajam.
Adrian tersengih. "Dah , jom"
Adrian pimpin tangan Mya hingga ke kereta. Pintu kereta dibukakan untuk Mya , Mya masuk kedalam perut kereta macam princess dengan dress labuh kembangnya menampakkan lagi comelnya tu. Itu yang buat Adrian tak tahan tu , geram katanya.
Masuk saja dalam kereta , Adrian terus pandang Mya. Mya yang tengah pasang seatbelt terasa pelik.
"Kenapa pandang-pandang ? Cepatlah , kata nak gerak," Mya buat tak tahu saja dengan pandangan Adrian itu.
"Sayang nampak comel sangat. Buat biy tak berhenti pandang awak, sayang." Adrian masih leka memandang gadis yang dicintainya itu aka isterinya mak buyung.
"Dah lah , Ad. Bosan dah dengar ayat buaya kau tu. Menyampah. Cepatlah gerak ," Mya pandang kedepan tanpa menoleh ke arah Adrian.
Ayat Mya itu sedikit sebanyak melukakan hatinya sikit demi sikit. Sejak Mya pregnant , Mya selalu berkasar dan dingin dengannya.
Perkataan lembut dah tak ada keluar dari bibirnya. Semuanya kasar sejak pregnant. Salah aku kah ? Ye memang salah aku. Adrian akui.
'Maafkan aku , sayang.'
Adrian kembali memandang ke depan. Walaupun hatinya terluka sebenarnya. Dia memandang Mya sekilas dan tersenyum nipis. Mya hanya buat tak tahu saja. Dia tahu , Mya bencikan dirinya. Namun , apa lagi dia boleh buat ? Salahnya juga.
Adrian menghidupkan enjin kereta dan bergerak menuju ke destinasi yang ingin dituju.
Sepanjang dalam kereta , mereka berdua senyap saja. Hanya kedengaran celoteh deejay di radio berkumandang. Mya memandang keluar tingkap dan Adrian fokus pada pemanduannya. Sesekali Adrian menoleh sekilas ke arah Mya , namun Mya hanya buat tak tahu saja.
Adrian sebenarnya makin hari makin terasa dengan Mya. Tapi , Adrian hanya mampu bersabar. Kalau itu yang boleh buatkan Mya terima dirinya nanti. Adrian cuba bersabar walaupun makan masa bertahun. Entahlah. Andai ini hukuman buatnya , Adrian sanggup terima. Asalkan Mya menerimanya.
*****
"Baby , dah siap kan ? Jom," Rayyan memimpin tangan Riana ke kereta.Riana hanya memakai blouse singkat dan skirt pendek paras lutut. Riana pun sejak mengandung malas nak bergaya sangat. Ala kadar je. Siapa nak pandang dia ?
Di dalam kereta , Rayyan mencapai telefonnya untuk mendail nombor Adrian. Dia ingin bagitahu yang dia dah keluar dari rumah.
Tut tut... tut tut... tut tut...
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
RomanceMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...