Bab 31

70.6K 1.2K 62
                                    

"Dear , dah siap ke ?" Tanya Rayyan lalu memeluk pinggang Riana. Riana ketika itu leka menyikat rambutnya.

Riana yang terkejut dengan tindakan Rayyan itu segera menepis tangan Rayyan.

"Why ?" Dahi Rayyan berkerut hairan.

"Err.. nothing. Terkejut ," Riana menggaru-garu kecil kepalanya , untuk menghilangkan rasa kekok yang hadir di antara mereka berdua.

"Hm sokey. Siap cepat. I tunggu kat bawah." Rayyan berlalu pergi dengan hati yang walang. Entah kenapa , hatinya sakit bila Riana menepis tangannya tadi. Kuat pula tu dia menepis tangan Rayyan.

Hina sangatkah aku ? Aku tahu aku perlu bagi dia masa , tapi sampai bila ? Aku juga punya hati. Tolonglah fahami aku , Riana Rose! Aku cintakan kau Riana Rose!

Perasaan serba salah mulai bertandang dalam diri Riana. Bukan niatnya hendak berbuat begitu , namun dia orangnya jenis cepat terkejut dan melatah.

Selesai dandan ala kadar , Riana turun ke bawah. Rayyan sudah menunggu di luar rumah. Usai mengunci pagar , Riana masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta , kedua-duanya diam membisu. Riana cuba untuk mencuri-curi pandang wajah Rayyan. Mukanya serius , tiada riak tenang yang terbit di wajahnya seperti selalu.

Riana menggigit bibir bawahnya.

'Aduhh Rayyan terasa ke dengan sikap aku tadi ? Aku tak sengajaaaa. Aduhhh! Apa patut aku buat ni?' Getus hati kecilnya.

Mukanya dipalingkan ke luar. Manakala jari belah kanan sengaja dimain-mainkan dengan jari belah kiri untuk menghilangkan rasa gelabah dalam diri. Itulah dia Riana.

"Errr... awakk.. kitaa nak pergi mana ni ?" Aduh lain aku nak tanya , lain pulak yang keluar kat bibir ni! Aku nak tanya , awak marah ke ? Why lain yang keluar ?!

Rayyan memandangnya sekilas sebelum fokus pada pemanduannya. Tiada segaris senyuman pun yang terukir di wajahnya. Serius sahaja.

2 minit kemudian baru Rayyan membalas soalannya.

"Jumpa Mya dengan Adrian." Pendek saja jawapannya. Sah! Mesti terasa dengan aku ni.

"Oh... err.. awak.. saya mintak maaflah kalau tadi awak err.. ada terasa hati dengan saya.. saya betul-betul tak maksudkan nak menepis tangan awak.. tapi...," belum sempat Riana menghabiskan bicaranya , Rayyan sudah memintas kata-katanya.

"Sokey. I faham. You need time , right ? Take your times. I dont bother you after this , im sorry." Lagi lah Riana serba salah bila Rayyan cakap macamtu.

"No , i dont mean that Rayyan...," Riana sudah hilang kata-kata. Chop ! Mesti Rayyan anggap aku ni tak kenang budi kan ?

"No sokey , dear. I know you macam mana. Dont worry , okay ? Im okay." Segaris senyuman dilontarkan ke arah Riana.

Namun Riana tahu , itu bukan senyuman manis yang biasa dia beri kepada Riana. Sebaliknya , senyuman kekecewaan , senyuman palsu yang diberikan oleh Rayyan.

Riana membalasnya dengan senyuman yang hambar.

'Im sorry , Rayyan. Saya betul-betul tak berniat nak sakitkan hati awak.' Omel hatinya.

Kereta Hilux milik Rayyan tiba-tiba membelok ke kanan lalu betul-betul parkir di depan Old Town Cafe.

"Dah sampai. Jom ," Rayyan keluar dari perut kereta usai enjin kereta dimatikan.

Riana yang baru saja nak buka pintu kereta itu , Rayyan sudah membukanya terlebih dahulu.

"Come , Princess." Rayyan menghadiahkan Riana sebuah senyuman. Haa kalinih baru senyuman maniss menawan gojess gituu uollsss!

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now