Bab 62

37K 1K 444
                                    

Riana segera turun ke bawah , bila dia nampak kereta suami kesayangannya memasuki perkarangan rumah. Laju je mak buyung turun tangga.

Pintu utama dibuka luas-luas. Dia menanti Rayyan keluar dari kereta.

"Eh , you tunggu i balik ke ?" Tanya Rayyan. Tak pernah-pernah Riana tunggu depan pintu rumah.

"Yela , tunggu siapa lagi ? Takkan tunggu scandal i pulak ?" Balas Riana loyar buruk.

"Aip , baby ni. Kenapa ni ? Ada apa-apa ke tunggu i ni ? Dah nak bersalin ke ?" Usik Rayyan.

"Kalau i nak bersalin , tak adanya tunggu depan rumah. Mahu i dah lari dah pergi hospital." Balas Riana sinis. Rayyan ketawa kecil. Ada jelah jawapan mak buyung ni.

"Dah-dah , jom masuk." Rayyan memeluk Riana masuk ke dalam rumah.

"You dah makan ?" Tanya Rayyan lembut.

"Dah tadi."

"Habis you tunggu i depan pintu rumah tadi kenapa ? Rindu i ke ? Ha peluk i cepat. I dah dekat depan you ni ha ," Rayyan mendepangkan kedua-dua tangannya menunggu Riana memeluknya.

Riana membuat muka menyampah.

"Eyy mengada lah. Gedik ," balas Riana.

"Hahahah rindu cakap jelah rindu. Ego dia ni. Amboiii biasherrrr dia nii. Cepatlah peluk i. I tahu you rindu i kan , baby ?" Rayyan membuat muka mimik sedih.

"You ni lupa makan ubat ke apa ? Nak ubat , i ambilkan." Riana memeluk tubuh sambil menghadap Rayyan.

Rayyan ketawa besar melihat muka selamba Riana itu.

"Apa yang lawak nya ?" Riana hairan. Tiba-tiba je gelak.

"I terhibur tengok muka selamba kerek you tu. Sumpah dekah. Hahahahahaha , aduhmakkk." Merah padam muka Rayyan. Ketawa banyak sangat.

"Haih apa-apa jelah ," Riana berlalu ke ruang tamu. Tv dibuka , remote tv ditekan untuk cari channel yang menarik.

"Baby , jangan lah marah. I cuma terhibur je tengok muka you tu. Hahahahaha , adeh teringat-ingat muka you ," ingat ke Rayyan nak berhenti gelak , dia boleh sambung bantai gelak.

Dasar suami nggak ada akhlak.

"Okay okay , sorry baby." Rayyan mendekati Riana dan duduk di sebelahnya.

"Meh nak peluk." Ujar Rayyan manja.

Riana buat tak tahu. Merajuk , mungkin.

"Alololo merajuk ke ? Baby nak apa ni ? Cuba cakap ?" Rayyan meletakkan kepalanya di atas peha Riana. Kepalanya dihadapkan ke muka Riana.

"Baby... Muncungnya mulut tu , hahahah macam donald duck dah. Baby nak apa ? Mcd ? Kfc ? Pizza ? Ke nak benda lain ? Pisang hidup nak ?" Usik Rayyan , nakal.

"Eishhhh dia nii ! Apa pisang-pisang ? Ni ha jantung pisang dalam perut i ni , cukup 9 bulan keluar lah jantung pisang ni ," balas Riana sinis.

Lagi kuat Rayyan ketawa besar. Pandai Riana buat lawak.

"Adoii baby i ni. Pandai buat lawak ye. Okay okay , serius. You nak apa ?" Rayyan mulai serius. Kasihan Riana asyik kena bahan je dengan dia.

"I teringin nak makan ramen spicy tu. Boleh ?" Tanya Riana dengan mimik muka sedih.

"Oh nak ramen. Nasib makanan senang cari. Nanti i call Kenji suruh dia belikan. Romen tak nak ?" Usik Rayyan , nakal.

"Eishhh lah dia ni ! Habis yang dalam perut ni apa dia ? Tong drum ?" Perli Riana. Rayyan bantai lagi gelak. Comel tengok muka Riana marahh.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now