Siap masak , Mak Leha membawa dulang makanan ke kamar Adrian. Pintu dikuak perlahan. Mya masih tidur. Dulang makanan diletak di atas kabinet laci di sebelah katil.
Mak Leha mengejutkan Mya perlahan-lahan.
"Mya.. Mya.. bangun nak , makan."Berkerut-kerut dahi Mya. Siapa pula yang panggil ni ? Susah benar matanya nak celik. Terpisat-pisat dia bangun. Dia meringis sakit. Apa ni ? Dia lihat tangannya di gari.
Ni mesti kerja Adrian ! Kerja siapa lagi kalau dah bergari ni.
"Mya... Mari makan. Mak Leha dah masakkan nasi goreng untuk Mya." Ujar Mak Leha.
"Mak Leha ? Orang gaji baru ke ?" Soal Mya. Sememangnya Mya memang tak kenal siapa Mak Leha.
"Ye Mak Leha yang bersihkan rumah ni dengan Pak Wan. Pak Wan bersihkan belah luar. Mak Leha bersihkan belah dalam. Mari makan , Adrian suruh makan." Jawab Mak Leha dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
"Adrian mana Mak Leha ?" Soal Mya. Tak nampak pula bayang dia.
"Adrian keluar sekejap ada hal katanya. Dia suruh Mak Leha yang suapkan Mya. Maaf ye , Mya. Mak Leha tak boleh buka gari ni. Ni arahan Adrian. Dia suruh suapkan Mya je." Muka Mak Leha macam serba salah Mya tengok.
"Tak apa lah Mak Leha. Nak buat macam mana kan ? Mya tak nak nanti Mak Leha tolong Mya , Mak Leha pula yang kena. Tak apa , Mya redha ni balasan Mya dekat Ad." Mya menjawab dalam nada mendatar. Macam nak nangis suaranya.
Mya dah serik. Mya tak nak nyawa orang yang tolong dia , dalam bahaya. Biarlah kali ni dia terpaksa mengalah.
Mak Leha tersenyum. Lembut saja nada Mya. Cantik pun cantik orangnya. Sopan pun sopan. Pandai Adrian pilih isteri. Cuma sikap Adrian tu , Adrian kena ubah. Inshaallah kalau Mya berlembut dan buka hatinya untuk Adrian , Adrian akan berubah. Akan hilang perangai psycho baran dia.
"Mari makan. Mak Leha suapkan." Pinggan di dalam dulang itu diambil , disuap Mya perlahan-lahan menggunakan sudu.
Mya mengunyah perlahan-lahan. Hm sedap ! Perutnya auto lapar. Tu lah , main lari-lari lagi , kan dah lapar.
"Sedap ?" Tanya Mak Leha.
Mya mengangguk tersenyum.
"Sedap. Sedap sangat.""Kalau sedap , Mya kena habiskan ye nasi goreng ni. Kesian dekat baby kelaparan dia."
Mya hanya melemparkan senyuman nipis hambar.
'baby ?'
Mya memandang sepi melihat perutnya yang makin membesar. Nak masuk 5 bulan dah. Tak lama je nanti , dah nak bersalin. Mudanya aku jadi mak.
Semestinya aku tak sabar nak jadi janda. Tapi ingat , Adrian nak lepaskan ke ? Memang tidak lah. Kena maki hamun kejap lagi ada lah.
Selesai makan , Mya menyambung aktivitinya baring dekat katil. Apa lagi nak buat ? Tangan dua-dua kena gari. Kaki je tak kena gari.
Mak Leha dah turun ke bawah nak siapkan makanan untuk Adrian makan nanti. Sumpah bosan. Apa nak buat ? Haih.
********
"Boss nak ikut saya ke lupuskan mayat Sukma ?" Soal Kenji."Hm boleh juga. Hari ni je aku free. Esok aku dah start sibuk masuk office siapkan kerja yang menimbun-nimbun atas meja office tu. Huh , pening kepala." Adrian mengurut lembut pelipis dahinya.
"Tu lah. Esok pun aku ada meeting. So Riana memang Mak Siti yang jaga makan minum. Tak adalah aku risau." Rayyan hanya termenung kosong.
"Kalau macam tu , saya gerak dulu lah boss. Jumpa kat rumah saya ," usul Kenji.
YOU ARE READING
PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )
عاطفيةMya Adrianna , gadis yang baru saja berusia 18 tahun , nekad melarikan diri apabila mama dan papanya memaksanya untuk berkahwin dengan pilihan mama papanya. Pilihan untuk melarikan diri rupa-rupanya adalah silap ! Kerana Mya Adrianna telah masuk ke...