Bab 23

76.2K 1.4K 85
                                    

Aku lihat Sarah tidak fokus memandu. Sekejap pandang ke arah aku , sekejap pandang depan. Apa yang dipandangnya pun aku tak tahu.

"Mya.. aku nak tanya sikit ni. Boleh ?" Sarah memandang ke arahku.

Aku mengangguk perlahan. "Boleh. Apa dia ?"

Lama aku tak pusing-pusing KL sejak aku duduk dengan Adrian.

Cakap pasal Adrian , aku risaukan keselamatan dia. Harap dia baik-baik saja.

"Kau sayang Adrian ?" Soalan yang terbit dari bibir Sarah membuatkan aku tergamam.

'Sayangkah aku pada Adrian ?'

Jujur ku akui. Perasaan sayang itu mulai terbit dari hari ke hari.

"Jujur jelah weh. Buat apa kau nak nafikan." Ujar Sarah. Mungkin dia tengok aku diam tak ada respons.

"Perasaan sayang tu.. maybe ada lah sikit.." aku memandang Sarah lalu tersenyum.

"Haa aku dah agak dah. Diam tandanya sayang hahaha. Kau jangan risau. Adrian tu betul-betul sayangkan kau. Aku nampak effort dia nakkan kau. Usaha dia nakkan kau tu aku nampak dengan dua biji bola mata aku ni. Kalau dia curang ke apa ha bagitahu aku. Biar aku pijak dia hahaha." Sarah ketawa besar. Kemain kau ye Sarah. Cakap besar haha.

Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu.

"Eh ni kita nak pergi mana ni ?" Sarah memandang sekeliling.

"Em kau dengan member kau dah makan ke ? Kalau belum , kita makan dulu lah. Aku pun lapar ni , " Sarah mengusap-usap perut lepernya itu.

"Belum lagi." Aku memandang ke arah Riana. Lena Riana tidur.

"Eh membe kau tu lena tidur ? Kejutkan lah dia." Sarah menoleh ke arah belakang.

Aku cabut seatbelt lalu menepuk bahu Riana lembut.

"Riana.. hey Riana.. bangunn.." aku menggoyang-goyangkan badannya.

Riana terjaga. Diusap kedua-dua matanya. Riana bangun dari pembaringannya lalu duduk tegak menghadap aku.

"Kau okey ?" Tanya aku lembut.

"Kita kat mana ni ?" Riana memandang Sarah curiga.

"Kita dengan Sarah , kawan baik Adrian dengan Rayyan." Riana mengangguk lembut. Kepalanya terasa berat tiba-tiba. Pening semacam. Mungkin kerana bangun mengejut.

"Hai Riana ! Aku Sarahh!" Peramah sungguh Sarah ni.

"Haii." Lemah saja suara Riana.

"Are you okay , Riana ?" Sarah memandang Riana melalui cermin depan.

"Pening sikit." Riana mengurut-urut lembut kepalanya.

"Okay tak apa. Kita pergi makan dulu. Isi perut tu dengan makanan okay ?" Sarah membelok stereng ke kiri memasuki sebuah restoran mewah di tepinya.

"Kita makan kat sini yaa. Sini makanan western ada , makanan kampung pun ada. Up to you lah nak makan makanan apa. Order je banyak-banyak. Laki korang bagi duit kat aku banyak. Mencekik lah sampai kenyang okey ," Sarah mematikan enjin lalu keluar dari perut kereta.

"Jom." Sarah kalau bab-bab makan , dia laju.

***
Adrian duduk bersandar di tepi dinding kerana kepenatan. Rayyan terbaring di atas lantai akibat kesan tikaman di bahunya.

Bau hanyir darah bergelimpangan di sana sini. Itu bukan darah mereka , tetapi darah orang yang mereka bunuh itu. Pekat likat darahnya.

Rayyan mengaduh kesakitan akibat dari kesan tikaman di bahunya. Rayyan memaksa juga dirinya untuk bangun lalu duduk bersandar di sebelah Adrian.

Adrian tersengih memandang Rayyan walaupun dirinya dalam kesakitan.

"Yang penting kita selamat dude. Kita kena fikir bini kita tu tengah menunggu." Rayyan mengangguk perlahan. Otaknya ligat memikirkan Riana.

"Jom." Adrian bangun perlahan-lahan.

"Mana ?" Rayyan mendongak memandang Adrian.

"Balik." Rayyan mengangguk lalu bangun perlahan-lahan.

Mereka berdua jalan beriringan keluar dari gudang tersebut.

Meor terlantar di atas lantai. Pengsan.

"Kau rasa Sarah bawak dorang pergi mana ?" Tanya Rayyan.

"Entah. Kau call lah Sarah." Iphone 6+ milik Adrian sudah kehabisan bateri.

"Jap aku call dia." Tangannya ligat bermain di atas skrin iPhonenya.

Tut tut ! Tut tut ! Panggilan disambung.

"Hello Sarah. Kau kat mana ?" Belum sempat Sarah nak menjawab , Rayyan sudah menerjahnya.

"Kat IOI. Kenapa ?"

Sarah sengaja bawa Mya dengan Riana pergi situ. Biar dorang shopping sikit keperluan dorang. Tu pun lepas kena paksa dengan Sarah.

"Oh. Jaga dorang. Nanti hantar dorang kat rumah Adrian. Aku dengan Adrian tunggu dekat rumah."

"Okey baik bosskur." Talian dimatikan.

"Dorang kat mana ?" Tanya Adrian.

"IOI. Sarah bawak berjalan lah tu. Biarlah dorang. Sesekali nak jugak berjalan." Rayyan melangkah masuk ke dalam kereta miliknya. Adrian turut masuk ke dalam Ferarri kesayangannya.

PSYCHO MAFIA 🔞 ( OG )Where stories live. Discover now