Selesai makan malam berdua dengan Ajwad tadi, terus aku tak nampak kelibatnya. Dalam biliknya pun tak ada. Agaknya, keluar main futsal kot. Huh, keluar tak cakap! Sampai hati tinggal aku seorang.
Sanggul rambut aku betulkan dan aku keluar dari kamar beradu.
Tak perlu pakai tudung, sebab dalam istana ni tak ada lelaki. Kalau ada pun, semuanya berjaga di luar pagar.
Maksud aku, lelaki selain keluarga akulah.
Aku naik ke tingkat tiga. Eh? Lampu perpustakaan terbuka?
Kaki melangkah mendekati perpustakaan lalu menjenguk ke dalam.
Lah. Ajwad rupanya. Tanpa sebarang salam, aku masuk dan duduk di hadapannya.
"Ingatkan keluar main futsal tadi."
Ajwad angkat kepala. Baru tersedar dengan kehadiranku.
"Taklah, buat paperwork dari tadi," balasnya lalu menyambung semula kerja yang tergendala. Aku ambil sehelai kertas yang terdampar berdekatan denganku.
1500 sf. 350 sf. Dan berpuluh-puluh lagi sf beserta lakaran pelan bangunan terlukis cantik di atas kertas itu. Aku letak semula ke tempat asalnya. Bukannya aku faham pun.
Ajwad seorang arkitek. Selepas tamat Masters, dia pilih untuk bekerja di bawah firma milik sepupu bonda. Lagipun, dia tak perlu fokus sangat pada pemerintahan empayar. Sebab bukan dia yang akan menjadi pewaris apabila ayahanda turun takhta kelak.
Sebaliknya, Abang Abrar yang akan naik selepas ayahanda, memandangkan dia anak sulung kepada ayahanda.
"Adara bosanlah Ajwad," aduku.
"Pergi main PS." Ajwad membalas tanpa sedikit pun mengangkat mukanya.
"Tak nak lah. Semua game bosan. Tak FIFA, PES lah, lepastu game lawan-lawan. Not my taste!"
"Dah tu, pergi baca novel."
"Tak nak, dah khatam semua. Jomlah borak-borak Ajwad."
"Nantilah Adara, Ajwad sibuk ni. Bosan sangat, pergi buka tv. Tengok DOTS. Tenung Song Joong Ki sampai masuk dalam mimpi." Amboi, perlian dalam cadangan. Tahulah aku crush gila-gila dekat Joong Ki tu.
"Eee bosanlah Ajwad ni!" Aku merengus kegeraman.
"Adara, kan Ajwad busy ni. Nanti kita boraklah. Ten minutes, okay?" Lembut Ajwad memujukku.
"Yalah." Aku beralah dengan kelembutannya.
Bosanlah pula. Telefon pula tertinggal di kamar beradu. Hmm...
"Ajwad, nak pinjam telefon. Ajwad ada PUBG kan?"
"Tak ada, Ajwad main Free Fire. Jimat space."
Aku mencebik. Jimat space apa benda entah. Bukan aku tak tahu, storage telefon Ajwad lagi besar dari aku punya. Entah apa-apa je lah.
"FF pun FF lah." Ajwad hulurkan telefon.
Minit-minitku terisi dengan kefokusanku menembak pihak lawan.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...