lima || five

996 178 24
                                    

"Kecilnya udang ni, Khaulah. Rasanya semalam masa pilih Zatasyah ambil yang besar-besar juga saiznya." Aku gigit bibir bawah mendengar kata-kata Zatasyah.

"Oh itu, err... masa siang tadi ada salah step sikit." Khaulah curi-curi pandang aku yang datang dari dapur sambil menatang mangkuk berisi nasi putih.

"Oh, macam tu. Eh Tuanku, tak apa, tak apa. Biar patik buatkan." Mangkuk nasi diambil dari peganganku.

"Eh, eh. Janganlah macam ni. Tak perlu layan saya macam ni sekali. Saya pun macam awak semua juga. Lagi satu, tak perlulah berTuanku dengan saya, janggal sangat bunyinya. Panggil Adara saja." Panjang lebar aku bersyarah. Benci betul rasanya bila orang sentiasa letakkan aku di tangga teratas dalam setiap perbuatan yang aku lakukan.

Aku pun manusia biasa juga. Hakikatnya, sama-sama berstatus hamba kepada Yang Maha Esa.

"Kalau Adara kata macam tu, siapalah saya nak membantahkan?" Zatasyah tertawa kecil. Aku tersenyum.

Ketawa pun kacak.

"Tapi tak apa, Adara duduk je hari ini. Disebabkan Adara tetamu istimewa hari ini, kita bagi layanan istimewa sikit."

Kerusi ditarik bagi membolehkan aku duduk. Kemudian, tangan kekarnya memegang senduk lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan diletakkan di hadapanku.

Letakkan nasi pun masculinity dia terserlah.

"Makanlah, jangan segan-segan." Selesai meletakkan nasi ke dalam semua pinggan, Zatasyah duduk di hadapanku.

"Hai, dah macam dalam dunia sendiri ya dua orang ni?" Aku pandang Khaulah. Alahai, baru tersedar bukannya kami berdua saja yang wujud di ruang makan ini.

"Alaa Khaulah, Khaulah tuan rumah. Pandai-pandailah bawa diri. Adara kan tetamu kita hari ini." Zatasyah membalas bagi pihak kami.

Aku ulang ya, pihak kami. Manisnya rasa bila ada perkataan kami tu. Ah, kau gila Adara.

Kami bertiga menadah tangan, mengaminkan bacaan doa makan dari Zatasyah.

Usai berdoa, Zatasyah capai gelas berisi air putih lalu diteguk perlahan-lahan. Jelas kelihatan halkumnya yang bergerak-gerak menelan air masuk ke esofagus.

Seperti biasa, minum air pun segak.

Astaghfirullah Adara, apa kau ni? Datang rumah orang nak menilik anak teruna orang ke?

"Makin sedaplah buttermilk Khaulah. Resepi dah bertukar ke? Minggu lepas lain rasanya, hari ni lain."

Aku lihat Khaulah tersengih nakal.

"Dah tukang masaknya kita import dari istana hari ni, itu yang sedap sikit rasanya kut." Khaulah rapatkan lututnya ke lututku di bawah meja, membawa maksud, sukalah tu ada orang puji masakan dia.

"Adara ke yang masak? Patutlah sedap. Sesedap mata memandang wajah yang manis ni." Terkedu aku mendengar kata-kata manisnya. Kepala terus tertunduk memandang nasi yang baru luak separuh.

Sesiapa, tolong kumpulkan Laura Adara ke dalam satu acuan dan masukkan semula dalam freezer. Aku dah cair ni terkena panahan cinta berapi dari seorang Ubaid Zatasyah Al-Asad!

Panahan itu tak terhenti setakat itu saja.

Semasa aku sedang mencuci pinggan mangkuk, datang Zatasyah lalu dia letakkan gelas-gelas yang kami gunakan ketika makan tadi.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now