dua puluh lapan || twenty eight

621 89 15
                                    

⚠️ AMARAN ⚠️
*bab ini mungkin mengandungi kata-kata kesat dan babak ganas. jangan tiru!*

-----

Jarum jam menghampiri angka lapan, tetapi Abang Abrar masih belum dapat dijejaki. Baik aku, Zatasyah, bonda, ayahanda dan Kak Deandra semuanya sudah dilanda gundah.

Bunyi pintu dibuka mengejutkan kami semua. Mata masing-masing tertumpu ke arah dia yang baru memasuki ruang ini.

"Macam mana Ajwad? Jumpa?" soal ayahanda.

Ajwad menggeleng lemah. Dia labuhkan duduknya berhadapan dengan ayahanda.

"Lama Ajwad tunggu dekat pantai tadi. Siap tanya dekat kedai area situ ada tak Emperor mereka singgah. Tapi seorang pun kata tak ada." Di hujung kata, Ajwad lepaskan keluhan.

Ayahanda turut menghembus nafas berat. Misteri nusantara sungguh.

"Zatasyah." serunya. Serentak aku dan tuan punya nama menoleh.

"Ingat tak muka kawan Abrar tadi tu?" Zatasyah terdiam. Dia pejamkan mata, berfikir.

"Kulit dia sawo matang, rambut ikal sikit. Tinggi setara Abrar, pakai polo shirt warna hitam." ujarnya. Jarinya mengetuk-ngetuk bahagian tepi sofa, cuba mengerah lagi ingatannya. Bunyi petikan jari buat kami semua menumpukan perhatian kepadanya.

"Tangan dia. Dia pegang kunci kereta lambang Merc."

Ayahanda mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan Zatasyah. Telefon pintarnya dicapai lalu kedengaran bunyi nombor didail.

"Selamat malam, Baihaqi. Maaf saya mengganggu waktu istirehat kamu. Boleh datang istana sekarang?" Penuh autoriti dalam suara ayahanda sebaik sahaja talian disambungkan.

Baihaqi yang dimaksudkan itu, Setiausaha Diraja yang telah berkhidmat dengan kami sejak mula-mula ayahanda menaiki takhta.

"Urgent. Ya, ya. Maaf sekali lagi." Panggilannya ditamatkan.

"Something is not right." Dapat aku tangkap ekor mata ayahanda yang menjeling ke arah aku.

Atau lebih tepat, ke arah orang di sebelahku. Aku tak tahulah Zatasyah perasan atau tidak. Tapi apa yang aku tahu, pasti ayahanda sudah mula curiga dengan Zatasyah. Bibir diketap kuat.

"Bonda, ayahanda. Boleh Adara bercakap dengan Zatasyah sekejap?" pintaku. Setelah mendapat keizinan, aku tarik tangannya supaya keluar dari ruang ini.

Kami berhenti apabila tiba di balkoni. Sedikit jauh daripada ruang tamu tempat berkumpul tadi.

"Saya rasa ayahanda dah mula curiga dengan awak." Aku mulakan bicara.

Zatasyah cuma tersenyum nipis dan membuang pandangan ke arah luar. Menatap langit yang hitam pekat tanpa bintang.

"Saya tahu. Saya nampak." katanya lalu menoleh semula memandang aku.

"Apa pun yang jadi, saya mohon. Percayakan saya." Nadanya seakan merayu. Penuh pengharapan.

Rasa sayu mula mencengkam tatkala dia tuturkan ayat itu. Seakan ada sesuatu yang bakal terjadi selepas ini.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now