dua puluh || twenty

780 100 9
                                    

(bab ni aye bagi feeling-feeling ala-ala korang semua tetamu diraja untuk istiadat kurnia takhta. sekali-sekala berangan jadi kerabat hshshshs)

maafler lama tak update, author busy buat slide and hw berlambak 😢

enjoy the chapter!

Zatasyah yang sibuk mengikat tali leher di hadapan cermin aku pandang dengan rasa teruja. Ya Allah, suami siapa tu? Kacaknya tak terampun. Menangis jiwa raga kerana rupanya yang terlalu tampan.

Overacting.

Seakan menyedari aku yang asyik memerhatikannya dari jauh, dia berpaling ke arahku dan kemudian satu kenyitan dihadiahkan.

Darah mula menyerbu ke muka. Mata melilau ke sekeliling bilik ini, tangan dikibas-kibas ke wajah. Auch, auranya memikat!

"Berapa lama lagi nak termenung dekat situ? Dah siapkan? Jom."

Tegurannya buat aku terkocoh-kocoh mencapai wrislet putih dari almari kaca di sebelah meja solek. Sempat aku tilik rupaku buat kali terakhir, bimbang eyeliner lari dari garisannya atau ada bedak yang bercapuk.

"Jom!"

Hari ini merupakan hari di mana ayahanda bakal menurunkan takhtanya kepada Abang Abrar. Dalam istilah istana, kami gelar ia Istiadat Kurnia Takhta. Pangkat Puteri Mahkota yang disandangku juga bakal bertukar memandangkan selepas ini ayahanda bukan lagi seorang Emperor.

"Morning abang, kakak," sapaku melihatkan sepasang suami isteri yang sedondon berbaju istiadat diraja.

"Morning Adara."

"Deandra, I tak reti ikat tie la. Tolong?"

Bebola mata diputar 360 darjah mendengar rengekan 'manja' abang. Ulat bulu dah naik daun. Sajalah tu nak bermanis-manisan di depan aku. Macamlah dia seorang saja yang ada pasangan. Kita pun adalah! Malas nak over depan orang aje.

"Dah siap semuanya?" Sapaan bonda buat kami berempat menoleh ke belakang.

"Ajwadnya ke mana?"

"Coming!" Aku lihat Ajwad kelam-kabut berlari dari atas dengan blazernya masih disangkut pada lengan.

"Maaf, maaf. Perut meragam sekejap tadi."

Bonda menggeleng perlahan.

"Kita naik kereta asing-asing ya. Semua dengan pasangan masing-masing kecuali Ajwad. Ajwad naik dengan bonda dan ayahanda."

"Menjunjung perintah, Empress!"

"Razia, mari. Pemandu Diraja dah menunggu di luar." Muncul ayahanda yang segak bermuskat kombinasi tiga warna. Warna hitam bersulamkan benang emas dan perak.

"Let's go, wifey." Zatasyah hulurkan lengan. Aku tahan senyum teruja dalam hati. Lengan kekarnya aku paut.

Teruja sekejap dapat pegang lengan suami. Suami wei! Seronok juga kahwin ni.

Kami sama-sama melangkah ke dalam limousine rasmi diraja.

"Awak, awak." Bahunya dicucuk dengan jari.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now