tujuh || seven

850 163 26
                                    

"Awak datang sini, seorang je ke?" soalku pada Zatasyah.

"Seorang sajalah. Kalau tidak, tak ada pula saya ajak awak teman saya cari buku, kan?"

Ya tak ya juga. Apalah kau ni Adara. Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, kau buat-buat bertanya pula.

"Kenapa sebelum ni saya tak pernah nampak awak dekat rumah Khaulah?" soalku lagi.

"Sebelum ni, saya duduk dengan ibu. Lepas tu saya pindah sini sebab kerja."

"Oh. Habis tu sekarang, awak dah tak duduk dengan ibu awak ke?" Soalanku mengundang senyuman tawar pada wajah Zatasyah.

"Ibu saya dah pergi dua bulan lepas." Aku gigit bibir mendengar jawapannya. Aku salah soalan ke?

"Awak... maaflah. Saya tak tahu."

"Tak apalah, awak tak tahu kan? Sekarang, awak dah tahu," ucapnya tenang. Kenapa wajah kacak ini selalu dipenuhi dengan ketenangan? Kata-katanya juga sering bersulam dengan rasa damai.

"Asyik awak je tanya saya. Biar saya pula tanya awak. Awak dah makan?" Aku hadiahkan pandangan pelik. Apa ke 'tiber' sangat soalan dia ni?

"Pelik ke soalan saya? Yalah, saya tak tahu nak tanya apa lagi. Nak tanya awak ni anak siapa, kucing tepi jalan pun tahu awak puteri tunggal Emperor Afkar Suhaid dan Empress Razia. Nak tanya awak tinggal dekat mana, semua orang tahu awak tinggal dekat Fahd's Palace." Aku tergelak mendengar kata-katanya.

"Comel!" Terlepas pujian dari mulutku.

"Apa yang comel?"

"Awaklah. Comel." Serta-merta telinganya memerah mendengar pujianku.

"Awak ni memang jenis cepat blushing ya?" Kalau tak mengingatkan batas-batas yang perlu dijaga, mahu saja aku tarik-tarik cuping telinganya.

"Saya blushing dengan orang yang saya sayang je." Terus mati langkah kakiku. Blushing dengan orang yang dia sayang? Adakah dia baru meluahkan perasaannya secara halus padaku?

"Adara, kenapa tiba-tiba berhenti?"

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Ah, mana mungkin dia sayang kau Adara. Kau orang baru je berkenalan kot. Semuanya masih terlalu awal.

"Adara?" Panggilnya lagi apabila melihat aku masih tak berganjak.

"Yes, yes. Coming!" Aku berlari anak untuk menyamai langkahnya.

"Awak okay tak? Tadi masa mula-mula saya tegur pun awak termenung. Ni saya jawab soalan pun awak tiba-tiba berhenti gerak. Atau saya ada tersalah cakap?" Wajahnya menyatakan kerisauannya terhadapku apabila soalan itu diajukan. Dia risaukan aku ke? Awwh!

"Saya okay."

'Yang tak okaynya, hati saya. Hari-hari berdegup menyebut nama awak. Sudi tak awak rawat hati saya?'

"Ha, tengok. Termenung lagi. Risaulah saya macam ini." Kali ni dia memberhentikan langkah. Matanya lembut memandang wajahku.

"Saya lapar," ucapku secara tiba-tiba.

"Hah?"

"Saya lapar. Ni jawapan untuk soalan awak tadi. Saya belum makan. Jom teman saya makan?" Aku balas renungan matanya. Aku sendiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku nyatakan yang aku lapar. Sedangkan aku baru lepas makan tengahari sebelum berangkat tadi.

"Jadi kalau awak termenung tu maksudnya.. awak lapar? Hahaha awak ni comellah. Okay lepas ni kalau awak termenung je, saya cepat-cepat heret awak pergi makan." Dia tergelak. Eh mata dia jadi kecillah bila dia ketawa! Comelnya!

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now