"What? Ayahanda! Kenapa?" bentakku. Sungguh aku terkejut mendengar setiap bait kata dari mulut ayahanda.
Lupakan Zatasyah? Mana mungkin! Sedangkan aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku sendiri.
"Kenapa ayahanda?" Lirih aku mengulang soalan tadi.
"Dia tak boleh jadi suami Adara."
"Ayahanda!" Aku bangkit dari kerusi.
"Ayahanda sendiri puji dia depan Adara. Tiba-tiba sekarang ayahanda kata dia tak boleh jadi suami Adara? What have gotten into you?"
Aku akui bahawa kata-kataku mungkin agak kasar untuk berbicara dengan ayahanda. Tetapi rasa terkilan bercampur amarah lebih mendominasi aku tika ini.
"Adara, duduk. Kita bincang elok-elok." Teguran bonda membuatkan aku menghela nafas lalu duduk kembali.
"Ayahanda cakap dengan Adara, apa kurangnya dia?"
"Ayahanda tahu dia bukan yang terbaik untuk Adara."
Aku tersenyum sinis.
"You are not answering my question."
"Dia tak cukup baik untuk keluarga kita."
"Hah? Tak cukup baik? Baik macam mana lagi yang ayahanda nak?" Meninggi nada suaraku ketika mengajukan soalan itu.
Tak cukup baik? Apa ni? Ingat ni dialog antara pasangan kekasih yang nak minta putus ke? Eh, tapi yang itu awak terlalu baik untuk saya. Ah, persetankan!
"Enough Adara!" Terhinjut bahuku mendengar tengkingan ayahanda. Kali pertama ayahanda meninggikan suara kepadaku sepanjang dua puluh empat tahun bernafas di muka bumi.
"Jangan sebab dia Adara jadi anak derhaka. Lupa dan tinggalkan dia. Full stop. The end of the discussion." Ayahanda bangun dari duduknya dan meninggalkan aku berdua dengan bonda di ruangan ini.
Serta-merta tubir mata terasa panas. Seakan terngiang tengkingan ayahanda di telingaku. Bonda di sebelah aku pandang dengan mata yang berkaca.
"Sini sayang." Terus mengalir laju air mataku sebaik sahaja aku jatuh dalam dakapan bonda.
"Shh jangan nangis."
"I love him bonda." Itu sahaja yang terzahir dari bibirku.
"Bonda tahu, bonda tahu."
Fikiran terasa kosong. Bingung. Kenapa semuanya terlalu tiba-tiba? Apa yang jadi antara ayahanda dengan Zatasyah? Hal apa yang mereka bincangkan sehingga ayahanda tergamak menyuruh aku supaya tinggalkan dia? Tak cukup baik untuk keluarga? Aku tak faham. Yang nak kahwin dengan dia aku ke keluarga ni?
Beberapa minit menghambur tangis dalam kasih sayang bonda, aku lepaskan rangkulan daripada tubuh tua itu. Air mata yang bersisa aku biarkan tanpa diseka.
"Adara nak masuk bilik. Penat."
"Pergilah. Tentang ayahanda, Adara jangan risau ya. Sudah, tak mahu nangis." Bonda kesat birai mataku dengan ibu jarinya. Aku mengangguk lemah lalu keluar dari bilik mesyuarat ini. Sebaik sahaja pintu ditutup, muncul Abang Abrar dan Ajwad berdiri tegak di hadapanku. Agaknya, tengkingan ayahanda terhadapku tadi sampai pada telinga mereka berdua.
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...