epilog || epilogue

1.3K 108 1
                                    

"Hai, tidur dah semua?" Zatasyah tersenyum lalu mendekati si jantung hati yang telah hanyut dibuai lena bersama ketiga-tiga permata hati.

"Adara sayang, bangun."

"Hmm.."

"Bangunlah. Kenapa tidur sini?" Bahu si isteri ditepuk perlahan. Kemudian dia beralih pada kedua anak daranya yang berbaring sebelah menyebelah. Selimut yang menyelimuti keduanya dibetulkan lalu bibirnya dilabuhkan ke dahi mulus itu.

Umayra Athalia Al-Asad dan Umayra Amalya Al-Asad. Dua puteri yang dikurniakan dalam hidup mereka berdua.

"Tolong angkat Umayr tu bang, letak dalam bilik dia. Tak boleh dibiarkan selalu tidur dengan yang perempuan." pinta Adara sambil menggeliat kecil. Tak sedar pula dia sejak bila dia ikut terlelap bersama anak-anaknya. Leka sangat bercerita kisah lama, sampai tertidur.

Tubuh kecil milik Umayr Aydin Al-Asad  dicempung mudah lalu Zatasyah berlalu ke bilik yang bertentangan. Setelah diselimutkan anak bujangnya yang seorang itu, Zatasyah keluar semula dari bilik.

"Sayang dah solat isya'? Sorry abang sibuk hari ni, tak dapat nak imamkan macam biasa." Bahu Adara dipaut dan dibawa rapat ke sisi.

"Sudah. Tak apalah abang, Adara faham." Mulut yang terbuka luas dikatup dengan tangan.

"Mengantuk dah ke? Abang baru nak bawa pergi tempat special." Terus segar matanya mendengar perkataan 'tempat special'.

"Tempat special?"

"Ya. Nak tak?"

"Nak!" Laju Adara membalas.

"Jom. Sebelum tu, tutup mata." Sehelai kain dikeluarkan dari kocek seluar dan diikat ke kepala Adara.

"Nak jalan sendiri ke nak abang jalankan?"

Adara letak tangan ke dagu, lalu tersenyum nakal.

"Kalau abang jalankan tu, macam mana?"

"Macam ini!" Sekelip mata tubuhnya terasa melayang ke udara.

"Abang! Eii tak baiklah. Kalau jatuh macam mana?" Dada bidang Zatasyah ditampar perlahan.

"Takkan jatuh, sebab abang ada. Okay, duduk diam-diam sayang."

Adara sandarkan kepalanya ke dada Zatasyah. Bau di situ dihirupnya. Macam biasa, citrus and vanilla scent!

"Nak bawa saya ke mana ni?"

"Adalah, nanti awak tahu." balasnya lalu dengan berhati-hati anak tangga dipijak satu-persatu. Bimbang kalau jatuh, naya.

"Dah sampai." Kaki Adara diletak mencecah tanah.

Zatasyah perhatikan kawasan rooftop ini yang dihiasnya sejak selepas Maghrib tadi. Boleh tahan juga.

"Dah boleh buka ke?"

"Aip, belum. Tunggu sekejap." Zatasyah menahan tangan Adara yang berura-ura ingin membuka kain yang menghalang penglihatannya.

Jam tangan dikerling, setengah minit saja lagi.

"Okay dah boleh buka." katanya apabila jarum saat sampai pada nombor sebelas.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now