Hari ni suasana dalam istana bertukar sedikit kelam-kabut. Dari pagi kedengaran suara bonda mengeluarkan arahan itu ini kepada dayang-dayang istana.
Sebabnya?
Pagi tadi sebelum sarapan, tiba-tiba abang Abrar dengan wajah miang tak habisnya memberitahu, cik tunang pujaan hati kesayangannya dah berangkat dari Impireacht. Bonda pun apa lagi, membebel sakanlah pada abang sebab tak beritahu awal-awal.
Yalah, bakal ahli keluarga baru kan? Tambah-tambah pula Puteri Deandra itu berasal daripada kerajaan yang punya hubungan diplomatik dengan Tigris An-Najh. Haruslah disambut dengan gilang-gemilang, walau hakikatnya bakal kakak iparku itu sekadar datang bermalam untuk dua malam saja.
Berbalik kepada situasi terkini, suara bonda bingit mengarahkan para dayang menyusun bekas-bekas makanan di meja panjang.
"Dayang Embun, mangkuk spaghetti tu taruh di sana ya. Abang! What did I said just now? Tell your sons to get ready!" Aku tersengih sumbing melihat wajah ayahanda yang bertukar cemberut apabila dia turut sama menjadi mangsa bebelan bonda.
Mungkin dari sudut perspektif rakyat jelata, golongan kerabat ini punya protokol yang sangat-sangat ketat meskipun berada dalam kediaman sendiri. Atau mungkin semuanya dilakukan oleh staf-staf istana, sementara kami cuma bersenang-lenang menikmati harta yang ada.
Tetapi kebenarannya, cuma kami yang tahu. Kami juga sama saja seperti keluarga lain. Ada bonda yang macam machine gun, dua puluh empat jam kami adik beradik dileteri. Kadang-kadang, ayahanda pun turut sama dileteri bonda. Usik-mengusik itu juga perkara biasa.
Cuba tanya pada staf-staf istana, kalau setakat marah-marah manja Empress mereka pada si Emperor, itu semua dah jadi halwa telinga. Dengarkan saja sambil sembunyi senyum.
Bonda juga sama macam ibu-ibu dan isteri-isteri yang lain juga, apabila tiba waktu makan, bonda akan turun padang memasak untuk anak-anak dan suaminya. Memasak tidak termasuk dalam skop pekerjaan para dayang. Kata bonda, air tangan seorang wanita bergelar isteri dan ibu itulah yang menjadi pengikat kasih antara keluarga. Jadi selagi ada kudrat, kenapa perlu dilepaskan momen-momen untuk menambat hati suami dan anak-anak?
Mungkin selepas ini aku pun perlu belajar memasak. Yalah, nanti siapa lagi yang nak menambat kasih sayang Zatasyah kalau bukan aku? Takkanlah nak bagi suami aku makan masakan orang gaji pula? Dia tu suami aku ke suami orang gaji tu?
Ewah Adara, berangan jauh nampak? Macamlah si Zatasyah tu sudi nak membalas cinta tepuk amai-amai kau tu.
"Yang duduk termenung sini buat apa? Teringat 'model underwear ' ke?" sapa Ajwad yang kemas berpakaian rasmi diraja berwarna putih emas.
"Apa pula? Nak ingat dia buat apa, dia pun tak ingat kita," autaku. Padahal tiap-tiap masa asyik angaukan anak menakan Doktor Jabbar itu.
"Sayu betul suara dekat-dekat hujung ayat tu. Kenapa? Cinta tak disambut ke?" Terbahak-bahak Ajwad ketawa selepas itu. Dah kenapa? Apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu.
"Kalau nak merepek, baik diam je." Wajah Ajwad dijeling. Berani dia kata Zatasyah tak nak sambut cinta aku!
"Whoa chill sis. Kenapa angin satu badan bila Ajwad cakap macam tu? Kata 'model underwear' tu bukan sesiapa." Ajwad jungkitkan kening. Berbulu sungguh telinga aku mendengar dua patah perkataan yang berbunyi 'model underwear' itu. Jengkel dengan perbuatannya, cubitan ketam nipahku hinggap di bahunya.
"Auw!" Tangannya menggosok-gosok bahagian yang aku cubit tadi.
"Model underwear, model underwear. Dia ada nama. Nama dia Zatasyah, faham? Suka sangatlah panggil orang dengan nama bukan-bukan."
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...