dua puluh enam || twenty six

650 92 6
                                    

incase ada yang tak perasan, saya dah tukar tajuk. tukar tajuk je, storyline masih sama.

------

Kertas putih di sebelah ditarik sehelai. Entahlah helaian yang keberapa, aku pun tak pasti. Pen dilarikan di atas kertas itu, cubaan melukis untuk kesekian kalinya pada hari ini.

Sepuluh minit menunduk memandang kertas, aku angkat kepala memandang model lukisan aku di hadapan. Lukisan di tangan cuba dibandingkan dengan figura yang khusyuk menatap laptop itu.

Tambah sedikit garisan di hujung... dan siap! Sikit saja lagi nak serupa dengan gorila. Aku tertawa sendiri. Aduhai Adara, kau memang tak dilahirkan untuk melukis.

Pen ditutup semula, lalu aku menapak menghampiri Zatasyah di mejanya.

"Lama lagi ke bang?" soalku.

"Sikit lagi sayang."

Aku mencebik. Sikit, sikit. Rasanya dari langit bertukar jingga dia sebut sikit. Ini langit dah gelap-gelita, masih lagi sikit. Entah betul ke tidak sikitnya tu.

"Kalau saya tahu lama macam ini, baik saya tak payah ikut," bebelku. Memang betul pun. Kalau aku tahu kerja dia bertimbun macam ini, memang taklah aku nak mengekori dia ke sini. Buat letih badan je sebab tak boleh nak landing sebarangan.

"Sorry. Esok tak payahlah ikut. Duduk rumah. Abang carikan bodyguard untuk jaga Adara."

"Hmm, tak kisahlah. Janji tak payah tunggu lama macam ini."

Kerusi bertentangannya ditarik. Aku lentokkan kepala di atas permukaan meja. Mengantuk.

"Janganlah tidur dekat sini. Pergi tidur dekat sofa sana." Arahannya aku balas dengan gelengan.

"Tak nak. Jauh sangat dengan awak," balasku. Hai Adara, kenapa clingy sangat ni?

Zatasyah diam tak membalas. Tak lama selepas itu aku dengar bunyi kertas dikumpulkan dan barang-barang dikemas. Aku angkat kepala semula. Satu pandangan hairan dihadiahkan.

"Kita balik. Kerja boleh sambung esok," katanya. Briefcase kulit berwarna coklat gelap dijimbitnya lalu dia hulurkan tangan kirinya.

"Jom, tidur dekat rumah."

Lengan kekarnya aku paut, kepala dijatuhkan ke bahunya. Dia ni pakai minyak wangi jenis apa? Pagi sampai malam maintain je aroma dia. Bau citrus bercampur vanilla, aku suka.

"Abang kunci pintu office sekejap. Stay here."

Pautan lengan dileraikan. Aku duduk di meja yang sepatutnya menjadi tempat personal assistant Zatasyah duduki. Tengah hari tadi sempatlah juga aku berborak dengan dia.

Orangnya perempuan, dia kenalkan dirinya sebagai Yasmin. Baru saja aku nak jealous, dia beritahu yang dia baru berkahwin. Fuh, tak jadi nak cemburu.

"Prang!"

Spontan pinggang melurus tegak. Kepala ditoleh ke arah punca bunyi tadi. Aku nampak tingkap besar yang bertentangan dengan aku pecah berderai. Jantung mula berentak gundah. Aku rasa tak sedap hati.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now