dua puluh tiga || twenty three

673 91 7
                                    

"Sayang." Aku berpaling ke arahnya.

"Uncle is here, let's go," ujar Zatasyah sambil menghulurkan tangannya.

"Oh? Okey." Tudung yang tersarung aku betulkan sedikit sebelum menyambut huluran tangan Zatasyah.

Seperti yang dikatakan Zatasyah minggu lepas, hari ini Uncle Amrin datang bertandang ke rumah kami. Tetapi bukan dia seorang, keluarga aku pun turut hadir pada hari ini. Kebetulan semalam bonda menyatakan hasratnya mahu adakan sesi house tour bersama kami.

"Assalamualaikum newlywed," sapa Uncle Amrin. Wah, wajah dia memang ada iras Zatasyah! Terutamanya di bahagian mata. Upturned eyes, sama seperti Zatasyah dan arwah abi.

"Waalaikumussalam uncle," sambut Zatasyah lalu dia tunduk bersalaman dengan Uncle Amrin. Aku cuma tersenyum manis tanda mengalu-alukan kedatangannya.

"Puteri," sapanya. Aku sedikit tersentak mendengar panggilan yang dia gunakan sebelum menggeleng kecil.

"Eh, kitakan dah jadi keluarga. Tak perlulah berputeri bagai," betulku.

"Oh ya, ya. Lupa pula. Dah terbiasa." Uncle Amrin tersenyum nipis.

"Masuklah uncle. Kita berbual dekat dalam," pelawa Zatasyah. Kami sama-sama berjalan masuk ke dalam.

"Uncle tak mengganggu hujung minggu kamu berdua kan?" soalnya sebaik sahaja duduk di sofa bertentangan dengan kami. Aku menggeleng kecil.

"Tak adalah. Tak mengganggu apa-apa pun."

"Sebelum uncle lupa, hadiah pengantin baru. Maaflah tak dapat hadir ke majlis kamu berdua." Dia letakkan sebuah beg kertas sederhana besar di atas coffee table.

"Buat susah aje uncle ni," kataku, sekadar berbasa-basi sedangkan memang ini situasi normal untuk pasangan baru berkahwin seperti kami.

Perbualan antara kami bertiga semakin rancak, tambahan pula dengan sikap Uncle Amrin yang agak ramah dan ringan mulut bertanya itu ini. Sehinggalah apabila topik perbualan menjurus ke arah skop kerja mereka berdua, aku cuit lengan Zatasyah.

"Saya ke dapur sekejap, nak siapkan meja," pintaku.

"Alright," balasnya. Aku berlalu ke dapur.

Pinggan-pinggan kaca berwarna putih diangkat dan disusun di meja makan. Bekas berisi kari kambing dan nasi briyani dibuka penutupnya. Kecur liur tatkala aromanya menusuk ke mukusku. Setelah memastikan semuanya sempurna, aku kembali ke ruang tamu.

"Marilah makan dulu, dah siap tu. Sejuk tak sedap," ujarku. Zatasyah dan Uncle Amrin sama-sama bangun menuju ke ruang makan.

"Banyak benar lauknya," komen Uncle Amrin sambil menarik kerusi berhadapan dengan Zatasyah.

"Bonda dan ayahanda saya pun ada sekali nanti uncle," ujarku, memberitahu tentang kedatangan ayahanda dan bonda ke sini. Tak adalah dia terkejut pula kalau tiba-tiba mereka berdua sampai ketika kami sedang menjamu selera.

"Tuanku Afkar dan Tuanku Razia ada bersama? Seganlah pula uncle."

"Apa nak disegannya uncle, dah jadi satu keluarga dah pun." Kata-kataku disambut anggukan daripada Zatasyah.

"Jemput makan, jangan segan-segan. Maaflah kalau rasanya tak kena dengan lidah, saya pun bukannya pro sangat memasak," terangku. Segan pun ada bila menyatakan fakta yang satu itu.

Her Lionhearted Guy [completed]Where stories live. Discover now