(chapter terpanjang, maklumlah chapter depa nikah kan. memang word count dia pun luar dari kebiasaanlah hehe. maaf kalau terlalu berjela-jela.)
Tangan yang sedikit menggigil aku genggam erat. Nervous!
"Puteri nampak menggigil, perlu ke saya naikkan suhu aircond?" Teguran juruandam buat aku tersentak. Alahai, nampak sangat ke aku punya berdebar ni? Aku gelengkan kepala.
"Tak apa."
Tapak tangan digosok-gosok supaya mengalirkan haba ke seluruh badan yang sedari tadi terasa seram sejuk. Aku kerling jam di atas meja solek.
Satu jam sebelum pernikahan.
Sedari tadi wartawan stesen-stesen televisyen juga sudah mula berkerumun di hadapan pagar istana. Tak kurang juga liputan khas edisi The Royal Wedding : A To Z yang menghiasi kaca televisyen.
Wajah yang telah dihiasi dengan pelbagai serbuk pelangi aku pandang lama. Adara, kau ada lagi dua jam sebelum zaman anak dara sunti kau tamat.
Kau yakin dengan semua ni?
Aku angguk kepala. Yakin, kau kena yakin!
Macam mana kalau Zatasyah tu sama seperti datuk-datuk dia sebelum ini?
Aku pejamkan mata. Tak, dia tak sama macam mereka semua. Zatasyah ialah Zatasyah. Lawan Adara, ni semua bisikan makhluk yang dilaknat tu demi memusnahkan rancangan membina satu ikatan suci.
"Hai pengantin, nak masuk boleh?" Kepala ditoleh ke arah pintu.
"Omg Khaulah! Ya Allah rindunya dekat kau!" Tubuhnya aku rangkul erat. Juruandam yang bersama dengan kami ketika ini memberi isyarat mahu meninggalkan kami berdua.
"Lulus pula cuti kau eh? Hari tu kau kata jadual kau pack gila."
"Aku... hehe. Adalah caranya."
"Kau ada affair dengan pengarah hospital ke apa? Bercinta dengan doktor?" tebakku.
"Eii tak mainlah aku bercinta dengan orang dalam bidang yang sama. Lagi special dari pengarah hospital pun aku boleh pilihlah."
Itu dia kenyataan penuh riak daripada Khaulah. Cis, macamlah dia cantik sangat! Aku lagi cantiklah.
"Maknanya sekarang ada bunga-bunga cinta dalam hatilah ni? Senyap-senyap saja kau, VVIP mana yang kau terpaut ni?"
"Lebih dari VVIP."
"Wow, lebih dari VVIP maknanya... kerabat?" Senyumannya yang makin melebar hingga ke telinga mengaktifkan mod Detective Conan ku.
"Serius? Siapa? Kerabat sini ke kerabat luar? Eh, kalau kerabat Tigris aku mesti tahu siapa. Maknanya kerabat luar lah kan?"
"Ish tak naklah cakap tentang ni. Lain kali ya? Meh aku pakaikan kau tudung." Tudung yang terhampar di atas katil Khaulah ambil.
"Lari topik! Tak apa kau, you owe me an explanation."
"Yalah, nanti aku beritahulah."
YOU ARE READING
Her Lionhearted Guy [completed]
FantasyADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa d...